Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Friday, February 11

dealova dan cerita



aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yag kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

Bertapanya kita perlu ada untuk insan yang kita sayang pada waktu senang dan susah. Waktu senang dan ketawa kita menjadi sahabat yang menemankan insan yang kita cinta dan sayangi dan pada waktu sedih dan menangis kita turut sedih dan menangis malah menjadi bahu untuk disandarkan.


Biarlah kita selalu ada walaupun dalam mimpi dengan meninggalkan kenangan terindah setiap hari. Kenangan terindah akan membuat insan yang kita sayang akan merasa diri kita selalu ada disisinya. Biarlah mimpi indah dirinya adalah milik kita kerana "Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu".

Walaupun adanya kita hanya dalam bentuk panggilan atau dalam bentuk usaha dan nasihat yang berguna ia akan menjadi kekuatan dalam langkah perjalanan hidup insan yang kita sayang dan cinta, dalam senang dan susah. "Kerna langkah merapuh tanpa dirimu".

Walau kita mahu insan yang kita sayang dan cinta sentiasa ada. Namun kita juga perlu redha dalam keadaan tertentu insan yang kita sayang, cinta dan rindu, tidak boleh dekat selalu dengan kita. Fikirlah sesuatu agar dia sentiasa merasakan yang "Ku selalu ada" dalam dirinya.


Tunjukan sikap baik dan romantik kita terhadapnya. Kemesraan yang berpanjangan, senyum yang tidak pernah lekang. Agar apabila insan yang kita sayang dan cinta berjauhan akan sentiasa merasakan sentuhan kemesraan kita. "Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh". Biarlah berjauhkan kita merasakan sentuhan kemesraan dan kebaikan itu menjadi penemannya. Ingat sebuah iklan di TV "Tiap Hari Sayang"

Dengan insan yang kita sayang dan cinta. Kita selalu rasa tenang dan masalah yang dihadapi umpama hilang bebannya. Jika perlu berjauhan, sentiasa ingat perkara apa yang ada pada insan yang kita sayang, cinta dan rindu yang membuat kita tenang. Jika wajahnya, simpanlah gambarnya dimana pun kita berada. Jika suaranya, rakam atau selalu telepon dirinya. Namun sebenarnya perkara yang terbaik adalah apabila kita sentiasa memberikan galakan, nasihat positif, sokongan dan sentiasa ada untuk diri masing-masing. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan.

"Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi"

Dan akhirnya, Jadilah "Seperti udara yang ku helah". Walau jauh daripada diri masing-masing, namun dengan memberikan galakan, nasihat positif, sokongan dan sentiasa ada, maka umpama lirik lagu Delova ini.


i love you


i choose to be HAPPY ツ

Thursday, February 10

aktiviti ku ..

hari ni buat kek lagi..lalala
sejak duk uma ni makin rasa rajin pula nak buat kek..
mula mula rancang nak buat kek batik..
bersemangat kayuh basikal gi kedai dalam cuaca panas..
semua bahan dah dapat, tapi nak cari butter tak jumpa pulak
habis 1 pekan tawaf semata mata nak cari butter tapi tak de
jadi kek batik = cancel :(
mula la merancang buat kek pelangi..nama bukan men gempak lagi..
buat dengan penuh semangat tapi tak menjadi sangat keknya
bantut + ranggup .. haha
lepas dikenal pasti punca..rupanya aku tak pukul telur sampai kembang & bakar lama sangat dalam oven
tapi apa pun rasa masih ada..cuma perlu diperbaiki lagi..uhuh


dua tiga hari ni aku asyik teringat kenangan dengan kawan kawan aku je
aku teringat peristiwa kene ceramah dengan mak iqa
aku teringat nasi goreng yang nenek haida buat
aku teringat waktu kecik kecik aku kayuh basikal dengan kawan kawan aku gi sekolah
aku teringat waktu jamuan makan makan dekat sepang
aku teringat waktu cikgu mengajar
aku teringat waktu aku dan kawan kawan lepak kat kedai akhbar
banyak la yang aku ingat...
sungguh seronok :)


gembira la selalu wahai syairah
happy Pictures, Images and Photos


i choose to be HAPPY ツ

Monday, February 7

cuti cuti

03.02.2011
tengah hari
pergi rumah ayum..rindu sangat dekat dia..
ketawa ketawa..makan..dengar cerita..best..
semoga ayum tabah di sana :)
malam
dy mesej : kluar jom..pas isyak..sob amik k
yippie dia ajak kuar..berbunga bunga hatiku..haha
bukan keluar ber2 ek..tapi ber3..dan last skali ber7..
dia bawa jalan jalan dan belanja makan..
seronok dapat bual bual dan tengok dia lama lama..sangat ensem la
pertemuan dan perpisahan kami diiringi bunga api..romantik gitu..haha
to my bestie..sorry tak ajak kamu..jangan marah ye
saya cuma tak mahu ganggu kamu..betul
tapi akhirnya kamu sertai kami juga kan kan kan..



melancong ke negeri penyu bertelur..of coz la terengganu
sambil hantar my sister balik sana..dan berehat bersama my family
aktiviti utama..makan dan shopping..
aktiviti sampingan..cuci cuci mata..haha
sangat best :)




sweet memory of us :D

i choose to be HAPPY ツ