Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, February 16

Story of My Life #3 : Thesis

hai hai hai.. hari ni aku rasa nak sambung cerita lagi hihi. 

tadaa.... Alhamdulilah berjaya menyiapkan thesis meskipun diuji dengan pelbagai dugaan. nak siapkan thesis ni bukan la semudah yang aku sangka. memang aku dah bayang dalam fikiran thesis tu akan jadi macam mana, chapter 1 2 3 macam mana, cara nak buat research, questionaire, dll. tapi benda tu tak menjadi seperti mana yang aku nak or rancang dan tak mengikut seperti mana yang SV mahukan. #hampa


memang sedih bila questionnaire, proposal asyik kena reject, kena marah dengan SV, kena kutip balik data respondent, kena susahkan parents support dana untuk thesis. tambah pulak dengan final exam, nak uruskan hal praktikal, dan beberapa masalah lain. menangis jugak la beberapa kali hahaha. tapi syukur sangat ada parents, kengkawan, cinta hati, yang banyak beri bantuan dan sokongan fizikal/mental. 

dan akhirya. mampu siapkan thesis dan boleh pergi praktikal dengan tenang. semoga akan lebih berhati-hati dalam memilih SV dan research untuk master nanti. Moga dipermudahkan :)
i choose to be HAPPY ツ

Saturday, February 13

Story of My Life #2 : Menunaikan Umrah

Assalamualaikum semua. Salam Sabtu :) hari ni aku terasa rajin nak mengupdate sikit hehe. 
Disember 2014, bulan yang cukup sibuk bagi last year student. seriously sangat sibuk dan tertekan untuk siapkan thesis dan prepare untuk final exam. dalam kesibukan duniawi, siapa sangka aku antara yang terpilih untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.  

Disember 2014, alhamdulilah kami sekeluarga dapat menunaikan umrah. sememangnya pengalaman yang tak dapat dilupakan. kali pertama naik flight, pertama kali buku merah dicop, pertama kali ke luar negara, pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci. perjalanan yang sangat menguji kesabaran dan keimanan. Pengalaman berada di Madinah, berada di MasjdilHaram, Makam Rasullulah s.a.w, berada di Makkah, melihat Khabah. Ya Allah, sungguh terasa kerdil diri ini. terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan waktu menunaikan umrah.


Semoga berpeluang untuk menjejakkan kaki kembali di sana. kembali bersama keluarga tercinta dan suami, InsyaAllah.

i choose to be HAPPY ツ

Friday, February 5

Happy 2016 : Story of My Life #1

alahai bersawang dah blog ni. dah lama tak terusik. maaf ye. nak kata sibuk sampai tak sempat nak update nampak macam bohong pulak kan hahaha. okay, pertama sekali

HAPPY 2016 !

 dah masuk tahun baru dah kan. macam tak percaya je ehee. okay, nak mula cerita nie

 alhamdulilah. semua wishlist tercapai untuk tahun 2015. Syukur sangat. sebenarnya tak pernah terfikir pun semua ni akan aku alami pada usia 22 tahun. Percaya pada perancangan Allah kerna Dia tahu apa dan bila yang sesuai untuk kita :) 


i choose to be HAPPY ツ