Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Wednesday, October 8

uptodate

Ya Allah, dah lama rasanya aku tak menulis. disebabkan tadi siang aku dah membersihkan habuk dan taik cicak kat bilik, sekarang aku nak bersihkan habuk kat blog ni pulak *cewah* . hai korang, apa khabar, sihat? cehh acah-acah macam ada orang nak  baca je kan blog kau ni hahaha. btw rasanya belum terlambat kot nak wish HAPPY OCTOBER dan SALAM AIDILADHA untuk semua :) kejap je dah masuk bulan 10 , bulan depan 11 lak pastu 12 . cepatnya masa berjalan =_= .

perkembangan diri sendiri? hmm banyak ni. Belajar : makin sibuk. tesis + assignment + cari tempat untuk latihan industri. ni la ciri-ciri budak 3rd year. ehh final year dah aku? hahaha *sambil lambai tangan macam miss world* . Persahabatan : biasa la kalau tersentap terasa termenggata terkutuk terbuli dan semua yang terr lah. kawan datang dan pergi, tapi aku dah tak kisah. always lone ranger kahkah. Kewangan : orang berkata "kau ada duit ke?" . aku balas dalam hati "kau ingat aku miskin ke" . alhamdulilah bersyukur dengan rezeki yang ada. Percintaan : aku dah ada boypen. laa la laa kbai.

biasa la jatuh bangun tergolek terbalik . hidup ni tak seindah dan tak semudah yang dibayangkan. berharap terus kuat dan mara ke depan . terima kasih kepada mereka yang sentiasa ada disisi memberi semangat . k la, dah tak pandai nak mengarang ayat pepanjang, aku belajar lukis keluk je sekarang huhu

till then ,
1240am
i choose to be HAPPY ツ

Sunday, July 6

already July

 

Salam Ramadhan 


i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, May 13


hari ni genap 4 tahun :)


i choose to be HAPPY ツ




already 21 ? Nope ! it's 20

i choose to be HAPPY ツ

Monday, May 12

Hari Ibu


minggu kedua bulan Mei merupakan Hari Ibu .
Jadi SELAMAT HARI IBU ditujukan untuk emak saya yang tercinta
terima kasih untuk segalanya .
my bestfriend ever .
always love you Mom


orang kata buat apa sambut sebab sepatutnya hari-hari kita kena hargai ibu, sayang ibu . itu betul , tapi pada pendapat aku tak salah kalau nak celebrate , buat surprise dekat ibu kita , wish . itu kan boleh menambahkan lagi kegembiraan ibu kita kan :)
i choose to be HAPPY ツ

Friday, April 25

banyak benda nak update tapi malas nak taip :)

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, March 25

Goodnight MH370

8 mac 
menghilang tanda jejak
membawa bersama insan yang disayang
ke mana menghitang tiada berita
menjadi tanda tanya
17 hari
kepulanganmu dinanti penuh harap
dah kini dikau muncul
menjawab seribu teka teki

sebak


sembahyang jenazah tanpa jenazahnya.
laut menjadi kubur tanpa batu nisan.
tiada tanda.

alFatihah



i choose to be HAPPY ツ

Sunday, March 16

Mac

Assalamualaikum . salam sejahtera . fuhyooo lama gak aku tak online mengupdate ekk . dah masuk bulan mac pun nie . memang teringin nak update tapi tak kesempatan .

belajar : aku dh masuk sem baru . hahaha dah sebulan baru nak gitau . so farrrr sokey . busy jugak dengan program yang hmm hmmm .  banyak assignment dan project sampai tak tahu nak mulakan yang mana dulu . tapi alhamdulilah masih dapat dikawal

kewangan : tak berapa stabil . asyik kuar tak masuk-masuk hahaha . apalah aku nie , kekadang boros jeww . tapi harap tak lama lagi masuk la . nak claim dulu boleh ? hee

kehidupan seharian : terurus lagi hahaha . bilik masih bersih . makin kembang dan gelap . lepas nie kena mulakan misi mengurus dan memutih hehe . tengah tunggu putera raja taja pergi spa . agak2 kalau guna baucer dyorang terima tak  :D

percintaan : hahaha ni lagi satu . ehh jap , bercintakah aku ? hmm hmm . baru bunga nak memutik , tak sempat kembang dah gugur . okay sila terjemah sendiri . harap-harap diri masih tabah . big girl don't cry okay !

