Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, December 31

End Year

 
siapa tahu hari ini merupakan penutup kepada tahun 2013 . sedih ? gembira ? atau biasa sahaja ? tiada siapa yang tahu . kadang kala bila apa yang kita rancang tidak berjalan seperti yang sepatutnya, atau bila terjadi perkara yang diluar duga, kita sering berharap agar tidak mengingati perkara tersebut . padahal sepatutnya kita menjadikan perkara persebut sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita perbaiki dan perbetulkan diri kita, kan ? sebab andai kata kita terlupa dan leka tak mustahil perkara yang sama akan berulang lagi .
 
sebaliknya bagi perkara yang mengembirakan pasti kita akan berharap kenangan itu tidak akan hilang dari ingatan . tapi kadang kala ada sesetengah perkara gembira perlu dilupakan andaikan kata kegembiraan itu mendatangkan kealpaan dan kekecewaan di kemudian hari .
 
tak semua perkara buruk itu teruk dan perkara baik itu bagus . bergantung kepada diri kita untuk menilai perkara tersebut . siapalah kita nak menilai apa yang terjadi . iye , aku sedar aku turut banyak kekurangan dan kelemahan . mungkin tidak dapat memuaskan hati semua pihak . bukan semua orang suka kita dan kita pun bukan suka semua orang . masing-masing perlukan masa untuk perbaiki diri sendiri . betul tak ?
 
jadi , diharapkan pengakhiran 2013 ni dapat mengakhiri sifat yang tak elok kita tu dan semoga 2014 dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik . mungkin orang kata kalau nak berubah tu kena pada awal muharam , tahun baru islam . betul tu , tapi sebenarnya perubahan tu perlu sentiasa . tak kisah la pada bila-bila pun . sebab hati manusia , nafsu , mudah goyah .
 
life has knocked me down a few times, it showed me things I never wanted to see, I experienced sadness and failures. but one thing for sure, I always get up .
 
 
 
 

i choose to be HAPPY ツ

Monday, December 30


i choose to be HAPPY ツ

Thursday, December 19

Try2Forget

3 hari berturut yang penuh kesedihan . terlalu banyak perkara berlaku , terlalu banyak kejutan kejadian diluar jangkaan , terlalu drastik . sampai aku masih tak dapat nak loading berfikir secara rasional . TRAUMA ! yes i'm . I think i'm never will be the same as usual . maybe this is a lesson to me . semoga aku dapat melupakan semua ini .

 
Ya Allah, tenangkanlah hatiku, kuatkanlah jiwaku, lapangkanlah mindaku . Sesungguhnya Engkau maha mengetahui setiap yang berlaku .

i choose to be HAPPY ツ

Friday, December 13

Akhirnya Dimiliki

hello . long time no see right ? hehe biasa la kesibukan masa dan keadaan laptop yg tak mengizinkan untuk mengupdate sebarang aktiviti . hari nie kiranya dah seminggu selepas wedding bestie aku , sapa lagi kalau bukan pika . sanggup balik semata demi dia hehe . tak sangka dia jadi orang pertama yang menamatkan zaman solo dalam kalangan kami . rasa teruja sangat . taniah sekali lagi sahabat ! aku doakan semoga kehidupan kau bertambah baik , kekal selamanya hingga ke jannah . so enjoy je la tgk pic nie k :)

      
 
L O V E
everywhere . anywhere . anytime . anyplace .
A L W A Y S
 
 

i choose to be HAPPY ツ

Friday, November 29

bila tiba masanya

Jodoh itu rahsia Allah... sekuat apa kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima dirinya..jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengannya, kita tidak akan bersama dengannya. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurutnya ilmu-Nya.. tidak ada kebetulan kelainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah jua, Insyallah... ● alhamdulilah selesai dengan Kursus Pra Perkahwinan, mungkin orang akan kata terlalu awal or gatal nak kawin, tapi biarkan mereka, tak salah nak ambil awal time remaja waktu tak sibuk ni kan untuk kemudahan kasa hadapan :)
i'm Single but my heart is RESERVED for the one God has chosen for me ♥



i choose to be HAPPY ツ

Thursday, November 21

Kepulangan yang dinanti


alhamdulilah sangat . gembira tak terkata bila dapat jumpa emak dengan abah . syukur mereka masih sihat walaupun kekadang batuk . maklumlah perubahan suasana . love both of you . a lot . tak sabar nak berkumpul sesama lagi . rinduuuuu



