Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Friday, September 13

First Week

alhamdulilah selesai juga minggu pertama bagi sesi 2013/2014 . berjalan agak lancar walaupun kekadang tersengguk-sengguk dalam kelas . nampak tak bertapa sukarnya nak ubah tabiat tu hehe . subjek tahun 2 ni mostly agak mencabar juga , setiap kelas ada presentation / group work . biasa la mana ada benda yang bertambah senang kan .

Isnin 
Makroekonomi II 
Pengurusan Masa 
Selasa 
 Ekonomi Antarabangsa 
Ekonomi Pengurusan Sumber Manusia 
Rabu 
Kalkulus Untuk Ekonomi
Hubungan Etnik 
Khamis 
Ekonomi Pembangunan Antarabngsa

best kan subjek aku . lebih-lebih subjek kalkulus tu -,- . apapun semoga dipermudahkan semuanya . semangat syairah ! btwv baru minggu first dah ada meeting PERMAJ . yeayy Luaskan Kuasamu Johor ! jemput datang ea . aku masak ni taw hehe .


i choose to be HAPPY ツ

Monday, September 9


9 September 
menjalani hari pertama sebagai pelajar tahun 2 . senior okay haha
hari first yang agak lemau , mengantuk je
tapi so far okay la 
meeting PERMAJ dah bermula . err krik krik krik
 GOOD LUCK untuk semua k
mari tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi barulah hidup fantastik
^___^


i choose to be HAPPY ツ

Minggu Mesra Pelajar


alhamdulilah . selesai juga Minggu Mesra Pelajar (MMP) sesi 2013/2014
banyak pengalaman pengajaran suka duka yg aku tempuh dan dapat sepanjang program ini berlangsung . 
so ni aku nak cerita sikit la pasal MMP ni

masa hari pendaftaran, jadi guard jaga blok . seronok juga tengok gelagat freshie ni . sayu pun ada gak bila tengok datuk nenek yg dah uzur gigih menghantar cucu ke bilik naik tangga bagai . so far takde masalah sangat la hari pendaftaran tu . tapi overall yg aku dapat lihat sepanjang MMP ni berlangsung , junior ni sangat la manja . itu ini semua tak boleh . lemau sangat . nasib baik la dapat kakak abang pc yang sporting dan baik . walaupun ada program yang tak dapat berjalan lancar tapi itu tak menghalang untuk mencipta satu kenangan yang indah . 

kepada junior , selamat memulakan sesi pembelajaran di UKM . 
btw aku dah jadi senior ! hahaha



i choose to be HAPPY ツ