Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, May 31

GEMBIRA kah aku ??

guys ! permohonan aku nak tukar jurusan diluluskan . suka !!! alhamdulilah syukur . maybe esok or hari khamis dapat aku mula belajar kat kelas baru . dah tak perlu nak mengadap buku biologi fizik kimia . mengadap buku akaun ekonomi pengurusan perniagaan pulak . yup , seperti sangkaan korang . aku tukar dari jurusan sains ke akaun . asal tukar ? kan sains best ? kau amik sains , boleh pergi macam macam perkerjaan kau tahu tak . kalau tak nak sains module I pun , kau tukar la sains module II or module III . kau ni tolak tuah la . tu la ayat yang aku selalu dengar kalau orang tau aku nak tukar jurusan . iye betul kata korang , sains peluang pekerjaan luas , macam macam boleh belajar , dapat pengalaman baru . orang pun respect . tapi nak buat macam mana , minat aku lebih kuat ke arah akaun . lagipun aku tau kemampuan diri aku setakat mana .

tapi sedih jugak kot aku rasa . mana tak nya , aku dah rapat dengan budak kelas aku . then aku dah belajar sikit . masuk lab . pakai lab kot . lecture pun best . memang seronok la . aku pun ada 'kembar' dalam kelas . bukan muka sama tapi nama kami yang sama . seronok tengok pensyarah konfius bila panggil nama kami . hehe

petang tadi aku ada koko . pilih permainan hoki , haha . then lecture yang ajar aku cakap , duduk matrix gaya kena macam budak matrix , tinggalkan perangai tak matang kebudak budakkan tu . berlagak macam orang dewasa sikit . serius dan berdedikasi . nampaknya lepas ni perangai kanak kanak aku menghilang la , huhu .

apapun , semoga aku akan lebih tabah & bersemangat menjalani kehidupan di sini . sayang semua , rindu kalian .
i choose to be HAPPY ツ

Monday, May 30

FIRST DAY ~

hahaha . hari ini aku start belajar . jeng jeng jeng . cuak jugak kot . wondering macam mana cara belajar kat matrix . selalu aku belajar kat uma jer . hari nie aku tutor dan kuliah subjek biologi , fizik , kimia , math (addmath) . fun ?? hurm tak tahu la . boleh la . baru start la katakan . masa kimia , dah start ujian . what??! aku tak prepare apa apa pun . study pun tak . subjek masa form 4 & 5 memang dah lama aku lupa . redha je la ~.~ hidup pun teratur cikit . sempat nak makan basuh baju . okey la kan . aku minta pertukaran jurusan dari sains ke akaun . tak tahu lagi sama ada diluluskan or tak . kalau tak terpaksa la aku meneruskan belajar sains . yeah ! ira boleh !

lepas habis kuliah , tepon along . mengadu . aku manja ?? memang pun ! tiba tiba menangis . sayu kot . bila abah pula cakap , makin laju air mata aku turun . haha . abah , angah nak balik =.= batuk makin tak berhenti . menyusahkan ! sabar je la , ujian untuk aku . semoga aku tabah menghadapi semua ini .

belog ni dah macam diari aku pulak . haha . lantak la ~

i choose to be HAPPY ツ

KMS part3

setiap hari akan bercerita tentang KMS . aku dah sah menjadi budak matrix la ! bangga ?? maybe ya , maybe not . sumpah cuaca kat sini panas giler , air memang berbotol aku minum . kalau takde air memang jadi macam ikan la aku , tercunggap cunggap , hee (nampok sangat menipu) disebabkan KMS ni ada kat selangor , secara automatik aku kena nyanyi lagu negeri selangor . antara lagu negeri johor dengan selangor , mana best ? sshhh.. hanya aku yang tau :) belum hafal tapi mencuba gak untuk hafal . lalalala ~ lagu KMS lak , kalau ada musik aku leh nyanyi , ingat . kalau takde , memang tak ingat sangat , hee .

ni kejap lagi aku dah start berKuliah berTutorial berPraktikal . berdebar debar aku rasa . cuak kot ! aku dapat sains modul I . belajar biologi fizik kimia =.= result aku tak la berapa gempak sangat tapi aku terpilih untuk amik module tu . dah la aku dapat group 1 . semua 1 la . budak yang 1 kelas dengan aku semua result gempak gempak , straight A's pulak tu . hebatkan diaorang semua . ni kira aku pun hebat la kot , dapat 1 kumpulan dengan dyorg , hehe . tapi harap harap semuanya okey . amin ..

