Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Saturday, February 26

sekadar luahan

hurm..aku tak tahu nak mula macam mana..pernah tak korang tak dapat buat benda yang korang nak buat??mestilah pernah kan..


sedih bila apa yang aku nak buat,aku tak dapat buat..pergerakan masih terbatas..kalau dulu aku boleh terima sebab aku sakit, tapi sekarang aku dah baik! doktor yang cakap, aku dah tak perlu rawatan lagi..kenapa layan aku macam orang sakit lagi??aku dah sihat la, aku dah tak macam dulu..betul! aku nak juga merasa menjadi seperti kawan-kawan aku yang lain, aktif macam dulu..salah ke??


tapi aku tahu tu semua untuk kebaikan aku juga..mereka buat macam tu sebab mereka sayang aku, mereka tak nak aku jadi macam dulu..sebenarnya aku yang teruk..aku yang tak paham mereka, walaupun doktor kata aku dah sembuh dan tak perlukan rawatan, tapi aku masih dalam pemerhatian..aku yang salah, tak nak jaga diri sendiri..teruk aku ni, asyik mementingkan diri sendiri!!


jadi kepada syairah ismail a.k.a diri sendiri, jangan sedih dan sensitif sangat ok..think positif! 


kepada awak, banyak perkara saya nak kongsi dengan awak, tapi awak selalu takde waktu saya perlukan awak..tapi takpe la, saya paham..awak pun ada urusan yang nak dibuatkan..semoga awak baik-baik saja di sana :)
i choose to be HAPPY ツ

Friday, February 25

anda baik !

NEW HEADER !!!

lawa kan ???
thanks to mas ahmad safwan kerana sudi buatkan untuk saya
anda sungguh baik hati !
blog anda pun best :)

berserabut betul blog aku ni
memang kena kemaskini
( alasan untuk online )
hehe

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, February 24

sahabat !

Bak kata pepatah Arab,
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
sahabatku
aku sayang kamu !


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, February 23

29 jam

hahahaha..
sejak bila ek aku jadi rajin keluar rumah?? pelik la
sebelum ni memang jarang kuar..apatah lagi nak kuar malam
dulu time sek..kuar uma untuk gi sekolah je, tak pun kedai beli barang
tapi sekarang pantang bestie aku ajak kuar, mesti laju je setuju
teruk betol aku sekarang ni..salah sape??? 
pikir sendiri la..haha


ok ok, berbalik pada tajuk aku..
meluangkan masa 29 jam bersama syafiqah ali dan shafika abdul ghani
bergelak ketawa,
bergurau senda,
mengutuk mengata,
membuang masa
memang giler ar bila bersama mereka !!


(i)jusco ( petang 22/2 )


window shopping sebab kewangan tidak stabil..maklumlah akhir bulan
nak tengok wayang tapi cerita tak best jadi pergi makan di kedai roti..salad buah agak sedap
berpusing-pusing di dalam kedai buku, minat membaca mula datang, bagus kan kami??
mana taknya, baca buku tentang kawin, cari jodoh..gatal sungguh ! haha


(ii)rumah kakak iqa (malam)


mula segan dan malu-malu la kononnya
waktu makan pun sopan padahal memang tengah lapar time tu..
dah tu akak iqa masak lauk kegemaran..
after mereka gi kedai beli barang, terus makan dengan bersemangat !
hipokrit betol, haha
geli hati melihat telatah wafi, manja dan ngada-ngada, hehe
tak habis-habis cerita tentang hantu kak limah balik rumah
10 p.m buat kek oren, sibuk betol dua beradik tu nak tolong, habis berselerak dapur, memang riuh la..hehe
tapi nak dijadikan cerita, masa pada oven tak berfungsi, tak bunyi pun
nasib baik aku g tengok kek tu..dapat la juga diselamatkan
bahagian bawah agak hangus, tepi dan atas garing, rasa tidak begitu manis..hoho
maaf ye kak sarah, kek tak menjadi pulak, lain kali saya buat lagi ye
1 bilik tidur berlima, sempat lagi bergosip
pukul 1 pagi baru la masing-masing tido

(iii) di rumah kakak iqa ( pagi 23/2 )


terjaga sebab wafi menangis, bersarapan dan bersiap
pegi klinik kat pasir gudang, iqa nak jumpa big boss
bosan tu dok menunggu iqa habis keje
mengisi masa bergosip bersama pka dari kol 12.15 p.m hingga 3.15 p.m
tajuk gosip : masa silam, masa sekarang dan masa depan..hoho
after that, singgah kota, window shopping lagi, hantar pika di bP,balik rumah at 7 p.m

ish ish ish
pe nak jadi la kan
after this kena kurangkan aktiviti luar
apa apa pun sangat gembira..wee~


nak amik result SPM..
boleh tak kuar awal cikit??
saya tak sabar ni

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, February 20

bukan aku tak suka kau, cuma...

