Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Sunday, March 31

31/03/13

cukuplah setakat ini saja

01/04/13

mengharap sesuatu yang lebih pasti


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, March 27

KAPREZA day

hye korang . sihat ? hope semua okay saja . lama gak aku tak update kan . sangat sangat sangat busssyyyyy . of course la busy pasal KAPREZA tu . tapi alhamdulilah program berakhir dengan tenang . hehe . so kat sini aku nak bercerita sedikit pasal perjalanan program .

Jumaat, 22 Mac
pagi sibuk menguruskan peralatan memasak . pergi pasar . haha setelah sekian lama baru menjejakkan kaki ke pasar . beli ikan ayam udang sotong sayuran . petang pula pergi kelas tutor . malam ada Forum Perdana bersama Imam Muda dan Hilal Asyraf . Muslim Part Time or Full Time . agak-agak korang yang mana ? tettt jawapan biarlah rahsia =) btw aku dapat cabutan bertuah . terima kasih pada Mr.Perfect yang jadi MC tu . hoho

pukul 12 lebih pagi duk buat post-mortem pula . yang tak boleh blah nya malam tu baru la macam-macam hal berlaku . memang menguji ketabahan dan kesabaran serta kewarasan aku . padahal esok berlangsung program aku tapi pelbagai masalah pula timbul . kfine . pukul 5.40 pagi baru tido . pukul 6 lebih dah bangun . lebih kurang 22 jam lebih aku tak tido . new record hahaha . 

Sabtu, 23 Mac
jeng jeng jeng . bersama baju 1M4U pergi menjalankan tugas . pagi tu agak kelam kabut sikit pasal Mak Teh, penyewa kafe tak bagi kami guna kawasan kafe tu . ehh apa hak dia ? ingat dia pengetua kolej ke nak halang-halang . tapi aku malas la nak gaduh dengan orang tua kan . nasib baik ada kawasan Perfect Pavlova . memang agak kelam kabut mulanya . tapi alhamdulilah program berjalan lancar walaupun ada sedikit rintangan . taniah dan terima kasih kepada semua yang membantu . petang tu berlatih untuk malam penutup . jadi Usher VIP . okay kelas gitu haha . malam ada Voice Of Peace - Battle of the Band . perkh memang cuci mata la jawabnya . ada 1 kumpulan ni memang smart habis la , band yang menjadi pilihan ramai sebab ensem hee . macam biasa malam pukul 12 lebih buat post-mortem lagi . berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham antara Jaksa dan Crew . sampai kol 3 pagi baru nak habis . sambung pula kemas barang dan prepare untuk program esok . pukul 5 baru balik tido




Ahad, 24 Mac
yeahh hari last . bertemakan baju Kapreza pula pergi menjalankan tugas . join Kids Art , melayan kerenah budak-budak . senam robik sesama hehe . then join Grooming . first time join , dapat la juga tips-tips menjaga kecantikan auww hehe . petang sambung berlatih lagi untuk majlis penutup malam . dengan baju tak cari lagi dengan cuaca hujan . memang mengajak aku untuk tido la . malam dengan berbaju kurung dan kasut tinggi (fully sponsor by roomate dan bilik depan) pergi berlari mendapatkan VIP yang parking jauh . terpelecok dibuatnya . maklumlah aku mana pakai kasut tinggi-tinggi ni . alhamdulilah berjalan lancar juga . jumpa Asmidar dan Riz . tapi dengan Riz tak sempat snap gambar , dia balik awal sangat . apapun Asmidar memang awesome la ! happy go lucky betul hehe .



i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, March 19

KAPREZA'13


nampak tak tu . tengok tarikh tu . bila ? 2 days more ! OhMy.. 
Karnival Premier Za'ba bersama MAKNA dan 1M4U

Pertandingan Memasak Belanga Berlaga
class kau sya , memasak gitu haha
program ni lah yag aku tengah usahakan selama ni
nampak tak poster bawah ni . cantik kan ?


cuak juga sebab peralatan tak banyak dapat lagi
barang tak beli lagi
macam-macam juga tak selesai lagi
diharapkan semuanya berjalan lancar . 
bagi sesiapa yang free pada tarikh berkenan, dijemput hadir untuk memeriahkan suasana . 


i choose to be HAPPY ツ

Saturday, March 16

stand alone without feeling lonely


it's sad 
when people you know become people you knew
when your best friend become stranger
when they're not here when you need them the most

 kadang kala terusik juga hati . hati manusia sangat lemah , mudah terusik dengan pelbagai perkara kan .
friday . jumpa adik aku . bercerita kepadanya . sebak seketika . thanks for a hug . even dia adik aku , tapi dia sangat faham aku . dialah tempat untuk aku meluahkan rasa . 





i choose to be HAPPY ツ

Thursday, March 14

My Cayang


semalam ingat nak kuar pergi econsave beli barang . kuar je pintu UKM jammed ! 
time tu la minyak mula kuarkan lampu kelip-kelip . dah sudah . minyak dah nyawa-nyawa ikan . kereta vs kura-kura gerenti kura-kura menang . dekat 20 minit juga berkandas . last-last buat U-turn cari stesen minyak . jammed lagi . dengan guruh petir hujan lebat . 
last-last jumpa la Shell . time nak isi minyak la angin kuat hujan makin lebat kena tempias . basah lencun kuyup semua . dah siap isi baru pekerja Shell datang guna payung nak tolong . hampeh tol .
bila dah jadi macam tu , terus balik ukm . 1 jam 30 minit untuk perjalanan yang lebih kurang 5 km je >.<


hari ini bercadang nak pergi renew lesen . nak dijadikan cerita tayar kereta pancit ! 
nasib baik waktu pergi Permata pagi tu tak jadi pape . 
terima kasih sangat dekat Anis yang setia menemani aku .
terima kasih dekat budak KeJut sebab sudi tolong walaupun tak kenal . baik sangat la dia . ensem pulak tu . nasib baik cina kalau tak dah lama aku ngorat hehe
terima kasih juga dekat firdaus sebab tolong gantikan tayar . kau la hero tayar aku :)
bila bawa kedai , tayar tak dapat diselamatkan . kena ganti tayar baru huhu . dah siap semua baru la pergi menyelesaikan urusan yang tertunggak .