klik ni untuk lihat gambar >>    minggu orentasi 

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, May 29

28.05.2011

jumpa family aku . rindu ! badan sakit . batuk tak hilang lagi . pegi klinik . tekanan darah rendah 90/55 haha . banyak dapat ubat =.= basuh baju bertimbun kat uma nenek aku (uma nenek ada mesin basuh , lala) pergi batu pahat . lawat mak aku . ingat nak tengok movie tapi semua panggung penuh :( 

ni aku dah stay selangor , kena hafal lak lagu negeri selangor (tak hafal lagi , hehe) nasib baik lagu KMS rancak .
gambar akan diupload nanti ^_^

i choose to be HAPPY ツ

KMS part2

26.05
pukul 3lbih bangun . dia tepon aku . suka dapat berbual dengan dia ! awak membuatkan saya ceria sepanjang hari . sayang awak~ melakukan aktiviti seperti biasa . kadang kadang terlelap juga sebab penat + ngantuk + lapar . bergayut dengan iqa , suka la ! saya rindu kamu tau . kamu rindu saya tak ? malam after forum habis , balik bilik . sekali akak fesi bagi masa 5 minit tukar baju tshirt . berjoging midnight . gila betul ! pegi antares , lawan sorak , huha huha . tiba tiba abg fesi datang . kena marah maki . gara gara akak fesi ngadu ada budak melawan arahan dia . teuk kena buli . ayat abg akak fesi bukan main lagi . dah malam jumaat . pukul 2lebih pagi , tiba tiba ada budak menjerit . histeria !

OMG . riuh rendah kelam kabut . cuak abg akak fesi . padan muka ! lepas tu makin ramai yang kena include budak yang duduk sebelah aku . so aku & ira tolong la dia . pegang dia baca ayat kursi . budak budak lain yang duduk dekat kteorg dah lari . seram cuak takut juga aku sebab sebelum ni aku tak pernah alami perkara macam ni . memang tak leh nak terangkan situasi waktu tu . pukul 3lebih baru dia okey . bawa dia balik asrama , stay surau . teman dia . tepon my hubby jap (nasib baik dia tak tidur lagi) bual bual untuk tenangkan diri sendiri . then tidur kejap (30minit je) terjaga pergi mandi siap siap . sambung teman dia . makin ramai budak yang kena rehat kat surau . terlelap tepi budak yang aku jaga tu . tak pergi kuliah pagi + senam . haha .

27.05
hari last MPPB . keadaan relax sikit . mukin sebab peristiwa semalam . pagi dengar ceramah jap , then raptai majlis penutup . tengah hari rehat lama , tapi tak sempat tidur . petang majlis penutup , happy~ malam ada konsert tapi tentang kasih sayang ibu bapa la (tak best langsung) berebut borang kuar . tidur .

tu la serba sedikit pasal minggu orentasi aku . best ?? entah ye ~
i choose to be HAPPY ツ

Kolej Matrikulasi Selangor part1

alhamdulilah . minggu pengurusan pelajar baru (MPPB) dah selesai . lega~ kira dah seminggu aku tak on9 (yes , aku boleh hidup tanpa fb) rindu giler kat family aku . kat iqa , sob , pika , kawan kawan aku yang lain . korang rindu aku tak ?? ni aku nak story apa yg berlaku kat sne masa sesi orentasi .

isnin 23.05.2011
mendaftar . pukul 7lebih pagi sampai depan KMS . angka giliran 67 . tunggu kat bangunan Andromeda . takut gak ramai sangat orang . macam macam jenis gaya rupa aku tengok . siapkan borang pendaftaran . mendaftar . blok VEGA Tingkat 1 bilik no 5 . jurusan SAINS module 1 . dapat baju tshirt , tudung dan lab KMS . check in bilik . peh bilik bukan main beso . katil single . port aku tepi tingkap , best punya . after kemas ala kadar , pegi shopping lunch last time with my family . tak de selera :( peluk peluk cium cium lambai lambai . sedih ! nak nagis boleh ?

balik bilik , semua tempat dah penuh . shazlin , yun shi , ira (roomate aku) semua dari KL , aku je orang johor . petang pukul 5 mula sesi orentasi . berkumpul kat astaka (padang) pakai baju tshirt KMS . 1512 orang semua sekali . berharap semua akan okey sahaja .

