Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Thursday, April 25

ketidakpuasan hati

alhamdulilah selesai juga midterm exem aku . walaupun tak selancar yang aku harapkan tapi semoga dipermudahkan semuanya . sekarang masa untuk kita bertawakal, bak kata mak aku . cuma nak cerita sikit pasal exem yang last . statistik . aku rasa ramai juga yang meroyan bila kuar dewan exem . soalan dia memang pehh pehh la .

yang buatkan aku lagi rasa nak meletop, habis je exem kena pi meeting usahawan pulak . ingatkan ada hal emergency sangat sampai meeting takleh tangguh hari lain nak kena buat malam tu juga . rupanya nak cakap pasal penangguhan lagi lawatan ke indon . masuk kali ni dah 3 kali tunda taw . kalau macam ni la gayanya, memang aku tarik diri . dan paling aku bengang bila kena jualkan barang orang . aisshhhh yang kau ngada-ngada nak beli bundle benda alah tu pehal . dah tu nak minta kiteorang jualkan bagi pihak kau, untung semua kau dapat. kami dapat apa? komisen?? jangan mimpi la dapat . duit komisen aku design baju sampai popular 1 ukm kau takde pulak nak bayar kan . padahal untung banyak kot . nak cakap design tu kau yang design sendiri . gitu? tau la kau budak master, kau ingat aku lapang sangat la macam kau sampai nak jual-jual ni? aku banyak assignment tutorial nak kena buat . geram tau !

dan untuk korang pulak, ewah ewah mentang-mentang aku baik, korang nak ambil kesempatan pulak . agaknya manusia memang macam ni kot . macam parasit gitu . ambil benefits atas orang lain . berpada-pada la kakak abang adik oii . memang aku dah lama makan hati dengan korang . tapi sejahat buruk aku pun aku takde buat macam apa yang korang buat kat aku, sekarang aku bukan syairah yang korang boleh senang-senang nak pijak kepala k . everything changesd so do i . aku dah tak kuasa nak layan drama korang tu .




i choose to be HAPPY ツ

Monday, April 22

hye korang korang korang .... cehh ayat macam teruja je kan hehe . Alhamdulilah aku dah settle dengan exem makro dan akaun . soalan dia memang pehhh...best la . exem dah lepas so macam biasa lupakan jangan nak ingat-ingat lagi soalan nak semak semua , buang masa je tu . kita dah usaha jadi sekarang tawakal k . now struggle for aplikasi komputer dan statistik pulak . doakan yang baik-baik saja k :)

btw hye you, thanks a lot *sweet talker* :)
asyik update belog ni je , bila la aku nak update belog yg lagi satu tu ea . ketidaksempatan sekarang ni :/

i choose to be HAPPY ツ

Friday, April 19

assalamualaikum dan selamat pagi . lama gak tak update story kan . lately agak busy prepare untuk mid term exem . makro akaun aplikasi komputer statistik . then kena siapkan esei undang-undang keluarga islam 20 page . powerpoint academic comunication . lastly mogul for cesmed -,- banyak sangat dan semua minggu depan . ni tak termasuk preparation for dinner next month . 

that's why kot lappy aku sampai meroyan . nak menangis gak bila tengah guna sekali lappy termati dan tak boleh on . bila on semua data seperti terformat . cepat baik ye lappy , banyak kerja menanti . terpaksa meminjam laptop sekarang ni :s btw library sekarang dah macam rumah kedua aku . dah terajin datang pulak hehe

apapun , semoga dipermudahkan semuanya . jum sambung study

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, April 14

Tomorrow

esok bermulanya penggal kedua bagi semester kedua . ehh baru 2/9 semester dekat ukm ni ayoyo . apapun kena mulakan semangat baru . kena belajar rajin-rajin dan betul-betul . selama ni asyik main-main dan tak fokus je . malu la adik aku pointer lebih baik dari aku , kena lawan balik ni . thanks nisah kerana membuatkan angah rasa tercabar hahaha . esok kena kemaskini data untuk exem, karang tak exem lak aku hee . 
berubah memang susah tapi susah lagi nak istiqamah' . apapun doakan yang terbaik ekk 



i choose to be HAPPY ツ

Thursday, April 11

Promote ckit


tadi buat blueberry cupcakes . alhamdulilah masih menjadi dan sedap . cehh tak malu kan puji sendiri hehe . biar la, aku suka :P ni pun permintaan daripada budak depan bilik aku . sorry la beb , blueberry cheese tart tak sempat, blueberry cupcakes je yang dapat .

