Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Friday, April 29

korang perlu tahu

Program Matrikulasi terbahagi kepada TIGA bidang pengkhususan iaitu BIDANG SAINS, BIDANG PERAKAUAN dan BIDANG TEKNIKAL. Namun di Kolej Matrikulasi Selangor hanya menawarkan pengkhususan dalam Bidang Sains dan Bidang Perakaunan sahaja.

JURUSAN SAINS
Mulai sesi 2011/2012, Jurusan Sains terbahagi kepada tiga (3) modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III. Ketiga-tiga modul ini hanya diperkenalkan sehingga ambilan sesi 2014/2015. Mulai sesi 2014/2015 hanya Modul I sahaja yang ditawarkan bagi Jurusan Sains, Program Matrikulasi.

Subjek-Subjek Modul I
MATHEMATICS
CHEMISTRY
PHYSICS
BIOLOGY
ENGLISH
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
KOKURIKULUM

Subjek-Subjek Modul II
MATHEMATICS
CHEMISTRY
PHYSICS
COMPUTER SCIENCE
ENGLISH
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
KOKURIKULUM

Subjek-Subjek Modul III
MATHEMATICS
CHEMISTRY
BIOLOGY
COMPUTER SCIENCE
ENGLISH
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
KOKURIKULUM

JURUSAN PERAKAUNAN
MATHEMATICS
PERAKAUNAN
EKONOMI
PENGURUSAN PERNIAGAAN
ENGLISH
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
KOKURIKULUM

Soalan:
Adakah saya akan dikenakan denda jika keluar dari program matrikulasi untuk mengikuti kursus yang lain?
Jawapan:
Pelajar dikehendaki untuk membayar balik wang saku yang telah diterimanya jika meninggalkan program matrikulasi. Pengecualian hanya akan diberikan kepada pelajar yang keluar kerana mendapat tawaran yang setara atau lebih tinggi berbanding program matrikulasi

Soalan:
Saya mendapat tahu bahawa terdapat pengecualian daripada di denda apabila meninggalkan program matrikulasi. Apakah kursus-kursus tersebut?
Jawapan:
Pengecualian hanya diberikan kepada pelajar yang keluar dari program matrikulasi dan mematuhi salah satu syarat berikut:
a. Mendapat tajaan untuk ke luar negara daripada penaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
b. Mendapat tajaan dari JPA atau MARA untuk kursus dalam atau luar negara
c. Mendapat tawaran mengikuti Ijazah pendidikan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
d. Mendapat tampat untuk kursus persediaan (Asasi) di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA
(adoy~ kalau aku kuar gi UITM minta perakaunan bukan asasi , macam mana tu ek ?)

Soalan:
Anak saya mendapat tawaran ke Jurusan Perakaunan. Mengapa dia dihantar ke kolej Matrikulasi Perlis sedangkan saya tinggal di Kuala Lumpur?
Jawapan:
Kolej Matrikulasi Perlis adalah kolej yang mempunyai bilangan pelajar jurusan perakaunan yang ramai berbanding dengan kolej-kolej yang lain. Majoriti pelajarnya adalah pelajar perakaunan
(ni kalau aku minta jurusan perakaunan , memang lagi jauh la kan aku kena pergi kan . perlis . huhu)

ni la serba sedikit yang dapat aku kongsi bersama . harap harap dapat membantu bagi sesiapa yang ambil matrik macam aku 

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, April 28

sambil potong kek gulung kat dapur , aku bual bual dengan mak aku . bual pasal ke mana aku menghilang petang tadi (hehe) , tentang matrik , tentang masa depan , tentang dia , dan macam macam lagi la (my mom = the best!) lebih kurang macam ni ayat yang mak aku cakap bila masuk tentang dia . "angah kawan kawan la dulu dengan dia , bukan apa , nanti bila dia sambung belajar , angah sambung belajar , jumpa ramai orang kat luar sana , mana tahu terjumpa orang lain , hati masing masing berubah . kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan . tapi mudah mudahan jodoh berpanjangan hati tak berubah (mendengar dan mengangguk) jaga diri baik baik , maruah diri , nama baik . angah tu perempuan . mak dengan abah dah pasang impian nak buat majlis kawin kat dewan (adoy mak aku ni , masuk bab kawin pulak , hehe)" . ada lagi ayat mak aku , tapi tak kan nak tulis semua kan . terima kasih untuk ingatan itu . sayang mak sangat sangat !
i choose to be HAPPY ツ