selasa 24.05 / rabu 25.05
bangun awal . pukul 5pgi dah kena ada kat surau . senam pagi bererobik . hyperaktif betul akak fesi tu . majlis perasmian MPPB di Antares (dewan besar) berbaju kurung sepanjang waktu (ayu gitu , haha) dengar ceramah , taklimat , ldk . ramai sangat orang sampai makan pun kadang kadang tak sempat . kena beratur panjang . petang senam aerobik lagi . malam sambung ceramah . pukul 11lebih majlis habis . ingat dah boleh balik bilik tidur , rupanya kena bebel marah dengan akak fesi . then entah program apa apa entah akak tu buat . kol 1pagi baru leh tidur =.=
i choose to be HAPPY ツ

Sunday, May 22

untukmu syafiqah


mampukah aku menghadapi segalanya tanpa kehadiranmu disisi ? mampukah aku mendapat teman sejati seperti kamu ? mampukah aku berjauhan denganmu ? mampukah aku tanpa kamu ?


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


jaga diri baik baik ye sahabat . bukan niat mahu meninggalkan anda bersendirian di sini namun panggilan ilmu tidak mampu ditepis lagi . saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kamu ! semoga persahabatan kita akan kekal abadi biarpun jarak memisahkan kita beribu kilometer . amat menyayangi dan merindui anda sahabat .

i choose to be HAPPY ツ

selamat tinggal >

For Chibimidori Pictures, Images and Photos12.30a.m 22/05/2011 > aku tak tidur lagi sebab masih banyak barang yang aku tak siap packing (sempat juga on9 , huhu) yup , aku nak berangkat esok . meninggalkan katil , rumah tersayang , bandar pekan sungai rengit , sekolah , kawan kawan & saudara mara aku . tak lupa juga "kengkawan" aku belakang rumah , hehe . kawan kawan aku dah ramai berangkat menuju destinasi masing masing . iqa (unimas) auni (uitm peneng - kejuruteraan awam) pika (unikop kL) norin (form6) alia (matrix tangkak) ayum (MUST kL) hanim (nurseing sime darby kL) tak sangka cepat betul masa berlalu . sedar tak sedar aku pun dah nak sambung belajar (matrix selangor) mencipta haluan dan matlamat aku sendiri . mampukah aku ? insyallah . chayo syairah ! semoga perjalanan dan segala urusan dipermudahan .
i choose to be HAPPY ツ

Saturday, May 21

sailor moon

tadi aku buka tv7 . ada cerita kartun SAILOR MOON ! haha . aku ingat dah tak de lagi cerita ni . dulu masa aku kecik kecik suka giler tengok . pastu kadang kadang berangan jadi macam watak kartun tu . best ~ memang  setiap episod aku tengok , kalau miss satu episod mesti mengamuk ngamuk , hehe . buka cerita tu je , banyak lagi cerita yang aku minat tengok masa budak budak .

koleksi cerita zaman aku kecik kecik =)

i choose to be HAPPY ツ

Friday, May 20

asal aku tiba tiba nak touching nie . rasa nak menangis . tak kan sebab aku dah nak pergi kot . urm entah la . banyak benda nak kena pikir .
saya nak sangat jumpa awak esok . saya rindu awak . tapi ....... tak mengapa , lupakan je la

i choose to be HAPPY ツ

hari ni duk uma , mengemas itu ini . OMG ! tinggal sehari lagi aku di johor . masa semakin suntuk untuk aku . macam macam benda aku nak buat . beg pun dah 95% siap kemas . banyak siot barang aku bawa . macam nak pindah uma pun ada , hehe . dia text aku , kata nak jumpa aku petang nanti . suka ! tapi aku tak la mengharap sangat (tapi sangat mengharap , huhu) petang tu aku tunggu juga dia text aku , tapi tak de . jadi maknanya tak jadi la tu . ok fine . pergi warung cik siti zaiton . dia belanja pizza . bukan sebarang pizza taw . sodap ! bukan main bangga pizza tu BestFriend dia yang buat , hehe . iqa dan freeda pun ada . dia pun datang juga . pakai baju yang aku bagi . ensem ♥♥♥ tapi sekejap je jumpa . okey la tu . magrib baru balik . hee
i choose to be HAPPY ツ