lain-lain : apa ekk ? macam biasa kot . apapun doakan yang terbaik . sekarang ni banyak sangat cabaran dan dugaan . semoga mendapat perlindungan dan pertunjuk dari-Nya
i choose to be HAPPY ツ

Monday, February 10

Sepetang Bersama


fuyooo macam tak percaya je aku naik kuda . hahaha selepas 21 tahun inilah kali pertama aku naik dan memanja dengan kuda . sebab tu memasing buat muka . nama kuda ni Bronco dan berusia 21 tahun k , jangan memain sebaya aku nie hehee . semua nie gegara sepupu aku yang pakai baju petak merah nie la , dia jadi volunteer dekat pusat kuda UTM . pe lagi aku pun tumpang sekaki la .

banyak benda sebenarnya aku dapat belajar , kuda ni macam manusia juga , perlu dijaga dan dimanja . respect la pada siapa yang kerja sini , kagum betul aku .

btw gambar yang ada 4 orang tu , adik-adik yg lelaki tu memang hebat terutama yang pakai baju hitam . ehh kenapa panggil adik? sebab mereka muda dari aku laa :)




i choose to be HAPPY ツ

Peneng & Vacation

yeayy . balik je dari program Duta Jauhar tue terus pergi ke Peneng holiday . teruja sebab I LOVE PENENG ! #sayaanakmami hehehe . konvoi 3 kereta . jalan agak sesak sebab CNY . nak kematu jugak punggung nie duk lelama dalam kereta . apa lagi tido je la sepanjang jalan tu kan

  

pic 1 - jenjalan dengan family , di tempat biasa , apa lagi borong asam jeruk semua . layankan je la hehe
pic 2/3 - haaaaaa yang nie yang aku nak cerita . ada Bachelorette Party dengan kazen2 dari peneng . apa benda bachelorette party tu? hmm dia lebih kurang macam majlis bujang sebelum kawin gitu . makan Sushi King . first time okay . tak tahu nak order apa . not bad la untuk aku yang baru first time nie . then jenjalan dan balik

  

siapa kawin . dah semestinya bukan aku :) 
happy W-day to kak reen dan pasangan . berkurang dah sorang geng bujang . semoga berbahagia hingga ke Jannah . memang meriah , suka dengan tema warna , warna pastel , lembut je 

smile and live your life !

i choose to be HAPPY ツ

Duta Jauhar : Mahasiswa Johor Prihatin



inilah peserta Duta Juahar yang bersemangat wajar !
tak payah cari sebab aku memang takde pun dalam gambar nie .
tapi . . . .

aku ada dalam gambar dekat bawah nie
urusetia bersama pegawai dan VC
hohoho *bangga jap*


alhamdulilah program yang dianjurkan berjalan lancar berkat usaha semua :)
Seminar kedua
DUTA JAUHAR : MAHASISWA JOHOR PRIHATIN
 Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM 
28-30 Januari 

ada lebih kurang 4 bulan sahaja lagi untuk menjayakan program nie , banyak benda perlu dibuat dan diselesaikan , semakin banyak cabaran , semakin banyak masa dan tenaga perlu dikorbankan . apapun semoga program yang dirancang ini berjaya dengan cemerlangnya .

btw ni la group yang aku pantau dari KYPJ . memang best la dyorang nie . saya doakan apa yang awak semua rancang dapat dijalankan dan membuahkan hasil :) menyokong dari belakang hehehe

i choose to be HAPPY ツ


Assalamualaikum . lama tak berblog kan . rindu
apapun sebelum bercerita nak ucapkan Salam Februari semua !



i choose to be HAPPY ツ

Sunday, January 26

Felda Kemelah, Sekijang

alhamdulilah selesai juga Operasi Khidmat Masyarakat 10 Penjuru . 
terlalu banyak suka duka perit manis sepanjang menjayakan program ini . terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ni . semoga ikatan ukhuwah yang terbina tidak akan terlerai dan persahabatan kita akan kekal berpanjangan. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua



tak perlu cari sebab gambar aku memang takde dalam nie pun hehee . btw dengan ini saya meletak jawatan saya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Sekijang :D ecehh macam dyorang baca je blog nie kan hahaha
i choose to be HAPPY ツ

