Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, February 16

Story of My Life #6 : Convocation d'UKM

Ijazah Sarjanamuda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Pembangunan dan Sumber Manusia) 

perjalanan 3 tahun yang penuh ups and downs. 3 tahun yang sangat bermakna. segulung ijazah untuk diri dan keluarga. terasa penat lelah selama ini berbaloi bila melihat senyuman abah dan tangisan kegembiraan emak sewaktu aku bergraduasi. terima kasih kerna sentiasa ada bersama di semua waktu, untuk setiap sokongan dan pengorbanan, untuk segala-galanya. tiada yang bernilai selain kasih sayang keluarga tercinta. semoga perjalanan selepas ini turut dipermudahkan dan penuh warna-warni. #roadtoMaster

pre-konvo :)
hari graduasi :)


i choose to be HAPPY ツ

Story of My Life #5 : Pengalaman Kerja

kawan gila dekat company.
tik tok tik tok masa berjalan. praktikal dah selesai dan secara rasminya aku jadi penganggur bertauliah haha. sambil-sambil duduk mereput kat rumah tu tunggu nak konvo, sibuk juga aku hantar resume minta kerja, pergi interview tapi kebarangkalian untuk berhasil tipis. alasan diberi memang memacam tapi tak mengapa. akan ada rezeki insyallah. lepas 3 bulan akhirnya dapat kerja di Klang. homeiii memang jauh dari rumah tapi parents aku bagi sebab nanti lepas kawin aku kena duduk dekat dengan husband kan.


pengalaman kerja memang sangat berguna. time tu baru aku tahu selok belok dunia pekerjaan yang sebenar. tak sama dengan time praktikal. dulu praktikal di badan berkanun, kerajaan. tapi bila kerja dalam bidang swasta jauh sangat beza. kena pandai adapt dengan persekitaran. tempat kerja ni memang jauh beza dengan apa yang aku belajar, belajar HR ekonomi tapi kerja berkait dengan logistics, warehouse, shipment. memang banyak benda baru yang aku belajar, kira benefit untuk aku. even kerja tak lama mana tapi syukur dengan rezeki dan pengalaman yang diberi. insyallah aku akan manfaatkan untuk kerja yang mendatang. akan merindui orang disitu, dan kerja, serta benda yang baik-baik je hihi

 
 okay berbalik pada tajuk konvo tu. Degree in Economics. Alhamdulilah berjaya menamatkan pengajian dan mendapat segulung ijazah. Syukur sesangat. 

 
i choose to be HAPPY ツ

Story of My Life #4 : Majlis Pertunangan Anak En. Ismail & Pn. Noriah

huhu macam best je tajuk ni. hari ni aku nak story pasal majlis pertunangan yang mungkin memang tak ramai yang tahu dan nak tahu. 

18/4/2015 - majlis pertunangan kakak kesayangan ku. lokasi di rumah sendiri haha. alhamdulilah berjalan lancar. aku selaku adik kerja asyik nak bergambar je hehe

2/5/2015 - majlis pertunangan aku!! 2 minggu selepas majlis kakak aku je sebenarnya hehe. sebenarnya en.tunang (waktu tu) dah lama ajak kawin. aku pun time tu macam pehal mamat ni, sengal ke gila baru kenal berapa bulan dah ajak kawin. then bila dia jumpa parents aku, so nampak la yang dia memang serius. lepas bincang-bincang akhirnya 2/5/15 kami bertunang. buat majlis sederhana antara family sedara mara terdekat. bukan taknak heboh or ajak yang lain, tapi lebih baik majlis pertunangan itu dirahsiakan.

kebetulan time ni aku tengah praktikal, dah syukur jugak sebab duduk di rumah. jadi dapat la aku siapkan barang-barang hantaran, cari baju untuk majlis. sebenarnya majlis nak DIY even takde la kreatif sangat tapi mak abah sedih bila tahu nak buat sendiri. kita sebagai anak ni bila tengok parents sedih terus tak sampai hati. tu yang tadaaaa ada pelamin sama macam along haha. Alhamdulilah majlis dipermudahkan. terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan.


juru mekup import dari bangi hahaha


 
i choose to be HAPPY ツ