cerita semalam

missing you Pictures, Images and Photossemalam cikgu sejarah aku buat makan makan lepas isyak . peh mee goreng cikgu rosni memang sedap . dengan perencah yang banyak . suka ! hehe . then aku buat cupcakes blueberry . kawan kawan & dia puji sedap . bangga seh , hee (sedap sebab aku buat dengan kasih sayang taw ^_^ ) makan makan , bercerita , snap pic , memang meriah betul . ingat mahu snap pic dengan dia tapi tak berkesempatan pulak . ramai kawan kawan aku dah nak berangkat . good luck ya sahabatku semua . selamat kembali belajar . akan merindui kalian semua . terima kasih cikgu sebab sudi ajak kami makan malam .


saya harap awak suka baju tu :)

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, May 19


I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, May 18


belog kau kali ni buat aku berdekah sey . haha
i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, May 17

hanya mampu tersenyum

hari yang indah ! meluangkan masa bersama my hubby even kaki masih lagi terasa sakit dan bengkak . beli bandage . dia tolong balutkan . awak sweet la ! teman dia bershopping . meronda sampai sesat , hehe . makan pizza . dia comel la waktu makan . shopping lagi . bersantai di playground . dia care betul kat aku . sikit sikit tanya "awak okey tak?" , "sakit lagi ke kaki tu?" , "nak saya dukung tak?" . sangat gembira bila dengan dia . menatap muka dan senyuman dia . tergoda gitu , hehe (gatalnya) dia membuatkan saya ketawa dan tersenyum sepanjang masa . hari yang indah kan sayang ?
agak agak bila lagi aku dapat meluangkan masa dengan dia . lepas ni dah nak sambung belajar dah . i'll miss him a lot !


iqa , nanti belanja tuty fruity ya . tadi tak cakap awal awal . kalau tak , saya tak balik lagi :)

i choose to be HAPPY ツ

alahai terpelecok

16 mei 2011 > sakit yang melampau tu yang update hari ini .

hang out with syafiqah , auni , shafikah , nurin & ayum . makan di Marrybrown . best dapat lepak dengan mereka . lama tak jumpa . asik ketawa sampai senak perut . main basketball . alahai aku boleh terpelecok pulak ! sampai terduduk . sakit giler time kena (dengar bunyi tulang) berair mata aku (bukan nagis ye) sampai tak leh nak gerak langsung . kepala pula kena bola . adoyai , sabo je la . even sakit sakit still leh ketawa . thanks to my friends !
balik rumah , cover jalan elak parents tahu . peh sakit tak terkira . malam kuar makan . kantoi pulak ! my mom urut , sakit . kaki dah bengkak . jalan pun tak boleh . macam mana nak jumpa dia esok (17/5) minta minta la kaki cepat baik .

i choose to be HAPPY ツ

semalam > 16 Mei 2011 >


for being more than a Teacher .. a Friend .. a Guide & an Inspiration .. for making me find myself .. here's wishing a HAPPY TEACHER'S DAY to you !


Happy Teacher's Day to my mom , my dad , my sister and my aunty . also to all my teachers . thank you so much ! love you all .

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, May 15

Whatever! Pictures, Images and Photos

just me

i choose to be HAPPY ツ


kenapa ye ?? adoyai ~ tak paham aku dengan diri aku ni ! change back to normal pless .

i choose to be HAPPY ツ

hate u

ni yang aku nak marah . aku dah agak dah kenapa kau contact aku semula . bila aku tau tu kau , rasa nak hempas je handphone tu taw . contact aku ada makna . sebab tu aku malas nak layan kau . behave youself boy ! kau ingat aku suka sangat kau contact aku ??? menyampah ada la . sama je macam abang angkat aku . ayat nak manis bila text . then mula la minta tolong itu ini . korang ingat aku bila ada masalah je . terok sey korang !
i choose to be HAPPY ツ

Saturday, May 14



specsy   -O_O-

i choose to be HAPPY ツ

PUKUL & MEMINTA TANDA SAYANG ??

ni aku nak story lagi . aku sedikit pelik la orang zaman sekarang ni bercinta . belum ada ikatan (i mean nikah) dah minta pasangan macam macam . padahal baru nak mengenal hati budi (bahasa best , teman tapi mesra) minta pasangan kereta , duit , minta tolong bayarkan itu ini . korang pulak mengikut je . kalau sikit sikit tu okey la juga , ni kalau semua korang nak sponser dari atas hingga bawah hingga kereta rumah apa cer ?? opss , lupa pulak . SAYANG punya pasal . suka hati la , duit korang , bukan duit aku .