kelas driving
amat mengembirakan.. sebabnya pak cik tu best !
enjoy driving hari ini..pak cik tu baik


antara dialog sewaktu driving
pak cik : awak sekolah lagi ?
saya : sekarang tunggu spm
pak cik : nanti kalau nak cari pakwe, cari lelaki yang baik, yang boleh diharap
saya : hehe.. tapi susah nak cari lelaki yang baik sekarang
pak cik : ada punya.. nak cari tu biar betul betul
saya : baik pak cik


hebat tol pak cik ni, bagi ceramah cara nak cari pakwe pulak, haha
apa apa pun, ceria :P

petang kuar dengan iqa, boy dan acid
makan double dutch bersama sama di gelanggang bola keranjang
bincang nak buat BBQ..makan lagi, hehe
( single dan available...berminat? hehe )
Razeen ! terima kasih
belajar bawa moto secara rahsia, haha

cuak jugak kalau jatuh tadi tapi nasib baik ok
saya gembira sangat...impian terlaksana kerana kamu :)
cayang kamu la..hehe




berbalik pada tajuk aku,
bukan aku tak suka kau, cuma entah ye
aku tak de dendam pape dengan kau
aku rasa kau pun tak suka aku, jadi aku pun buat bod0h je ar dengan kau
kau tak tegur aku, buat apa aku nak terkedek-kedek jumpa kau
tak kuasa la aku, huh


itu je, bubye semua :D
happy 5 month
rindu awak

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, February 19

kerja gila la

OMG !
tak sangka aku buat benda macam ni hari ini
betul betul gila la .........


dari bangun tido hingga pukul 3.20 petang, stay uma buat kerja
pukul 3.23 ptg , tepon bunyi

iqa : kau tengah buat apa?
aku : aku dok online je, nape?
iqa : jom jumpa auni, nanti kol 3.45 p.m aku amik kau
aku : ok


siap siap.. 3.45 ptg iqa datang.. g jemput pka.. bertolak ke BP
jumpa auni.. lepak kat tasik.. bergosip.. snap pic
rindu sama auni, macam setahun tak jumpa

makan di warung UBC.. berkongsi chicken chop dan fish and chip.. gosip lagi
baru teringat tak solat asar.. singgah masjid jap, bagus kan ??
6.55 petang, timbul idea gila = culik auni
tepon ayah auni.. bukan mita wang tebusan tapi mita kebenaran
kamu memang berani la iqa !
misi berjaya.. auni dibawa lari menaiki kereta ke rengit
lokasi persembunyian = uma auni
after solat magrib.. mesej kawan kawan
bershopping di pasar malam.. ayu auni berbaju kurung

buang masa bersama razeen dan acid di medan selera
bergelak ketawa.. makan lagi, sungguh kurang sopan
10.45 p.m  baru teringat nak balik rumah
nasib baik kena leter je
sekarang aku online :)
terima kasih ya semua

to mum and dad, maaf sebab balik lambat
teruskan bekerja syairah!

i choose to be HAPPY ツ

Friday, February 18

nak promote ckit

arrgghhhh!!!!
setiap hari menghabiskan masa mengadap laptop
harap-harap mata ok la..tak mau pakai cermin mata tebal
tapi apa boleh buat..nama pun bekerja dengan laptop
tak kan tiba-tiba nak mengadap tb pula
chatting?? nope la..aku sekarang dah kurang online laman sosial ni
baik kan aku? haha
accually aku bantu ayah aku buat buku komsas sekarang, hebat kan?
bekerja di rumah, suka la . . lalala~ 
even tak banyak macam orang keja tapi cukup la nak buat beli gula-gula
sapa-sapa yang nak tempah buku ni, boleh hubungi saya ye :D
nak promote ckit..hehe





  



buku komsas yang lain masih dalam pembikinan
(tu yang aku tengah buat sekarang)
mari membaca
selamat beramal
hehe

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, February 16

awak !

