Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Wednesday, June 29

kawan kawan . tunggukan kepulanganku pada bulan 8 ye . nanti kita jumpa berbuka ramai-ramai ye . borak borak .
rindu kalian sangat sangat !

i choose to be HAPPY ツ

terINGAT

basah ! hujan lebat betul sampai tak leh nak pergi kuliah . so nak tak nak redah je la . nasib baik tak basah lencun . sejuk giler + duduk dalam aircon . memang beku . haha . harap harap tak demam . 

main lopak air . percikkan kat kawan . macam budak budak kan . then tiba tiba teringat dia . teringat waktu jalan jalan di pantai . dia percikkan air . sweet sangat waktu tu . then mula la teringat kenangan dulu . teringat waktu kuar jalan jalan dengan dia . main buai . pergi makan . buat makin rindu dia .  

awak ! awak rindu saya tak ???

i choose to be HAPPY ツ

ok . banyak aku nak tulis ni . first , aku dah tau markah test PP aku , sangat rendah tapi nasib baik tak kena mengulang . syukur . lepas ni kena buat dengan lebih baik . markah test yang lain tak tahu lagi , harap harap takde paper yang kena repeat . cuak kot ~ hari hari berjalan seperti biasa (agaknya la) dah berapa hari aku tidur lambat sebab nak menyiapkan homework aku yang amat SEDIKIT  tu . cuaca pun sekarang tak menentu . setiap hari hujan . bagus la . tak de la cuaca panas je . tapi harap esok cuaca cerah . baju aku tak kering lagi ! assigment makin banyak . susah nak cari bahan sebab broadband tak leh guna . dah sampai limit . (padan muka aku sebab dulu menyalahgunakan BB)  haha . nak cari guna komputer matrik susah sikit sebab ramai sangat orang guna nak buka facebook . sabar je la . harap harap BB kembali seperti sedia kala . amat memerlukannya :(

i choose to be HAPPY ツ

Monday, June 27

lupe nak tulis . my mom & my aunty kata aku makin putih . hahaha nak terbangga aku dengar . tapi aku tengok kat cermin tak de la pulak . macam sama je . makin gelap ada la .


i choose to be HAPPY ツ

popular + suka + bengang

aku hari ni tak sihat sangat . pening kepala . maybe sebab banyak sangat berfikir + tidur tak cukup . tapi still ngada ngada nak update , hehe .

hari ni aku bengang + gembira . bengang sebab malam tadi aku tidu lewat sebab nak menyiapkan homework math . lecture pesan nak tengok hari ni . then pagi tadi menerima 1 mesej pada pukul 6.55am berbunyi kelas math postpone sebab lecture tak sihat . haha , kalau aku tau tak de la aku tido lambat malam tadi . yang gembiranya next kelas pukul 9 jadi aku terus sambung tido sampai pukul 8lebih . hehe

hari ni bangga juga aku . terPOPULAR sekejap di dalam kuliah . terima kasih kepada lecture ekonomi aku sebab sanggup mengGLAMORkan aku . sayang anda , haha . disebabkan aku tak dapat menjawab soalan dia , kena berdiri dalam kuliah until masa lecture tu habis sambil disaksikan oleh 116 pelajar lain . nasib baik time tu kejap je sebab masa dia dah nak tamat . tak sampai 10minit . untung juga bukan diri sorang sorang . ada gak 6-8 orang budak yang yang kena . kami popular , haha . tapi tak mengapa , salah aku juga sebab tak study dulu . lagipun bukan selalu dapat merasa pengalaman macam tu kan (ayat nak sedap kan hati padahal dah bengang , huhu) pape pun aku suka kat lecture tu sebab aku paham apa yang dia ajar .




i choose to be HAPPY ツ

mengUPDATE

haha . dah lama aku tak mengupdate blog aku . broadband tak leh guna jadi kena online di bilik study . kena tunggu turn baru leh online . capek deh ~

minggu lepas balik rumah wan . my family datang lagi , yey !
HAPPY belated BIRTHDAY to my sister ! (25 June = 14 years old)
sory lambat mengupdate di blog & sorie juga lambat wish . accually pagi tu lupa birthday nisah , hee . mood mengundi time tu . semoga menjadi anak yang solehah & wish all your dream comes true . jangan malas malas ye kat rumah . jangan tengok tv je . study jugak okey .
sekadar gambar hiasan . hee
 
my aunty belanja kek blueberry coklat + pizza . sedap ;) then bantai tido dari pukul 12 until 4pm . bangun terus ikut parents gi shopping . malam melepaskan rindu kat tv . tengok cerita korea . boys over flower ! thanks to iqa sebab beritahu kat aku , hehe . sayang kau . pukul 2 lebih pagi baru tido .