hehe . sukanya . saya pemandu bertauliah sekarang hehe

moralnya , jangan tahu bawa kereta je , belajar juga pasal nak pasang tayar and komponen dalam kereta tu . kalau jadi perkara luar duga macam hari ni boleh la handle kan . apapun terima kasih bebanyak korang 

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, March 12

Jejak Varsiti la sangatt

Kembara Varsiti ke KMP & Tambun
8 - 10 March 2013

Jumaat, 8 Mac
demi nak pergi aku sanggup bersengkang mata dari malam ke siang menyiapkan homework dan assigment tertangguh . tapi 60% je dapat disiapkan . jadi la kan daripada takde yang siap langsung . bertolak 2 bus . satu bus single 1 bus double . aku duduk 2 seat sorang sebab takde sapa nak duduk dengan aku . tak kisah pun , luas tempat aku sampai ada orang jealous haha . kebetulan seat depan aku abang senior pulak duduk . bertambah lagi kecemburuan mereka sebab rupanya mereka syokk dekat abang senior tu . lupakan pasal mereka , mengisi masa dengan tido :)

Sabtu, 9 Mac
lebih kurang pukul 5 pagi sampai perlis . stay homestay . permandangan waktu pagi sangat indah . tempat tu kebetulan bersebelahan dengan sawah padi . masyallah cantik sangat . dalam pukul 830 bersiap bertolak ke Uitm Arau . jelajah uitm dengan berjalan kaki . sangat penat ! dekat UKM pun aku takde jalan macam tu tau =.= tengah hari singgah di KMP . makan dekat sana . Petang bertolak ke Padang Besar . ingat nak jumpa kazen tapi tak sempat sebab mereka dah balik . shopping beli bantal + handbag . gediknya rasa hehe .


malam pergi Kuala Perlis . jumpa kawan matrik aku, Miera . dia belajar kat UniMaP . mukin bernasib baik sebab akhirnya dapat jumpa kawan aku Syafiq . belajar dekat UniMaP juga . berdebar juga nak jumpa dia maklumlah tak pernah jumpa walaupun dah berkawan 5 tahun lebih . nasib baik okay hehe . pergi makan steamboat . murah weyh . Rm10 je sekepala . memang sangat berbaloi .

Ahad, 10 Mac
seawal 330 pagi dah bangun bersiap . tapi pukul 5 juga bertolak ke Tambun . macam biasa menghabiskan waktu tido lagi dalam bus . pukul 10 sampai Tambun . sesi bergambar bagai . berenang . main permainan dalam tu . tapi agak kecewa sebab tak dapat main game air yang ada gelongsor sebab tak pakai lagging . aku pakai tracksuit je . last-last pergi tempat budak-budak main gelongsor dekat situ hehe . disebabkan berjemur lama sangat , kulit muka pun jadi gelap . sunburn ! haha . pukul 4 lebih, siap-siap untuk bertolak balik . anak patung yang aku beli dekat sana tercicir . sedih !



apa pun , not bad la :)

\baju Superman . S untuk .... 


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, March 6


kerja semakin berlambak . kerja yang tertangguh . tuptup next week nak kena hantar . OhMy ..
so kena stop semua aktiviti yang melalaikan buat sementara waktu 
kena focus semula 
go Syairah go !



"... let me love you and i will love you until you learn to love yourself ..."

tak tahu kenapa aku suka pulak dekat lagu ni . setiap hari aku dengar hehe

btw lupakan hal yang menyemak tu . jalani kehidupan seperti biasa . tak perlu rasanya sibuk hal aku . sibuk dekat hal sendiri okay :)

bye



i choose to be HAPPY ツ

Sunday, March 3

seram lawak

sengal ! 
rumah hantu Kolej Burhanuddin Helmi . 
si Amal nak sangat masuk , so aku dengan Anis teman la . padahal hati masing-masing dah kecut . tambah-lambah lagi aku yang memang penakut ni .
mula la sesi tolak menolak untuk masuk . seram juga . sampai satu part tu hantu muncul & tunjuk jalan ke "kawasan" lain . tiba-tiba handphone aku bunyi lak . aku pun berhenti dan cakap, "ehh jap ye, handphone bunyi ." aku pun angkat la . mesti hantu tu bengang kan hehe . kengkawan aku dah gelak-gelak . but at least boleh kurangkan sikit rasa takut tu kan hehe . 
then sambung semula sesi menjelajah rumah hantu tu . dengan musik dan decorationnya memang okay aku takut . hantu-hantu tu pulak main terjah-terjah , merangkak bergantung semua . sampai aku pun keluarkan ayat ni, "don't touch-touch, ayah aku marah okay !" . hantu tu pulak kena marah dengan aku . padan muka !
last-last bila Amal dah lambat sangat, aku pun dah berani sikit, aku meluru cari pintu keluar . aku malas lama-lama sangat kat dalam sana . keluar je terus ada orang snap gambar . ayoyo memang nak kena penampar mamat tu . 

bila ingat balik macam kelakar pulak . kawan-kawan aku asyik ulang balik je ayat aku . sengal gila hahaha

i choose to be HAPPY ツ