CEMBURU ?? aku ke ? sejak bila aku pandai cemburu ni . pelik betul la . dulu aku tak berapa kesah tentang perkara macam ni , tapi sekarang lain la . kadang kadang tanpa aku sedar akan timbul rasa cemburu tu . normal la perempuan (tu je la alasan orang biasa guna , hehe) orang kata Cemburu tanda Sayang . mungkin betul . aku cemburu sebab aku sayang . tapi nasib baik aku cemburu tahap biasa biasa je . kalau tak , memang jadi Queen Control la aku . haha .


i choose to be HAPPY ツ

matrik ? teruja ka ??

gambar hiasan semata mata :)
pukul 12.05 pagi bersamaan 28/4/2011 aku nak buat semakkan matrik (excited punya pasal tu yang tak boleh tunggu) parents aku pun tak tidur lagi . rupanya ayah aku awal awal dah masuk laman matrik (baguskan ayah aku?) tapi tak boleh log in , maybe ramai orang yang macam aku tak sabar nak check. so aku guna tepon untuk check . sapa sapa yang tak tahu , macam ni caranya . taip MOE MAT >no ic< hantar ke 15888 . tunggu dan tunggu dan tunggu . mesej aku direply .
ANDA BERJAYA .
PROGRAM MATRIKULASI ?? TAHUN : ??
NoKP : 930117-??-????
DAFTAR : 23/05/2011
TEMPAT : KM ??
(tanda ?? bererti mana boleh tahu)

mula la sesi menjerit jerit , berlari lari jumpa parents aku . mak aku yang paling happy .OMG! parents aku memang nak hantar aku masuk matrik . cuak la pulak . boleh ke aku ? kalau betul aku pergi matrik , maknanya tak sampai sebulan je lagi aku duduk rumah , meluangkan masa bersama family , jumpa kawan kawan aku , jumpa dia . ADOYAI~

pagi ini , selepas berapa lama berehat daripada melakukan aktiviti rumah , akhirnya aku sambung balik j0b aku ni . kemas rumah , basuh dan sidai baju , sapu sampah . letih betol . sekarang tinggal nak masak untuk lunch dan kemas bilik aku yang cantik menarik tu , hehe

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, April 27

awak dan cemburu ??

kenapa ek bila aku tak buat apa apa , secara ot0matik aku akan teringat kat dia . kalau sebelum ni , takde la sampai gila bayang sangat . macam dalam bus tadi , aku asyik teringat dia je . mukin sebab 5 hari aku luang masa dengan dia , tu yang buat aku pun sampai angau kat dia . haha . apa la aku ni .
awak! saya sayang awak sangat . awak sayang saya tak ??


statment ni untuk mereka yang berkenaan .

1. sapa kata pic aku dengan dia banyak berpuluh puluh keping ?? korang ingat tiap kali aku jumpa dia , aku asyik ambil gambar banyak banyak dengan dia ke ?? even aku suka posing depan kamera , tapi takde la sampai kemaruk nak snap pic banyak banyak dengan pakwe aku . lagipun aku snap pic dgn dia , ada guna kamera kau ke ? ada menyusahkan kau ? takde pulak aku suruh kau jadi jurugambar snap pic kitaorang . ke kau jeles tak dapat snap pic sama sama dengan kiteorang ? or kau memang ada hati kat pakwe aku , tu pasal kau tak puas hati kan kan kan . tak apa , aku paham . sapa yang tak jatuh hati dengan cara pakwe aku yang caring and sweet tu (bukan nak bangga diri dapat jadi gf dia . hehe)

2. aku memang suka sayang kat dia dari dulu . aku serius serius serius dengan dia . kau tak puas hati kenapa pulak ? pelik la aku . oh! kau takut aku permainkan dia ek ?? kau jangan risau ea , aku akan jaga dia baik baik sebab dia terlalu istimewa bagi aku . terima kasih atas keprihatinan anda :)

sebarang komen dan kritikan boleh hantarkan di FB or blog ye . terima kasih atas ulasan anda . selamat study ;p

i choose to be HAPPY ツ

hari ni aku kuar gi JJ with Farahin aKa hin . dia member aku juga cuma aku jarang cerita tentang dia dekat blog aku ni . kali ni aku kuar berdua je dengan dia naik bus , haha . jumpa hanim dalam bus . dia nak gi kota . tengok wayang cerita Red Riding Ho0d . heronya hensem beb! jalan jalan . hin nak beli baju untuk BF dia . balik awal sebab nak kejar bus pukul 3 dari kota . lapar sebab tak makan . even masa sekejap je kat JJ tapi tak kesah la . balik sorang sebab hin kena balik taib andak (kampung dia) duduk sebelah naidu (budak india smk sg.mas) aku baru kenal dia tapi borak macam dah lama kenal . bosan dalam bus , nak tidur tapi tak selesa . alangkah bestnye kalau dia ada , boleh juga lentok dibahu dia . kat rengit parents aku tak balik lagi . mesej dia minta tolong anta kat uma . pelik dia datang naik kete lain (pasal aku tak perasan kete arif kan warna biru , bukan merah . malu) apa pun , semua berjalan lancar . alhamdulilah .