ahad balik matrik , ingat nak buat homework yang bertimbun . tapi dok bantai online + tido lagi . terok giler kan aku ni . orang lain sibuk study aku sibuk buang masa . malam baru terkial kial nak buat . padan muka aku . nasib baik my cayg teman . sayang awak mushuk , muah . hehe

i choose to be HAPPY ツ

Friday, June 24

malam menifesto JPP

tadi ada pidato menifesto untuk pilihanraya KMS esok . perakaunan di DKB2 . mula mula boring la gak (sebab lambat mula) tapi bila calon first masuk sampaikan menifesto , dewan tu terus jadi meriah . malam ni semua budak sporting habis . banyak ketawa sampai sakit perut . kalau boleh memang nak guling guling sekali time ketawa tu . memang ketawa tak sopan betul tadi , haha . lebih lebih lagi bila tiba giliran calon tett . memang ketawa berdekah sampai terbatuk batuk . haha . dia memang layak menggantikan usop wilcha . kita bakar aje , hehe . esok mengundi tak tahu nak undi siapa . nak buat undi rosak boleh ? haha . jangan nak ngada ngada ye cik syairah . kau undi je la tett , hee .

homework bertimbun . bersemangat !

i choose to be HAPPY ツ

gadisCERMINmata

ada beza ke ??

gadis bercermin mata . what's wrong with that ?? kalau korang dah tau diri korang tu rabun , pakai la cermin mata . biar tak buta . ni dah la tak pakai spek . then jalan kena orang pimpin . time belajar sibuk la kata tak nampak . yang korang nak malu sangat pakai cermin mata kenapa ? takut saham korang jatuh ea . lupa pulak , mana ada orang minat kat budak pakai cermin mata . tak gitu . wrong statement ! kalau boys tu betul sayangkan korang , mereka akan terima korang seadanya . tak kesah la korang pakai cermin mata or tak . then kalau korang rasa pakai cermin mata akan menjatuhkan status korang sebagai budak hot , pakai la lens . tak perlu la korang nak simpan cermin mata dalam beg . waktu dalam kuliah baru la terkial kial nak pakai . bila boys toleh pandang cepat cepat korang tanggalkan semula . entah pape je korang ni . 

aku pun kadang kadang tak pakai spek juga , tapi tu time snap pic je . waktu lain aku pakai sebab aku tak boleh hidup tanpa cermin mata kesayang aku . aku akan jadi buta tanpanya . 

pakai spek or tak . tak menjadikan aku dua orang yang berbeza =)

i choose to be HAPPY ツ

perjumpaan yang dinantikan

perjumpaan bersama pengarah KMS
(gaya sedikit seperti usop wilcha . tapi tak tahu la kalau dia memang saje wat gaya macam tu . hehe)
tema baju merah hitam . tudung hitam . kasut sukan
lokasi : asrama vega (menghadap bilik aku)
9.30 p.m - 11.30 p.m
objektif : memberi sedikit motivasi dan bimbingan serta memperkenalkan pengarah baru kepada pelajar . sesi memberi pandangan cadangan meminta dari pihak kolej
antara item yang diminta : wi-fi , water cooler , mesin basuh syiling , ampaian , air kedegang , pembaikpulih kafe , tongsampah , elaun masuk cepat , pondok belajar , susur gajah
sebelum bersurai dapat makan free (mee hoon goreng saja . cukup la)

makan bersama roomate . ketawa . kembali ceria :)


