Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Friday, January 3

Exam Fever !

memang betul-betul deman dibuatnya . haha kalau nak exam mesti akan macam nie , ada je ketidaksihatan . sabar je la . btw all the best untuk semua yang menduduki peperiksaan ea . FIGHTING !!

2/1 - Makroekonomi II
6/1 - Hubungan Etnik 
7/1 - Ekonomi Antarabangsa
8/1 - Kalkulus
13/1 - Ekonomi Pembangunan Antarabangsa 
15/1 - Ekonomi Pembangunan Sumber Manusia
16/1 - Pengurusan Masa


walaupun dalam minggu peperiksaan , jadual tak perrnah kosong , mesti akan terisi dengan perkara lain . kadang-kala rasa nak mengeluh tapi ada orang pernah pesan , ikhlaskan hati . mana tahu ada perkara yang baik menanti dikemudian hari :)

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, January 1

New Year


Alhamdulilah masih berkesempatan untuk bertemu di tahun 2014 . orang teruja nak sambut , aku malam tahun baru dah tido awal , penat + tak sihat . tapi tak kisah la , tahun baru je pun .
bercakap tentang tahun baru , tentu ramai orang akan pasang niat , azam , impian baru kan . kalau tanya aku , hmm ada ke wishlist baru ? macam takde je kot .
cuma aku harap tahun 2014 ni menjadi titik permulaan untuk aku berubah menjadi lebih baik . bukan nak cakap aku tak baik sebelum ni , tapi tak salah kita nak perbaiki diri kita, dari baik menjadi lebih baik . pastu kalau boleh nak solat awal waktu  , sebab abah selalu pesan suruh solat awal , sebab bila kita solat awal banyak benda kita dapat buat lepas tu . tapi itu la , susah cikit nak ikot . jadi harapnya lepas ni dapat la buat .

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, December 31

End Year

 
siapa tahu hari ini merupakan penutup kepada tahun 2013 . sedih ? gembira ? atau biasa sahaja ? tiada siapa yang tahu . kadang kala bila apa yang kita rancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya, atau bila terjadi perkara yang diluar duga, kita sering berharap agar tidak mengingati perkara tersebut . padahal sepatutnya kita menjadikan perkara persebut sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita perbaiki dan perbetulkan diri kita, kan ? sebab andai kata kita terlupa dan leka tak mustahil perkara yang sama akan berulang lagi .
 
sebaliknya bagi perkara yang mengembirakan pasti kita akan berharap kenangan itu tidak akan hilang dari ingatan . tapi kadang kala ada sesetengah perkara gembira perlu dilupakan andaikan kata kegembiraan itu mendatangkan kealpaan dan kekecewaan di kemudian hari .
 
tak semua perkara buruk itu teruk dan perkara baik itu bagus . bergantung kepada diri kita untuk menilai perkara tersebut . siapalah kita nak menilai apa yang terjadi . iye , aku sedar aku turut banyak kekurangan dan kelemahan . mungkin tidak dapat memuaskan hati semua pihak . bukan semua orang suka kita dan kita pun bukan suka semua orang . masing-masing perlukan masa untuk perbaiki diri sendiri . betul tak ?
 
jadi , diharapkan pengakhiran 2013 ni dapat mengakhiri sifat yang tak elok kita tu dan semoga 2014 dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik . mungkin orang kata kalau nak berubah tu kena pada awal muharam , tahun baru islam . betul tu , tapi sebenarnya perubahan tu perlu sentiasa . tak kisah la pada bila-bila pun . sebab hati manusia , nafsu , mudah goyah .
 
life has knocked me down a few times, it showed me things I never wanted to see, I experienced sadness and failures. but one thing for sure, I always get up .
 
 
 
 

i choose to be HAPPY ツ