iqa . jangan kecik hati okey . bukan tak mahu ajak kamu tapi kamu sendiri paham kan :) nanti kita jumpa borak lama lama okey! sayang anda .

i choose to be HAPPY ツ

Monday, April 25

gossip ? memang dulu sampai hari tu aku suka bergosip . tentang apa ? macam macam la . tapi sekarang aku rasa lain sikit . mungkin sebab dah tersedar (berkat stay UIAM kot , hehe) kawan kawan , maaf ya atas kesalahan selama ini . menjadikan kawan kawan bahan gosip dan umpatan . andai lepas ini ada tercakap belakang , mungkin untuk gurauan semata mata dan tidak berlebih lebihan . no more gossip tentang u all . really hope!

dendam dan marah ? dulu memang aku tak suka dan marah sedikit dekat korang . tapi sekarang aku dah tak rasa marah dan dendam pada korang semua . dah tak amik hati lagi . jadi suka hati korang la nak buat apa , aku hanya melihat dan mendiamkan diri . no komen . hehe

saya nak jadi nature . poyo sey post aku kali ni . haha

lepas ni aku nak marah perli kutuk orang , aku tulis dekat belog je ye . boleh tak agak agak ? hee

i choose to be HAPPY ツ

PMGK !

lama aku tak update belog aku ni (ceh, macam ada orang nak baca jer, huhu) tapi tak kesah la ada orang baca or tak , aku tetap nak update . hee~  okey la , aku sebenarnya baru balik dari program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) anjuran KEJORA daerah aku . 5hari 4malam .

20 April
pagi pergi sek sains jap tengok pertandingan kawad (sempat tengok team girls aje)  bertolak naik Bus PPNJ , ambil budak budak sek lain dan terus ke Muar . stay hotel Pelangi . 1 bilik dengan Auni (selesa beb) malam kuar makan ramai ramai . balik tengok tV , iron baju , tidur

21 april
OMG!! tak ada air pulak dekat hotel tu . tapi nasib baik aku sempat mandi sebab bangun awal (kesian kat auni) . mengamuk ngamuk dia . bertolak ke ABIM . then gi kuala lumpur . say hello to USIM , UKM . mula kena menginap di Kolej Dar-Al Hikmah . ingat stay hostel dia tapi rupanya kena tidur SURAU . OMG! bukan tak sangup tapi dah la ramai orang , surau tu kecil , tak selesa la . so , kak Sabrina collect duit sorang RM30 untuk sewa hotel Smart . even 1 bilik kongsi 5orang tapi tak kesah , janji selesa . malam kuar makan , iron baju , tidur .
auni , HAPPY BIRTHDAY!

22 april
pergi UM , UPM . tapi tak dapat melawat semua tempat , masa terhad la . pergi Pesta Buku di PWTC (beli novel) tiba lambat di UIAM . kelam kabut . memang malam tu rasa bosan dan tak best giler . rasa nak balik je . berkongsi bilik dengan budak terengganu (1 bilik 8orang) dah la tempat menginap dengan dewan kuliah jauh , penat siot berjalan (kurus aku lepas ni) pukul 2lebih pagi baru aku tidur .

23 april
bangun awal . berKULIAH dan berTUTORIAL . time kuliah bosan sikit , ngantok pun ada jugak . tapi tahan je mata . aku budak UNIVERSITI OXFORD , fakulti PENDIDIKAN , group 9 . time tutorial best ckit . even mula mula agak malu malu tapi lama lama okey . ngam juga dengan budak budak ni . time makan , kena suap kawan , kelakar betul . tapi best la . penat sebab beraktiviti tanpa berhenti . mandi pun tak sempat taw!