i choose to be HAPPY ツ

Thursday, June 23

merajok seketika 
tak matang ? 
biar la

i choose to be HAPPY ツ







 A2P3
posing sengal . haha

i choose to be HAPPY ツ

celcom dan kita

malam semalam aku ada test eko . soalan dia memang terbaik la . sayang sapa yang buat soalan tu . memang tak ada yang susah lagi daripada itu ker >.< ingat nak gi library tapi disebabkan mood dah berubah terus balik bilik . mecej kawan tersayang di dunia . tapi sebab busy tengah kemas meja dan bilik yang bersepah sebab seminggu tak mengemas , terus mengcall . seronok dapat bual dengan anda . lebih lebih lagi bila bercerita tentang tett , haha . suruh dia call pulak , kredit aku sudah mau kering . bual dan bual dan bual dan gosip lagi . dekat sejam jugak . terima kasih CELCOM kerana merapatkan lagi kami =) jadi lepas ni kengkawan guna celcom ye . jimat (tengah promote ni) hehe . tapi tak best sebab tak dapat tengok muka . dulu kalau cerita mesti akan bertepuk tampar juga , sambil minum makan . ni bual dengar suara je :( mau jumpa kamu sangat sangat ~ sayang kamu
i choose to be HAPPY ツ

sudah membiasakan diri dengan KMS . alhamdulilah syukur . assigement + homework makin bertimbun . normal la tu . nama pun budak matrik . makin busy busy busy . yey sukanya T.T

nie aku nak cerita sikit pe yang berlaku minggu ni ea . test dah habis ! suka doh . tapi jangan tanya macam mana . sebab nanti aku kecewa , hehe . lecture aku semua baik baik . yang paling best lecture tutor math aku la . dia asyik speaking je . nak cakap dengan dia pun kena speaking (bagus untuk muet) memang lecture "kesayangan" la , haha . then lecture ekonomi kuliah aku pun best gak . dia garang betul . tapi aku suka dia sebab aku paham apa yang dia ajar . cuma kalau kena soal tak dapat jawab teling + kaki kena tahan je la . tak leh amik hati dengan ayat dia . jadi nak elakkan kena denda , jangan pakai baju sama warna dengan dia , haha . lecture math kuliah aku macam muka cikgu faha , cara cakap bentuk badan pun hampir sama . lecture bi aku pun best . baik je . senang kata semua lecture yang ajak aku terBAIK la , hehe .

bila la kau nak exercise ni syairah ??
makin gemok la kau ..

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, June 21

saya rindu kawan kawan saya . sangat merindui mereka . alangkah indahnya kalau dapat berjumpa . keluar jalan sama sama . bergosip . bershopping . makan bersama . tengok wayang . mesti best kan waktu tu .
kawan kawan , jangan lupakan saya okey !
 

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, June 19



i choose to be HAPPY ツ

lambaian

orang pergi haji dapat gelaran haji , orang pergi umrah dapat gelaran umrah . aku pergi program lambaian haji dan umrah , dapat gelaran lambaian , hehe
(status fb aku . tiada unsur mencarut okey en. affis !)

pagi tadi aku terlibat dengan program lambaian haji dan umrah . kena tawaf , saie , melontar . program ni under tabung haji untuk beri latihan dan gambaran kepada bakal jemaah haji dan umrah tentang suasana dan keadaan kat mekah . disebabkan semester ni aku amik subjek pendidikan islam , ustaz aku mewajibkan kelas aku untuk join program ni . seramai 1100 orang . excited kot sebab tak pernah join benda macam ni . tapi sebenarnya kalau diikutkan hati memang malas giler nak pergi sebab penat dan mengantok . malam semalam aku tidur pukul 4 lebih . pukul 6 dah kena bangun , hehe . even baru pukul 8lebih , panasnya dah macam pukul 12 . rentung muka aku kejap , huhu . lepas program tu , kalau nak panggil budak , ustaz aku mesti akan letak panggilan lambaian kat depan nama budak tu .
cth : lambaian syairah .
agak awak kan ? haha , entah pape jer . tapi tak pe la . semoga suatu hari nanti aku dapat pergi ke sana bersama keluarga tercinta .

i choose to be HAPPY ツ

roomateKU

ni aku nak story pasal roomate aku . sayang giler kat roomate aku . sebab ? diorang best ! dulu aku takut tak dapat nak sesuaikan diri dengan roomate aku , diaorang boleh terima aku or tak , macam macam la aku pikir . tapi sekarang tu semua dah tak menjadi masalah lagi . roomate aku semua okey .
irra . syazlina . cC . aku
syazlina > first aku kenal dia dulu . kebetulan masa pendaftaran dulu aku sebelah dia . so tu yang dapat bilik sama . dia budak mrsm (hebat kan?) orang KL . tempat dia bertentangan dengan aku . dia baik , jenis selamber je . sains modul III .