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
kupercayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

saat ku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
AWAK !!!
saya rindu awak la
tiap kali saya online
mesti saya tengok profile awak
awak jaga diri baik baik ye


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, February 13

BENCI laa

hahahahahaha
kalau aku tahu, aku tak gi kelas driving hari ni
aku tahu la aku tak pandai lagi..tak mahir bawa kereta
tapi sekurang2nya bagi la aku peluang untuk cuba lagi
helo..baru 2 kali aku cuba kat litar tu ok..
lagipun semalam mana ada banyak kenderaan..aku mana mahir lagi
even aku tak berapa ok tadi tapi jangan la time tu jugak suruh turun dari kereta,
malu tau aku tadi, semua orang tengok aku
biar la aku cuba lagi..nie bukan nak tolong aku..
malu ek dapat anak murid macam aku??
bukan aku sorang je la yang macam tu
 tadi ramai lagi yang lebih kurang sama je macam aku
tapi diaorang boleh teruskan..nape aku tidak??
GERAM GILER laa..
tapi nasib baik kesabaran masih ada..
tenang ya syairah :)


fauzie basrie..budak kuat dekah a.k.a member aku
(dia single..nak kenal bagitau ye)
aku jumpa dia tadi..dia g amik undang undang
geram gila aku kat kau..sedap-sedap kau je buli aku tadi
kau tau tak, malu giler aku, semua orang tengok kita tadi

dah la kau cakap kuat-kuat sambil kutuk aku
iye aku tau aku tak perfect..tak lawa macam girls lain
hidung kembang.ada jerawat.bulu roma panjang.sedikit pelat.tak cantik
tapi tu la diri aku dan aku bangga dengannya
kau tak suka, ada aku kesah
BF aku tak kecoh kecoh pun
tapi apa pun thanks so much kat kau
sekurang kurangnya aku gembira dan tak bosan tadi
terima kasih pojie !!! 
stop driving class 4 a while
huh

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, February 12

kadang kadang kita ...

kadang-kadang kita lupa nak tanya khabar si dia...
kadan-kadang kita selalu ingat dia tak ingat kita..
kadang-kadang kita selalu lupa kenangan bersama...
kadang-kadang kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu
kadang-kadang kita hanya pandai berkata daripada melakukan
kadang-kadang kita tak sedar ada orang menyayangi kita
kadang-kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita
kadang-kadang kita tak sedar yang kita membuat seseorang kecewa
kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan itu
kadang-kadang kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita
kadang-kadang kita ttak tahu dia tak suka kita
kadang-kadang kita tak respect pada kawan yang banyak membantu kita
kadang-kadang kita hanya ingat seseorang kalau kita memerlukannya
kadang-kadang kita lupa kawan ketika kita gembira
kadang-kadang kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita
kadang-kadang kita akan menyalahkan orang lain walhal kesalahan itu berpunca daripada kita
kadang-kadang kita akan utamakan yang baru daripada lama
kadang-kadang kita akan tersentap kalau si dia menegur kita
kadang-kadang kita cakap kita tidak akan begitu padahal kita lakukan juga
kadang-kadang kita suka memerhati daripada menegur
kadang-kadang kita suka mengharap pertolongan tanpa meluahkannya
kadang-kadang kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yang tahu
kadang-kadang kita sentiasa nampka kesalahan orang lin daripada kesalahan sendiri
kadang-kadang kita senang lupa jasa sahabat akibat sesuatu pertelingkahan kecil
kadang-kadang kita selalu ingat kita saja yang betul
kadang-kadang kita sukar menerima pendapat orang lain
kadang-kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh temeh
kadang-kadang kita terlalu singkat tanpa memikirkan kesudahannya
kadang-kadang kita akan berubah mengikut apa yang orang lain inginkan
kadang-kadang kita alap dengan apa yang kita telah miliki
kadang-kadang kita tak sedar dengan kehadirannya..

kadang-kadang kit tak sedar kita hipokrit
tapi saya sedar ok   :)

i choose to be HAPPY ツ

Friday, February 11

dealova dan cerita



aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yag kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

Bertapanya kita perlu ada untuk insan yang kita sayang pada waktu senang dan susah. Waktu senang dan ketawa kita menjadi sahabat yang menemankan insan yang kita cinta dan sayangi dan pada waktu sedih dan menangis kita turut sedih dan menangis malah menjadi bahu untuk disandarkan.


Biarlah kita selalu ada walaupun dalam mimpi dengan meninggalkan kenangan terindah setiap hari. Kenangan terindah akan membuat insan yang kita sayang akan merasa diri kita selalu ada disisinya. Biarlah mimpi indah dirinya adalah milik kita kerana "Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu".

