Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, March 8

pengakap best !

yeah ! saya pengakap kelana ~ baru balik bercamping ~ 4 - 7 Mac 2011 , Gunung Berlumut Kluang Johor..berpengakap sambil mencintai alam sekitar..sangat best even ada juga yang tak berapa sangat..


best dapat tambah pengalaman baru jadi pengakap (sebelum ni aku join puteri islam masa sekolah menengah, ayu dan sopan gitu..haha) lama tak berkhemah dan aktif macam dulu..dapat mandi air terjun gunung berlumut,sejuk dan jernih air dia..dah lama tak mandi air terjun..sampai selsema dibuatnya..malam kelana memang gempak..meriah betul! sakit tekak menjerit bertepuk tangan..masing-masing jadi tak betul,hehe.. hari last majlis penutup, main air lagi, dah tu snap-snap picture..sangat suka..tambah-tambah ada DIA..huhu

tak bestnya,amik tender memasak untuk 287 orang peserta dan berbelas orang cikgu dan ahli krew yang lain..banyak lak tu keje nak buat, tido lambat bangun cepat, potong bawang dan sayur, basuh ayam, basuh periuk kuali, masak nasi..paling payah time nak basuk ikan, memang sejam lebih nak siap tau..nasib baik abang sukarelawan tu ringan tulang tolong siang ikan,kalau tak jenuh la kami nak buat..huhu..hari ahad hujan lebat pulak..khemah masuk air,barang-barang basah dan lembap..aku basah lencun gara-gara tolong cikgu tutup khemah dia,tapi tak apa la,buat baik dapat pahala..dah tu tak dapat join aktiviti panjat gunung dan mengembara sebab kena duduk dapur masak untuk mereka..kesian kami!

walau macam mana pun, enjoy la..pengakap memang best !
to my bestie,harap kamu gembira..jangan sedih sedih lagi ok~
to shafikah abd ghani,harap kamu dapat ikut kami lain kali~

nak tengok gambar pengakap yang lain ( klik sini )

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, March 2

peristiwa hari rabu

jalan lagi..asyik merayap je kami ni..dah tak reti nak duduk umah..sapa yang ajar?? rancangan cik syafiqah ali la ni, ajak aku gi kota..alasan nak beli barang..ditambah pula dengan kehadiran cik shafikah abd ghani, memang ceria perjalanan kami..pergi beli barang pengakap ( nak gi kursus pengakap jumaat ni ) window shopping, bergelak ketawa bergembira..balik malam lagi, teruk betul la..apa pun sangat gembira..terima kasih kawan kawan !


kepada encik sobree, welcome home ! gembira dengan kepulangan kamu :)
kepada cik syafiqah, sila kuatkan semangat anda..saya tahu kamu seorang yang kuat..saya akan selalu ada untuk anda..bertahanlah !


i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, March 1

JPJ dan aku

alhamdulilah..syukur sangat
kenapa?? aku lulus test jpj la
tak lama lagi muncul la seorang lagi pemandu di jalan raya..haha
my lucky number = 30
masa test bukit, parking dan simpang tiga tu cuak gila aku tapi nasib baik pas..terus lega
mase test jalan luar, jpj yang test aku tu peramah gila, bujang and ensem lak tu..hehe
best betul bual bual dengan dia..baik hati bagi aku lulus
hee~ suka la
akhirnya berjaya juga aku !
terima kasih semua

i choose to be HAPPY ツ