yun shi (cC) > budak KL . straight A's . dapat tajaan JPA . cina beragama kristian . sangat cantik dan comey dan baik . dia la tempat aku bertanya soalan math , hehe . jurusan sains modul I . masuk pencalonan JPP . so good luck ya !

irra > last roomate aku . orang KL juga . baik dan peramah . disebabkan nama dia pun ira , jadi bila roomate aku yang lain nak panggil nama ira , mesti aku dan dia akan perasan / sahut serentak , hehe . budak sains modul III .
bersyukur aku dapat roomates yang boleh bertolak ansur . sayang korang la !

i choose to be HAPPY ツ

cerita seminggu

busy busy busy . tu je yang dapat aku gambarkan minggu ini . seminggu 7 hari ni aku ada aktiviti . memang nak online pun tak dapat nak update sangat . bila dah busy aku rasa makin tak betul , kebiulan sikit , haha . makan bukan main banyak . aku dah gemuk ! lala ~ pasal test , aku malas nak komen banyak . kalau dapat markah tinggi alhamdulilah , kalau kene repeat nak buat macam mana kan . salah aku juga tak belajar betul betul . ingat nak masuk JPP (jawatankuasa perwakilan pelajar) tapi sebab aku rasa aku tak famous dan tak nak famous tu pasal aku tak masuk , hehe . dekat blok aku jadi ahli jawatankuasa kebajikan . aku dengan sorang budak india ni dapat bilangan vote yang sama untuk jadi ketua unit kebajikan tapi disebabkan aku tengok dia beria sangat nak jawatan tu , aku pun bagi la . baik kan aku , hee . apa lagi ek ? aku ingat petang petang nak beriadah tapi disebabkan kesibukan terlampau lampau niat terpaksa dibatalkan , huhu . apa pun , so far so good la .

sebulan sudah di matrik ^_^

i choose to be HAPPY ツ

Friday, June 17

memang aku tak pandai giler buat air guna benda alah ni . tak reti . selalu pakai manual jer . first time aku buat tak sedap betol rasa . padahal campur air jer . nasib baik roomate aku ajar . baru rasa sedap sikit . thanks irra . kolot juga aku ni ek , benda alah simple tu pun tak tahu , haha .

i choose to be HAPPY ツ


comey kan kucing ni , hehe . kat aras aku ada sekor kucing mengandung . even aku tak berapa mesra dengan kucing tapi kesian lor tengok kucing tu termiow miow nak makan . tapi apa leh buat , aku tak tahu nak bagi makan apa sebab aku takde makanan nak bagi . 

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, June 16

kenapa aku menafikannya ?? tak patut betul la

i choose to be HAPPY ツ

keBUSYan

haha . dah nak sebulan aku stay matrik . masih hidup . yey ! semua okey . cuma ada yang tak best sikit . sekarang aku dah jadi orang busy . kalah PM (pembantu makmal) taw =) kerja tutor bertimbun , semua nak kena anta cepat . penat otak aku memikir jawapan . susah la . dah la tak paham sangat . kena banyak belajar sendiri . dengan istilah yang aku tak paham tak pernah jumpa . lebih lebih lagi subjek ekonomi dan akaun . konfius giler . berani tukar jurusan , pandai pandai la tanggung kesannya . time ni la aku terpikir . kan bagus kalau cikgu aniza ada , aku nak minta dia ajar aku akaun . then aku nak suruh cikgu jawiyah ajar aku math (nama je math tapi 99% addmath) then siapa siapa yang pandai ajar aku ekonomi .
tidur pun tak cukup tau . selalu ngatok dalam kuliah . lebih lebih lagi kalau kuliah pp . nyaris nyaris tertido , haha .

i choose to be HAPPY ツ

dari mana aku nak mulakan ea .
ok malam semalam aku ada test pengurusan perniagaan (PP) . OMG aku tak prepare apa apa sebab aku ingatkan test math . tapi sempat la juga aku baca . time jawab tetiba aku rasa blank . apa yang aku baca tak ingat sangat . penuh juga kertas aku (jawab guna kbkk , haha) nak nagis time kuar bilik kuliah . lecture aku pun mesti nagis juga time tanda paper aku . hehe .  dia call aku . suka ! thanks sebab buat saya kembali ceria .

