Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Monday, December 31

2012 Talk

nampaknya 2012 semakin menutup tirai. ni bermakna umur aku akan ada angka 2 di depan yeeyyyy! makin tua la aku jawabnya hahai. sebelum terlupa, happy birthday my kazen, Kak Anis yang sambut birthday hari ini. macam kesian kan :) 

memang aku akui sepanjang tahun ni banyak benda berlaku (ayat macam tahun-tahun sebelum ni tak banyak benda berlaku je kan hehe). kalau nak diimbas semua memang berjela la entry aku ni nanti. cara mudah korang baca sendiri post aku yang lepas-lepas kalau nak tahu k hee. tapi aku rasa 2012 ni agak mencabar juga bagi aku. jatuh tersungkur tergolek-golek tertonggeng-tonggeng terbalik-balik hahaha. tapi ni semua circle of life. maybe saat itu ketika itu aku berada di bawah setelah sekian lama berada di atas. banyak memori yang tercipta. ada yang manis dan ada yang pahit. hebat juga aku kan masih mampu bertahan sampai sekarang (tepuk tangan sikit untuk aku k). terima kasih kepada family aku, sepupu-sepupu, kengkawan yang selalu ada untuk aku, support aku, bagi nasihat bagai. sayang sangat dekat korang. 

kalau ditanya pasal harapan aku untuk tahun 2013 ni, banyak juga sebenarnya. nanti-nanti aku senaraikan ye ^__^ akhir kata, (terasa macam buat esei pulak hehe) aku ucapankan Selamat Menyambut Tahun 2013 untuk Semua yang mengenali diri aku dan aku mengenali mereka. 




i choose to be HAPPY ツ

Wedding Sepupu

alhamdulilah abang fizi kesayangan aku dah selamat di ijab kabul kan dengan pasangannya kak lia. gembira untuk mereka. semoga berkekalan sehingga ke jannah ^__^ seperti biasa bila dah jumpa sepupu sepapat semua kecohnya bukan main lagi hahaha. sangat seronok okay. dah lama tak berwedding macam ni hee. ni gambar korang tengok je la k :)



time dekat rumah pengantin perempuan (23.12.2012) . Sungai Lalang, Kedah



  

time rumah pengantin lelaki (30.12.2012) Banting, Selangor


eh..asyik tersama pulak . hahai


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, December 26

Disember 25

orait memang agak gila . tindakan spontan dan di luar jangkaan 
thanks sangat untuk hari itu dan maaf juga untuk kesusahan yang berlaku 
thanks sebab menjadikan penutup 2012 aku sesuatu yang indah . di tempat yang sama tapi kenangan yang berbeza 
i like the way you treated me, like a sister :)
kadang kala berharap aku ada abang macam kau
setelah sekian lama, once again i feel protected 
kalau kau perlukan pertolangan, you can count on me

i don't wish to turn out to be like her but i hope i can do what she did
free advice, you will not find a girl like that. she is unique
macam roomate aku selalu cakap, hati yang pilih dia
i wish the best for both of you ^__^
sabar itu indah







i choose to be HAPPY ツ

Thursday, December 20

20122012

tarikh hari ini sangat unik kan . 20 Disember 2012 


alhamdulilah hari aku berjalan lancar. walaupun ada sedikit kekacauan namun selebihnya indah . 
bahagianya rasa . mungkin sebab aku dah berjaya menyiapkan kertas kerja lawatan usahawan, kertas kerja program PC Fair, minit mesyuarat dan post mortem Karnival Siswi Bistari. tak sia-sia aku berjaga dari malam tadi dan bangun awal pagi. 

dan mungkin juga aku nampak orang baju putih tu di kafe. kau tak perasan aku kan ? atau kau pura-pura tak nampak aku. tapi tak apa, ada aku kisah. serta mungkin juga faktor dari mesej yang aku baru terima tadi. sila jangan bagi mesej suspens macam tu ye. cuak kot hahaha

smile :)


i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, December 18

Drama Kami

alhamdulilah selesai juga drama Foundation English The Princess And The Pea untuk semester ni . lega bila semua dah berakhir . takde dah nak pening kepala pikir pasal latihan prop skrip baju . 


yang paling tak sangka dapat no.1 ! tapi tu la orang kata rezeki . syukur sangat :)
kepada korang semua , terima kasih sebab menunjukkan komitmen dan semangat waktu drama tadi . memang terBAIK la .



behind the scene :)





i choose to be HAPPY ツ

Monday, December 17

minggu yang agak susah untuk diexplainkan . banyak membuang masa dengan perkara yang takde kaitan, bukan nak study (err accually bukan taknak study tapi tak jumpa mood rasa blank rasa macam kosong) terlalu banyak benda yang kena diuruskan difikirkan . ketensionan mula terasa . magrain macam ni . alahai

i wish i had a shoulder to cry on . sangat penat . menangis saja yang mampu . 





i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, December 12


Happy Anniversary to my Dad Ismail Mohamad Zain & my MomNoriah Mohd Taib :) 
it means so much to have the love of two wonderful people like you ! I LOVE YOU SO MUCH !! muahx ^__^


bahagianya balik rumah . tapi tension gak bila handphone asyik bunyi orang UKM cari untuk meeting la, perjumpaan la, latihan la ==" aku dah cakap aku kat rumah, jadi tak perlu lah tiap hari dok mesej tanya bila nak balik. korang balik rumah aku takde bising pun kan!

thanks to sobree sebab tolong aku daftar kursus untuk semester 2. bukan aku taknak daftar sendiri tapi takleh buka page tu, ni gara-gara Java la :( btw kau datang tepat pada masanya. sorry ya ganggu kau, bukan selalu kan :)

ni jadual yang sempat didaftar. tapi akan diupdate lagi :)

tetiba terbau perfume tu . dah lama kan ?

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, December 8

yeayyy berkesempatan juga untuk menulis hari ini setelah lama tak terusik. banyak benda nak story taw. so entry kali ni agak panjang .

firstly alhamdulilah syukur berakhir juga Karnival Siswi Bistari setelah sebulan lebih berhempas pulas bagi menjayakan program ni. memang banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat daripada program ni. kesibukan memang tidak dapat dinafikan, di tambah pulak dengan ketensionan dan assigment yang bertimbun serta final exem yang semakin hampir. nak tergila juga aku dibuatnya tapi nasib baik masih terkawal hehee. terima kasih kepada semua yang terlibat (cehh macam diaorang akan baca je) semoga persahabatan yang terjali akan terus berkekalan .

ni ada sedikit gambar, credit to kak ekin :)






tempat yang paling tenang adalah di rumah sendiri :)


to you and them, please don't say you love me miss me or whateverr. terasa murah sangat ayat tu bila korang cakap tapi tak bermaksudkannya. rasa annoying gila bila korang dok mesej call bagai cakap miss you love you then cerita waktu zaman tok kaduk kita yang dulu-dulu. masa menengah rendah mana tahu pape, budak baru nak kenal dunia la katakan. aku dah tak ingat sangat pun . 


i already gave my love to someone who doesn't want it. 

yang lepas biarkan berlalu, setiap hari adalah hari yang baru :) 




i choose to be HAPPY ツ