24 april
last day , yey! beriadah dan packing barang untuk balik .  berRESOLUSI dan majlis penutup . akhirnya habis juga . AMIN .  balik singgah NILAI 3 . orang bershopping , aku gi makan dengan dia , hee~ banyak menghabiskan masa dengan tidur di dalam bus . pening pala tidur lama lama .

apa pun , sangat gembira :) menuntut ilmu sambil meluangkan masa bersamanya .
awak , saya suka tengok awak waktu awak tidur

nak tengok gambar ? click SiNi

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, April 19

di saat aku kesorangan melepaskan segala lelah kerinduan . kau hilang di saat mentari memancarkan sinarnya . di saat aku hampir hampir dapat melupakanmu , kau hadir tika mentari mula terbenam . menyusun sebaris ayat yang mampu menenggelamkan segala perasaan benci . melepaskan kata kata yang terindah dan menyatakan akulah yg paling memahami . paling baik yang pernah kau temui . seakan akan dalam mimpi yang nyata . tapi di saat kau senang kau hilang tanpa kusedari . dan seakan air mata dipaksa mengalir laju membasahi pipi . siapakah sebenarnya aku padamu .

siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu

i choose to be HAPPY ツ

iqa . thanks sebab selalu ada untuk aku . teman aku . harap kau akan dapat memiliki dia suatu hari nanti . teruskan berjuang dan bertahan okey . insyallah kau akan temui kegembiraan kau nanti . senyum dan ketawa lah wahai sahabat . good girl . hehe

pika . kuatkan semangat okey . jangan sedih sedih lagi . mungkin dia bukan untuk kau . pergilah bersama orang yang suka kat kau . semoga kau peroleh kebahagiaan (dengan econsave maybe) haha .


auni . semoga kau akan terus bahagia juga . jangan gaduh gaduh merajuk lagi okey .


nurin . ayum . hanim . alia . even kita sekarang susah nak keluar bersama macam dulu . aku doakan kau orang pun memperoleh kebahagian dan kesejahteraan hidup . sayan kau orang :)

saya mahu gembira !

i choose to be HAPPY ツ

Monday, April 18

kenapa aku GEMBIRA sangat ni ?

hari yang begitu GEMBIRA sekali . tak pernah aku rasa seperti ini . terima kasih sebab sanggup mengGEMBIRAkan aku . aku terhutang budi pada kau . sayang sikit . muah~ haha kalau ada masa kau GEMBIRAkan aku lagi ye .

iqa , auni , pika . terima kasih belanja saya makan hari ini . bawa saya jalan jalan . nanti boleh kita pergi pantai ??

i choose to be HAPPY ツ

kepada kau , aku nak minta maaf sebab mengata mengumpat kau semalam dekat blog aku . aku tak dapat nak tahan lagi . kesabaran aku dah sampai limit . maafkan aku ye . kita berdamai okey . friend ??

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, April 17

hahaha . okey la . aku minta maaf ye mengutuk mengata kau . cuma aku geram je kat kau tadi . kalau aku tau kau nak buat hal , xde aku nak angkat call kau la . apa pun

HAPPY BIRTHDAY pakcik ~



HAPPY BIRTHDAY juga untuk budak ni ~


i choose to be HAPPY ツ

hambik KAU !

hahahahaha ~ KAU memang terbaik la sey! asal aku tak puas hati dengan kau ek?? konfius jap aku hey kau , dengar sini ye . aku sebenarnya malas nak NGOMEL banyak banyak takut nanti jadi COMEL pulak bila aku HOT , HANGIT kau nanti , haha aku cuba baik BAIK dengan kau , TAK AMIK HATI dengan kau , mengIKHLASkan diri kawan dengan kau even kau banyak cari masalah dengan aku (aku tahu niat kau nak GURAU dengan aku kan? ayat nak sedapkan hati kau aje , haha) tapi makin lama aku tengok kau makin menjadi jadi la . dah tak payah nak buat aku CEMBURU dengan kau , dengan kawan kawan perempuan kau tu , even aku tak cantik , pakai spek , mata tak bulat , hidung tak mancung , tak pandai make up , tak pandai dress up macam kawan kawan perempuan kau tu tapi sekurang kurangnya aku mensyukuri NIKMAT ciptaan Tuhan ini , kau? aku malas nak cakap la . lagi satu , aku BAHAGIA la dengan KEKASIH aku kau BAHAGIA ke? lu pikur la sendiri . KEKASIH kau dulu pun aku dengar citer REJECT kau sebab (malas nak ngumpat) aku pun lagi la totally reject kau . tak payah la kau nak nyusun ayat cantik cantik menagih kasih , GELI tau tak . dengar sini , aku tak kesah la TAK KAWAN dengan kau , tak mati tak . tak kesah la kau nak REMOVE aku , nak DELETE aku , aku dah TAK HERAN langsung tau!   aku cuma nak PESAN , pikir dulu sebelum buat , jangan sampai kawan KAWAN kau yang aku tak kenal tu pun MENYAMPAH dengan kau . nasib baik aku tak kenalkan kau dekat member member aku , kalau tak lagi TERUK kena kau!   kau MAMAT perasan ~ renung renungkan dan selamat beramal .

aku berani kutuk kau kat sini sebab aku tau kau tak akan BACA .