then yang paling aku tak paham , kenapa korang (i mean girls) sewenang wenangnya membiarkan diri korang kena pukul , belasah dengan pasangan korang . pastu korang biarkan je dengan alasan korang SAYANG dia , dia SAYANG korang . hei ! kalau dah sampai pukul tampar terajang , sampai korang muka badan lebam lebam , patah itu ini , tu bukan sayang namanya . tu MENDERA . kalau yang buat tu husband korang , tu aku tak nak masuk campur la urusan rumah tangga korang , tapi ni masalahnya lelaki tu BUKAN husband dan BELUM jadi husband korang ! kalau betul boys tu baik , sayangkan korang , dia sepatutnya MELINDUNGI dan MENJAGA korang . memberikan KASIH SAYANG , PERHATIAN . menjauhkan korang daripada bahaya . tapi tak tahu la kalau pasangan korang memang menunjukkan kasih sayang dengan cara pukul sepak terajang korang . maklumlah bercinta ni unik , ada macam macam cara .

 jadi korang especially to girls , korang dah besa kan , jadi korang pikir la sendiri . yang tanggung tu semua korang jugak , bukan aku . pesanan ikhlas untuk hari ini :)

i choose to be HAPPY ツ

BR ? secret recepi's ? SHOPPING ?

shopping Pictures, Images and Photos
12/05/2011 > jusco terbau . naik bus dengan syafiqah ali , acid najib dan arif khairuddin . tak perasan isamuddin pun ada (tapi tak join kami) menemani iqa membelek kasut (tiap kedai kasut diterokai) shopping shopping shopping . makan kfc . amir rasyid pun tiba . borak borak . shopping shopping shopping . baskin roobin seketika . shopping shopping lagi dengan kak sarah (akak iqa) bersecret recepi's . join shafikah ghani dan taufik . meriah kereta . berhenti makan di dataran bandar penawar . my sweetheart datang (dia risau! hee) balik dengan dia . terima kasih awak ;) kali ini tiada wayang , hehe



pika , rugi anda tidak join kami dari awal . mesti akan lebih best !

awak , jangan sedih sebab tak dapat kuar dengan saya . nanti ada masa kita kuar sama sama okey .

i choose to be HAPPY ツ

OMG !!! dia kembali ?? alahai tak sukanya . jangan nak mengada ngada boleh tak . kau ingat aku suka ke . lepas ni sapa sapa yang contact no maxis aku , mesej dan call anda akan lambat direspons .
mood : menjauhkan diri daripada henpon .


i choose to be HAPPY ツ

setahun suda

13/05/2011 > setahun suda sejak peristiwa tu . peristiwa aku masuk hospital . syukur alhamdulilah aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan menjalani kehidupan seperti biasa . thanks untuk semua yang sentiasa memberi sokongan dan semangat untuk aku time tu .

ni aku nak story sikit . kekadang aku tak paham bila ada sesetengah budak nak masuk hospital semata-mata gaduh dengan pakwe . contoh ayat yang aku selalu dengar, "boleh tak aku nak excident masuk ICU.pastu aku koma tak sedar ape hilang ingatan.mase tu aku dah boleh tengok siape yang selalu datang jenguk aku,ade kat sisi aku.siape yang akan risau pasal aku" tak pun bohong pasangan dyeorang . contoh ayat "abg,syg masuk wad ni,pitam kat sek,tekanan darah rendah. sakit la" . korang ingat masuk hospital ni best apa? korang tak tahu bertapa risaunya family korang bila tengok korang terlantar sakit tak bermaya kat katil hospital . sanggup ke korang nak tengok parents korang menangis susah hati semata mata permintaan korang terkabul , dapat masuk hospital ?? don't be childish!

aku kalau boleh nak mengelak dari masuk wad . pedih tu bila aku tengok mak aku menangis kat tepi katil . mak ayah aku bergilir gilir jaga aku . bertapa risaunya mereka . sungguh besar pengorbanan parents aku ni . memang tak dapat aku lupakan . mama , angah sayang mama . abah , angah sayang abah .