tadi test akaun . alhamdulilah boleh la juga jawab .
esok test math pulak
lusa muet speaking pulak
rabu depan ekonomi pulak
haha . suka
(aku tak paham pun maksud ayat kat atas ni . saja je letak . haha)

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, June 14

i am Single but my heart is Taken

haha

i choose to be HAPPY ツ

semalam (13.06.2011) birthday bestfriend aku . sayang kau . tapi kali entry ni bukan nak cakap pasal dia . sedar tak sedar dah setahun sejak perkara tu berlaku . awak sedar tak ? mesti tak kan . hehe . berharap dapat meluangkan masa bersama awak tapi disebabkan keadaan sudah berubah dan masing masing mula busy  , nak buat macam mana kan . pape pun , sayang tarikh ni , hee

i choose to be HAPPY ツ

haha . pe kebenda la aku sekarang ni . drama lebih . sejak bila pandai sombong sombong ni ?? mana belajar ? adoyai ~ makin tak betul bila duduk sini . otak bengong , haha . harap lepas ni kembali kepada asal ya . peace ^_^

i choose to be HAPPY ツ

Monday, June 13

HAPPYbirthday


terharu tak pagi tadi ? suara aku sedap kan .. bukan senang tau nak dengar aku nyanyi , hehe
SELAMAT HARI LAHIR ye doktor noor syafiqah binti ali (tu aku dah doakan kau dapat jadi doktor taw) semoga umur diberkati , menjadi anak yang solehah , diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki . ceria gembira senyum selalu ok !

kau nak ni kan ? nanti bila kita jumpa aku belanja okey (bergantung pada elaun) hehe


pastu kita bersuka suki ea . ajak mak cik phyka dan member member lain =)

SAYANG kau la !


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, June 12

akhirnya , aku berjaya mengemas bilik aku yang berselerak . sedap sikit mata memandang sekarang . hehe

semalam petang balik rumah wan (dekat banting je) membawa bersama beg plastik besar baju kotor , mau basuh guna mesin , haha . bukan apa , aku tak sempat nak basuh baju kat sini , masa full taw (konon) jumpa family aku lagi , best ! pergi uma mak ngah aku . anak dia kawin . malam shopping barang lagi . ayahku belanja , hehe . new shoes =) ingat nak study ekonomi tapi mata berat giler . maklumlah kat matrik selalu pukul 12lebih baru tidur . tido sebelah mak , mak peluk belai rambut . best sangat . rasa macam budak kecik lagi . jangan jeles ye along , nisah ^_^ 

lepas ni , aku nak wat keje keje lain pulak . minggu ni aku ada test . doakan aku ye

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, June 11

kerana buaian


melihat matahari terbenam sambil berbuai . teringat awak . berharap awak ada bersama saya ketika itu .

kerana buaian , aku terlanggar peraturan . cuak kot , haha . tapi tak pe la , aku bukan sengaja , tak perasan pun sign tu . minta maaf ye tuan pengarah =)

i choose to be HAPPY ツ


tau la kau tu lawa tinggi langsing muka putih pandai bergaya tapi tak payah la nak terbelai belai sangat rambut kau yang panjang tu . boys boleh perasan kau la even kau tak belai belai rambut kau tu . aku dan semua orang tau rambut kau tu cantik . tak payah risau la , ada boys ngorat kau nanti .
bukan apa , kau dah la duduk depan aku , tak fokus aku dalam kuliah tau !


i choose to be HAPPY ツ

Thursday, June 9

berubah ? insyallah

hari ni aku rasa macam relax semacam je . asal ek ?? laa patut la , homework math acc and ekonomi aku dah siap (even ada sikit sikit lagi yang tak jawab , hehe) tu pasal petang tadi aku leh rehat rehat terbongkang atas katil . malam tadi ada ceramah . first aku malas nak pergi , yela ingat ceramah tu tentu boring . tapi last last aku pergi juga . bawa beg beso lagi isi buku buku (ingat nak study sikit kat surau) penceramah tu dari Jakim , ustaz MOHD FITRI B. ABDULLAH . ada something yang unik tentang dia . dia asal bukan orang islam mulanya , dia orang india menganut agama hindu bekas tok sami . subhanaAllah . dari syok syok menatap buku , aku terus tutup buku dan beri 100% tumpuan pada ceramah dia . dia cerita macam mana dia boleh tertarik untuk memeluk islam (bukan sebab nak kawin dengan perempuan melayu ok) bertapa besarnya kekuasaan Tuhan .
aku tiba tiba terpikir , aku yang asal asal memang orang melayu beragama islam belajar agama dari kecil , tetapi kadang kala lalai dan alpa dengan tanggungjawab aku terhadap-Nya . Ya Allah . aku merasa malu sendiri . jadi aku dah memasang tekad untuk mengubah diri aku ke arah yang lebih baik . mungkin akan mengambil masa yang lama tapi insyallah aku akan berusaha . masih belum terlambat untuk aku berubah . mudah mudahan . amin