Thursday, January 23

16|17 Januari

seminggu juga tak online kan . baru perasan takde update pada tarikh 17 . terlepas sudahhh
ehh kenapa dengan 17 ?


happy birthday untuk siapa ? untuk diri sendiri la hehe . 
HAPPY BELATED BIRTHDAY SYAIRAH
happy sangat 
terima kasih kepada yang wish :)
family , kengkawan
love you , muahh


mereka berdua nie memang sengal ! tak sangka berpakat kenakan aku . dan asal la aku pun lurus bendul sangat sampai tak terperasan hahaha . 
Times Square . Papa John's . Baskin Robbins . Present

Birthday ke-21 yang awesome !!




i choose to be HAPPY ツ

Thursday, January 16

Make A Day

16 Januari

last paper , yeayyyyyy

last 20th , err *krik krik krik*

hahaha

mengharapkan hari yang indah


i choose to be HAPPY ツ

Friday, January 10

seminggu saja lagi








i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, January 8

Pra Wishlist

kalau dilihat wish list aku , dua item nie je yang tak tak dapat lagi . opcoz la sebab BDE tu dapat tahun 2015 nanti , insyallah . yang Him tue , hahaha biarlah masa yang tentukan . no comment :3

Bachelor's Degree in Economics

Him

untuk tahun 2014 nie macam nak tambah wishlist je .

Maintain Berat Badan

iPaD Mini

New Me


ehh , boleh tak buat wishlist macam nie ? hehe . nie baru pra wishlist , yg bebetoi coming soon kot . tapi yg paling penting solat tu kena jaga . baru yang lain akan terjaga juga :) 

i choose to be HAPPY ツ

alhamdulilah selesai dah 4 paper :) 
ehh jangan happy dulu . ada lagi 3 paper okay . 
dah 8 januari , masa cepat je berlalu . 
semoga terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan

terima kasih SuriaCinta sebab teman study memalam :)


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, January 5

Life is an Echo
 
what you send out - comes back
what you sow - you reap
what you give -you get
what you see in others - exists in you
 
it always gets back to you
 
 

i choose to be HAPPY ツ

Friday, January 3

Exam Fever !

memang betul-betul deman dibuatnya . haha kalau nak exam mesti akan macam nie , ada je ketidaksihatan . sabar je la . btw all the best untuk semua yang menduduki peperiksaan ea . FIGHTING !!

2/1 - Makroekonomi II
6/1 - Hubungan Etnik 
7/1 - Ekonomi Antarabangsa
8/1 - Kalkulus
13/1 - Ekonomi Pembangunan Antarabangsa 
15/1 - Ekonomi Pembangunan Sumber Manusia
16/1 - Pengurusan Masa


walaupun dalam minggu peperiksaan , jadual tak perrnah kosong , mesti akan terisi dengan perkara lain . kadang-kala rasa nak mengeluh tapi ada orang pernah pesan , ikhlaskan hati . mana tahu ada perkara yang baik menanti dikemudian hari :)

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, January 1

New Year


Alhamdulilah masih berkesempatan untuk bertemu di tahun 2014 . orang teruja nak sambut , aku malam tahun baru dah tido awal , penat + tak sihat . tapi tak kisah la , tahun baru je pun .
bercakap tentang tahun baru , tentu ramai orang akan pasang niat , azam , impian baru kan . kalau tanya aku , hmm ada ke wishlist baru ? macam takde je kot .
cuma aku harap tahun 2014 ni menjadi titik permulaan untuk aku berubah menjadi lebih baik . bukan nak cakap aku tak baik sebelum ni , tapi tak salah kita nak perbaiki diri kita, dari baik menjadi lebih baik . pastu kalau boleh nak solat awal waktu  , sebab abah selalu pesan suruh solat awal , sebab bila kita solat awal banyak benda kita dapat buat lepas tu . tapi itu la , susah cikit nak ikot . jadi harapnya lepas ni dapat la buat .

i choose to be HAPPY ツ