thanks juga kat kawan kawan aku . bertapa mengambil berat tentang aku . bagi sokongan kat aku . sayang korang semua . semoga aku akan jadi lebih tabah untuk menghadapi sebarang cabaran dan dugaan selepas ni . amin ~





i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, May 11

KEtidakMATANGAN

de orang kata muka aku nampak matang ?? betul ke ? mukin betul la kot , maklumlah umur dah 18 tahun . jerawat pun dah ada . ni muka je nampak matang tapi perangai sebenarnya tak pun . aku suka tengok cartoon . memang bila buka tv je , rancangan cartoon yang aku cari . sometimes sampai bergaduh dengan adik and akak aku bila dyeorg nak tengok cerita malays . aku suka berkepit dengan anak patung turtle aku . memang nampak macam budak budak la . pas tu , memang aku akui aku manja sikit (banyak sebenarnya) sensitif . suka merajok . ngada ngada gedik tu , tak kot . dah tu bila kuar , mesti orang ingat aku anak bongsu , haha . lepas ni aku dah nak sambung study . nampaknya aku kena bersikap matang sikit . no more cartoon . no more mr.turtle . OMG ! boleh ke ? insyallah boleh . yakin yakin . hee

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, May 10

Best Friends Graphic #24entah kenapa saya rasa seperti mula kehilangan kamu . terasa kamu makin jauh dari saya . saya rasa kekok ! seperti ada yang tidak lengkap tanpa kamu . terasa kamu seperti menjauhkan diri dari saya . mengapa ??? saya perlukan kamu .  rindukan kamu . mahu mengisi masa dengan kamu . sayang kamu sahabat ~

i choose to be HAPPY ツ

adoyai ~ cuaca panas . bila aku sidai baju je terus mendung . pastu hujan . angkat balik baju . cuaca panas semuala . aku sidai semula baju . cuaca pun mendung . sabo je la !!!

i choose to be HAPPY ツ

hindustan .. layannn

VIVAH . bila bosan bosan aku suka layan citer ni . even dah berpuluh kali aku tengok tapi still boleh menangis . romantik dan sweet betul . cerita cinta yang tulus dan suci . lagipun hero dia ensem , hee . bukan citer tu je , banyak lagi citer yang aku suka tengok . seperti ...

 


i choose to be HAPPY ツ

Monday, May 9

masa semakin singkat . 2weeks je lagi masa yang aku ada untuk di isi bersama family , teman dan dia . sempat ke ?? dalam memikirkan tentang belajar , aku memikirkan dia juga . tak lama lagi dia pun akan memilih masa depannya sendiri . tentu akan jarang bertemu dengan dia . sejak akhir akhir ni , mak aku selalu pesan , berteman tapi mesra saja dengan dia . bila masing masing dah sambung belajar , bergaul dengan ramai orang , duduk dalam persekitaran yang baru , tentu sedikit sebanyak akan mempengaruhi diri . aku paham apa yang mak aku nak sampaikan . aku tahu aku terlalu mengharap pada dia . even aku tahu terlalu mengharap tu tak bagus . cuma berharap agar hubungan kami berpanjangan dan hati masing masing tidak berubah .
i choose to be HAPPY ツ

terpaksa berpisah ..

hari ni kawan kawan aku daftar form6 . selamat kembali belajar ye kawan kawan . orang yang memasuki STPM memang orang orang yang hebat . taniah ! pada kawan kawan yang akan masuk matrik dan U , good luck juga untuk korang . selamat kembali belajar jugak okey .

lepas ni kita mesti akan jarang jumpa kan kawan kawan . masing masing dah membawa haluan sendiri . akan bercampur dengan dunia luar . bertemu dengan kawan kawan baru . bercampur dengan persekitaran yang baru . tentu semuanya akan berubah kan . mukin aku tak kan menjadi orang yang penting dalam hidup korang lagi . mukin aku terpaksa belajar menghadapi cabaran dan dugaan tanpa korang lagi . sangat takut kehilangan korang ! semoga persahabatan kita tidak akan berubah dan terputus . kekal selamanya . amin ~
i choose to be HAPPY ツ

i choose ...

think dan think lagi . rupanya penat juga memikirkan tentang masa depan ye . 2 hari lepas , after tengok keputusan UPU , aku dah buat keputusan . i choose MATRIK !! can i ?? ofcoz you can :) tapi hari ni mak aku tiba tiba tanya , "kalau tak dapat tukar cos , angah nak stay matrik juga ke?" aku terdiam . aku betul betul nak amik aliran akaun , tapi kalau tak dapat terpaksa la aku teruskan juga dengan sains . tapi aku berharap sangat dapat tukar cos .
i choose to be HAPPY ツ