ni serba sedikit tentang pesanan dia ~
1) solat awal waktu
2) baca al-Quran setiap hari
3) baca hadis nabi
4) hidup bersederhana
5) hidup sentiasa memberi nasihat
i choose to be HAPPY ツ


makan seorang diri memang tak best 


don't jugde a person before you know them well 
 peringatan untuk diri sendiri 
dan untuk korang juga 


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, June 8

okey saja

sejak peristiwa hari isnin yang aku menangis frust menonggeng jiwa kacau pressure lebih , sekarang ni keadaan aku dah kembali okey . mungkin sebab aku mulakan pagi aku dengan senyum kot masa hari selasa tu . hubungan aku dengan classmate pun okey , agak mula rapat , dah tak segan segan , sekarang study sama sama , jalan sama sama . okey la semua . belajar pun okey , dah mula memahami . tapi subjek ekonomi memang aku tak berapa stabil lagi . homework tiap hari ada , memang macam takkan berkesudahan . sabo je la . dengan roomate pun okey , dah mesra . so serba serbi semua OKEY ! maaf sebab menyusahkan dan merisaukan semua orang especially my family .

homework tak siap lagi , next week dah test . chayo ira !

i choose to be HAPPY ツ

nobody perfect !

dear you

yang kau tak puas hati sangat dengan aku & cayang aku kenapa ek ? sedap sedap je kau nak ngutuk . aku paham kau nak beri pendapat kan sebenarnya . okey fine . aku tau la dia tak perfect macam kau , aku tau kau ensem , tinggi (lebih kurang aku je sebenarnya) gaya kau kadang kadang leh mengoda (tapi aku tak la tergoda) pandai berkata kata amik hati orang tapi ada aku kesah ?? tak kesah langsung la beb . sila jangan sibuk sibuk ngomel kenapa aku pilih dia jadi bf aku (aku tau kau frust sebab aku tak pilih kau kan ? hee) even dia biasa biasa je , aku tak kesah la janji dia care kat aku . aku dia dan kau memang tak perfect , masing masing ada kekurangan la .

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, June 7


i choose to be HAPPY ツ

Monday, June 6

nak balik


nak balik ! nak balik !! nak balik !!!

rupanya aku dah paham kenapa orang tak galakkan masuk matrik . PRESSURE . aku tak kuat nak hadapi semua ni . apa aku kesah orang kata aku anak manja ke , ngada ngada ke , dyorg semua tak alami apa yang aku lalui . orang kata ni semua dugaan belajar . kena berdikari , jauh dari family . betul tu . aku dah cuba tapi keadaan masih tak stabil . why ? sebab aku tak ada kawan yang macam kawan kawan aku dulu . aku tak peramah . aku tak pandai bergaul . aku tak pandai dress up make up macam budak budak lain . handphone aku murah je . ada aku kesah ? sikit je la . aku selalu sorang sorang . bila aku tak paham aku tak tahu nak tanya pada siapa . aku selalu rasa nak menangis . sangat sedih . aku tak tahan dengan cara belajar kat sini . sangat lain . aku tak tahu nak mengadu pada siapa . pada family aku ? aku tak nak mereka risau . dah macam macam mereka buat untuk aku . pada sia dia ? tak mahu menambahkan beban dia . aku dah banyak menyusahkan dia . iqa , aku amat memerlukan kau sekarang . i wish you're here . tapi kau pun tentu nak mulakan kehidupan baru di unimas . semoga kau baik baik saja .


give up ? maybe
someone , anyone ... help me please !
crying in my bed ~
mom , dad .. i  really want to go home ~
7.08 pm ~

i choose to be HAPPY ツ