btw nampak tak yg atas sekali warna biru tu . ada instagram haha . orang lain dah berzaman ada aku baru nak buat . nampak tak ketinggalan zaman kat situ . bukan apa , sebelum ni tak berkesempatan nak buat , dah kat rumah baru sempat nak buat semuanya hehe . biar lambat janji ada kan :)

cau dulu . nak belasah kuih yg aku buat ni .byebye


i choose to be HAPPY ツ

Approve !

ramai gak yang add aku dekat facebook & twitter 
ni la masanya untuk aku approve , sorry la geng lambat approve . saja nak kumpul banyak-banyak biar rasa hot gitu hehe . btw kalau facebook boleh la approve korang sesuka hati, suka tak suka kenal tak kenal aku approve je . tapi sorry la takboleh nak buat macam tu dekat twitter . sebabnya twitter untuk kawan rapat aku je , lagipun malas nak menyemakkan TL aku dengan benda yang takde kaitan dengan aku kan :)


welcome new friend ^_^
till then

i choose to be HAPPY ツ

serious talk

this time, when i said i want to move on, i really mean that . kalau tak sebelum ni bila cakap nak move on tapi kejap-kejap terpusing belakang gak . accually i hope we can be friend like old times . tak rock la gaduh tak bertegur sapa makan hati dendam lama-lama kan . masing-masing dah besar so be mature and profesional la kan . eceh ayat aku tak boleh bla betol haha . cakap senang tapi nak buat tu perlukan keberanian kan . time moving and i don't have time to hate people who hate me . we're not getting any younger . 
i'm brave enough , do you ? 

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, April 9


"rasa tak serasi , break je la"
"cuma ada 2 jenis orang je yang suka senyum sorang-sorang . orang gila dan orang jatuh cinta"

movie : Aku Dia dan Tong Sampah

semuanya tentang kita , right ?



i choose to be HAPPY ツ

move ON


08042013
23:45


i choose to be HAPPY ツ

Monday, April 8

kami & AHAD

akhirnya dapat juga pergi Jusco setelah penat memujuk kakak aku hehe . 

tengok wayang . makan . jenjalan . sesat


ehh kenapa ada si fauzi? dah alang-alang nak keluar, ajak si fauzi nie sekali sebab dia nak jumpa aku kan . orang nak jumpa, kita jumpa je la . apa susah kan :) terima kasih ye along, fauzi . memang hari yang super best . penuh dengan gelak ketawa hehe


hadiah dari dia . comel kan yg warna purple tu . nama dia Big T . T untuk teeth hehe


i choose to be HAPPY ツ

Saturday, April 6

i still remember 
sorry


i choose to be HAPPY ツ


hahaha nampak tak tu . alhamdulilah aku dah selamat sampai rumah setelah 2 bulan tak balik . bilik dah berwajah baru, thanks to my sister sebab tolong kemas hehe . 

orang sibuk balik bawa baju, aku tak bawa baju 1 pun tapi bawa buku . naik cuti ada exem huhu . harap-harap duduk rumah boleh study la hee

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, April 4

First Holiday

assalamualaikum dan selamat pagi hari khamis =) semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya .
agak lama juga aku tak mengupdate belog aku ni kan . teringin nak update tapi sejak kebelakangan ni emosi fizikal mental tak berapa nak stabil , biol agaknya hahaha . okay , cerita hari ini pasal my first holiday with family for this year . maklumlah bila family semua berkaitan dengan sekolah dan aku pula dekat U, mereka cuti tapi aku pulak takde cuti . kalau ada cuti pun sabtu ahad . sadis kan ? malas nak bebel panjang, korang pun bukan nak baca sangat kan hee

lokasi : Bukit Tinggi




 




i choose to be HAPPY ツ