Sunday, May 8

dengan anak abg chik (pipah)
semalam aku text dengan auni . dia dapat uitm dekat BUKIT MERTAJAM , PULAU PINANG . OMG ! happy for you auni . congrats ya . tapi tiba tiba aku merasa CEMBURU , RINDU dan SEDIH . why?? aku cemburu sebab dia dapat pergi ke tempat yang aku nak sangat pergi . auni dapat sambung belajar jauh , aku lak dapat dekat Larkin je . aku rindu sebab aku dah lama tak pergi sana , tempat yang banyak memberi memori terindah dalam hidup aku . aku merindui family angkat aku . tempat aku dilahirkan dan membesar . aku sedih sebab aku dah tak dapat berjumpa mereka . aku merindui bapak dan mak yam . semoga roh mereka dicucuri rahmat . al-fatihah . rindu abg chik dan abg chak dan family diorang . lepas ni tentu dah tak dapat jumpa . 

arwah mak yam dan bapak




saya nak pergi pulau pinang !!!!

i choose to be HAPPY ツ

ganu kita

sepanjang perjalanan asyik membute jer . macam macam gaya tido aku dah buat dalam kete tu . dah rezeki akak aku dapat sambung belajar kat pantai timur . sabo je la :)

terengganu ! akhirnya dapat juga berjalan jalan (ayat macam dah lama tak berjalan jer , huhu) jumpa along . RINDU along sangat sangat . makin cun gitu (sebab berCINTA kot , hee) main BOWLING . sedih sebab dapat no5 (aku memang tak terer kot main) makan nasi dagang . licin aku makan (frust + lapar) berSHOPPING di mydin . penuh troli barang barang aku (bersemangat betol nak sambung belajar , haha) makan keropok lekor KAK YAH . balik berehat sekejap (penat doh!) petang lepas asar sambung semula . makan sotong dan ikan tepung (sotong dia beso , teruja gitu , hee) berLEPAK kejap di rumah sewa along . amik beg roda (peh bapak beso giler beg tu , separuh ketinggian aku) pergi GIANT (bukan nak jumpa nobita ok) ingat nak beli kasut and beg tapi tak de yang perkenan . so beli pizza bawa balik .

to my mom , HAPPY MOTHER'S DAY !! terima kasih untuk segala-galanya . love you so much !!!

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, May 7

syukur alhamdulilah

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA
LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2011/2012

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD PROGRAM : E2210
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : DIPLOMA PERAKAUNAN
IPTA : UiTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
URL SURAT TAWARAN : http://www.uitm.edu.my/kemasukan/tawaran
Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran kepada calon yang berjaya mulai 07 Mei 2011 (Sabtu)
(Klik URL SURAT TAWARAN di atas untuk mendapatkan Surat Tawaran IPTA)


OMG ! really aku dapat ?? syukur alhamdulilah . keliru seketika . mahu memilih jalan yang mana ye ? hurm , aku pilih untuk ke katil . tido la apa lagi . dah malam ni . sambung esok esok pulak . ngee ~

i choose to be HAPPY ツ

Friday, May 6

i'll be back

UPU keluar hari ni ?? betul ker ?? ceh , ayat nak excited . bukan excited tapi tak sabar nak tahu tapi kalau dapat , aku pergi ke ? hurm , kena pikir lagi , adodoi ~

minggu ni, banyak benda dah berlaku . ada yg happy dan ada yang kurang happy . alhamdulilah semuanya masih terkawal . semoga hari yang mendatang akan lebih memberikan sejuta kegembiraan buat aku dan mereka dan sesiapa sahaja .

Norhidayah Ismail, nantikan kedatangan kami ye. sila belanja saya shopping, tengah kekontangan sekarang. hehe ;D
(status FB aku)
mahu ke TERENGGANU ! dah agak lama tak ke sana . sejak along dah ada kete (bila la aku nak dapat sebiji , huhu) kek batik untuk along dan kak una (mereka puji sedap! hee) kek coklat untuk emak (selamat hari ibu . love you mom!) semoga semuanya selamat .

awak , next week kita jumpa ye . rindu awak .
i'll be back ! macam lagu blog aku pulak , haha

i choose to be HAPPY ツ