♥♥♥ sayang , nak jumpa awak la ♥♥♥

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, April 16

serabutDAY

tertunai juga impian untuk ke jusco (even mengalami saat complicated , ketiadaan transport) kecewa sebab pika tak dapat join sama nanti kita keluar bersama okey . naik bus dari rengit bersama iqa dan auni . bersarapan di LAVENDAR (sarapan paling mahal, haha) menanti ketibaan kawan . tengok cerita SCRE4M (saya dah 18 tapi mereka belum) peh memang terbaik SERAM gila cerita tu , aku ni dah la takut takut berani menyesal memilih cerita tu . membuang masa di kedai buku Harris . windows shopping sahaja (baikkan kami) balik dengan menaiki kereta sobree . sinaran bulan membolehkan saya melihat awak dari belakang :)
kepada cik norin , maaf tak dapat bersama sepenuh masa dengan kamu , ingat mahu bershoping bersama sama tapi nampaknya keadaan tidak mengizinkan . apa yang dirancang sedikit tidak menjadi hari ini ~


hari esok?semoga akan lebih bererti

i choose to be HAPPY ツ

Friday, April 15

entah kenapa aku makin addicted dekat game ni. best siot! tapi sekarang baru sampai level 10 (tak tahu la ada berapa level, hehe)

i choose to be HAPPY ツ

indah waktu petang

petang yang indah ♥ bermain basketball with Nur Shafika Abdul Ghani, Auni Sapiee, Razeen Adam Rafik, Acid Najib, Amir Rasyid . mushuk saya pun ada ♥♥ Syafiqah Ali , lega dapat jumpa kamu . thanks ya ♥♥♥
(status di FB aku)
kawan kawan , dah lama kita tak lepak macam ini kan ? sangat gembira dapat spend masa dengan korang semua  tapi sayang nurin , ayum , hanim dan alia tak dapat join sama . geli hati melihat auni , malu malu pula bila ada amir, hehe . my sayang pun ada (datang juga awak ye. thanks) suka tengok dia . tapi sedikit marah bila awak buat kawan saya macam tu tapi saya tahu awak tak berniat kan? lain kali jangan buat macam tu lagi k sayang .

iqa , sangat lega sebab dapat jumpa kamu , melihat kamu depan mata , bercerita dengan kamu . kita memang serupa kan ? kita sudah besar terima kasih untuk semuanya .

semoga hari esok indah
memerlukan purse dan seluar baru!

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, April 14

berkecil hati? mungkin . tapi tak mengapa , saya mudah mengerti
saya suka kacau dia . dia buat saya ketawa

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, April 13

my future

aku ada story! ce citer :) pada suatu hari burung burung pun berkicauan hari tu, ada yang bekerja ada yang bergembira... haha ayat tak boleh blah betul la. cam ni, tadi aku duk bual bual dengan mak aku. cakap pasal my future. disebabkan aku tak dapat temuduga maktab, parents aku bagi beberapa cadangan untuk aku. AKAUNTAN. sambung belajar kat uitm. PENSYARAH. ambil matrik then sambung dekat utm or ukm. GURU SEKOLAH MENENGAH. ambil matrik dan sambung kat mana mana U yang ada pendidikan. konfius pula aku rasa. conclusion, membiarkan persoalan itu tergantung. aku pikir pikir balik, betul apa yang mak aku kata. kadang kadang kita tak perasan tindakan dan kata kata kita akan memberi kesan dalam hidup. dan kadang kadang kita tak perasan yang lain sebab terlalu memandang pada apa yang kita inginkan (muhasabah diri kejap) jadi lepas ini sila jaga kata kata anda ye cik syairah. udah udah la bergosip tu. karang kena kat diri sendiri kan susah. bawa bawa lah bertaubat ye (pesanan untuk diri sendiri. hee) sempat juga berbual pasal sobree (dia pun termasuk dalam future aku. perasan je aku ni. haha)

apa pun, hidup mesti diteruskan. bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa berusaha mencari keredhaan-Nya. (pandai betul aku menyusun ayat, hehe)

i choose to be HAPPY ツ