Walaupun adanya kita hanya dalam bentuk panggilan atau dalam bentuk usaha dan nasihat yang berguna ia akan menjadi kekuatan dalam langkah perjalanan hidup insan yang kita sayang dan cinta, dalam senang dan susah. "Kerna langkah merapuh tanpa dirimu".

Walau kita mahu insan yang kita sayang dan cinta sentiasa ada. Namun kita juga perlu redha dalam keadaan tertentu insan yang kita sayang, cinta dan rindu, tidak boleh dekat selalu dengan kita. Fikirlah sesuatu agar dia sentiasa merasakan yang "Ku selalu ada" dalam dirinya.


Tunjukan sikap baik dan romantik kita terhadapnya. Kemesraan yang berpanjangan, senyum yang tidak pernah lekang. Agar apabila insan yang kita sayang dan cinta berjauhan akan sentiasa merasakan sentuhan kemesraan kita. "Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh". Biarlah berjauhkan kita merasakan sentuhan kemesraan dan kebaikan itu menjadi penemannya. Ingat sebuah iklan di TV "Tiap Hari Sayang"

Dengan insan yang kita sayang dan cinta. Kita selalu rasa tenang dan masalah yang dihadapi umpama hilang bebannya. Jika perlu berjauhan, sentiasa ingat perkara apa yang ada pada insan yang kita sayang, cinta dan rindu yang membuat kita tenang. Jika wajahnya, simpanlah gambarnya dimana pun kita berada. Jika suaranya, rakam atau selalu telepon dirinya. Namun sebenarnya perkara yang terbaik adalah apabila kita sentiasa memberikan galakan, nasihat positif, sokongan dan sentiasa ada untuk diri masing-masing. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan.

"Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi"

Dan akhirnya, Jadilah "Seperti udara yang ku helah". Walau jauh daripada diri masing-masing, namun dengan memberikan galakan, nasihat positif, sokongan dan sentiasa ada, maka umpama lirik lagu Delova ini.


i love you


i choose to be HAPPY ツ

Thursday, February 10

aktiviti ku ..

hari ni buat kek lagi..lalala
sejak duk uma ni makin rasa rajin pula nak buat kek..
mula mula rancang nak buat kek batik..
bersemangat kayuh basikal gi kedai dalam cuaca panas..
semua bahan dah dapat, tapi nak cari butter tak jumpa pulak
habis 1 pekan tawaf semata mata nak cari butter tapi tak de
jadi kek batik = cancel :(
mula la merancang buat kek pelangi..nama bukan men gempak lagi..
buat dengan penuh semangat tapi tak menjadi sangat keknya
bantut + ranggup .. haha
lepas dikenal pasti punca..rupanya aku tak pukul telur sampai kembang & bakar lama sangat dalam oven
tapi apa pun rasa masih ada..cuma perlu diperbaiki lagi..uhuh


dua tiga hari ni aku asyik teringat kenangan dengan kawan kawan aku je
aku teringat peristiwa kene ceramah dengan mak iqa
aku teringat nasi goreng yang nenek haida buat
aku teringat waktu kecik kecik aku kayuh basikal dengan kawan kawan aku gi sekolah
aku teringat waktu jamuan makan makan dekat sepang
aku teringat waktu cikgu mengajar
aku teringat waktu aku dan kawan kawan lepak kat kedai akhbar
banyak la yang aku ingat...
sungguh seronok :)


gembira la selalu wahai syairah
happy Pictures, Images and Photos


i choose to be HAPPY ツ

Monday, February 7

cuti cuti

03.02.2011
tengah hari
pergi rumah ayum..rindu sangat dekat dia..
ketawa ketawa..makan..dengar cerita..best..
semoga ayum tabah di sana :)
malam
dy mesej : kluar jom..pas isyak..sob amik k
yippie dia ajak kuar..berbunga bunga hatiku..haha
bukan keluar ber2 ek..tapi ber3..dan last skali ber7..
dia bawa jalan jalan dan belanja makan..
seronok dapat bual bual dan tengok dia lama lama..sangat ensem la
pertemuan dan perpisahan kami diiringi bunga api..romantik gitu..haha
to my bestie..sorry tak ajak kamu..jangan marah ye
saya cuma tak mahu ganggu kamu..betul
tapi akhirnya kamu sertai kami juga kan kan kan..



melancong ke negeri penyu bertelur..of coz la terengganu
sambil hantar my sister balik sana..dan berehat bersama my family
aktiviti utama..makan dan shopping..
aktiviti sampingan..cuci cuci mata..haha
sangat best :)




sweet memory of us :D

i choose to be HAPPY ツ