i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, November 12

Kemunculan Kembali



Oooommaayyyyyy dah lama aku tak mengadap benda alah nie . tak tahu kenapa sekarang macam takde masa untuk menulis . mesti korang dah rindu dengan aku kan *bajet hot* hahahaa . insyallah lepas ni aku try macam dulu merajinkan diri untuk mengupdate . kesian blog aku ni kan dah bersawang pun hee . btw Happy November everybody . sengal tol dah nak pertengahan bulan baru nak wish *meyhh* hahaha .



i choose to be HAPPY ツ

Thursday, October 17



"Ya Allah. If i am to fall in love, let me touch the heart of someone whose heart is attached to You."



i choose to be HAPPY ツ

Part 2 #October

10 Oktober 11 Oktober 12 Oktober :



wish you a wonderful and glowing Happy Birthday , May God adds more glory to your life !
=)


i choose to be HAPPY ツ

Part 1 #October

4 Okt : parents berangkat menunaikan haji . hantar dekat Airport Senai . serius sebak sedih , sepanjang perjalanan cuba kawal airmata dari mengalir . alhamdulilah perjalanan di airport berjalan lancar . tunggu sampai plane berlepas . pilu .





syukur dapat mendengar berita daripada abah dan emak . i always love both of you . thank you for everything . semoga segala urusan di sana dipermudahkan , diberi kesihatan , selamat pergi dan balik dan mendapat haji mabrur' . amin



i choose to be HAPPY ツ


assalamualaikum dan selamat pagi semua :) terasa lama benar tak kunjung blog nie kan . maklumlah kesibukan di tambah pulak dengan ketiadaan laptop hee . sebenarnya banyak benda nak cerita tapi malas pulak nak menaip pepanjangkan . so pendekkan cerita je ea . btw sebelum terlupa , 15 Oktober bersamaan 10 Zulhijjah




i choose to be HAPPY ツ

Friday, September 13

First Week

alhamdulilah selesai juga minggu pertama bagi sesi 2013/2014 . berjalan agak lancar walaupun kekadang tersengguk-sengguk dalam kelas . nampak tak bertapa sukarnya nak ubah tabiat tu hehe . subjek tahun 2 ni mostly agak mencabar juga , setiap kelas ada presentation / group work . biasa la mana ada benda yang bertambah senang kan .

Isnin 
Makroekonomi II 
Pengurusan Masa 
Selasa 
 Ekonomi Antarabangsa 
Ekonomi Pengurusan Sumber Manusia 
Rabu 
Kalkulus Untuk Ekonomi
Hubungan Etnik 
Khamis 
Ekonomi Pembangunan Antarabngsa

best kan subjek aku . lebih-lebih subjek kalkulus tu -,- . apapun semoga dipermudahkan semuanya . semangat syairah ! btwv baru minggu first dah ada meeting PERMAJ . yeayy Luaskan Kuasamu Johor ! jemput datang ea . aku masak ni taw hehe .


i choose to be HAPPY ツ

Monday, September 9


9 September 
menjalani hari pertama sebagai pelajar tahun 2 . senior okay haha
hari first yang agak lemau , mengantuk je
tapi so far okay la 
meeting PERMAJ dah bermula . err krik krik krik
 GOOD LUCK untuk semua k
mari tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi barulah hidup fantastik
^___^


i choose to be HAPPY ツ

Minggu Mesra Pelajar


alhamdulilah . selesai juga Minggu Mesra Pelajar (MMP) sesi 2013/2014
banyak pengalaman pengajaran suka duka yg aku tempuh dan dapat sepanjang program ini berlangsung . 
so ni aku nak cerita sikit la pasal MMP ni

masa hari pendaftaran, jadi guard jaga blok . seronok juga tengok gelagat freshie ni . sayu pun ada gak bila tengok datuk nenek yg dah uzur gigih menghantar cucu ke bilik naik tangga bagai . so far takde masalah sangat la hari pendaftaran tu . tapi overall yg aku dapat lihat sepanjang MMP ni berlangsung , junior ni sangat la manja . itu ini semua tak boleh . lemau sangat . nasib baik la dapat kakak abang pc yang sporting dan baik . walaupun ada program yang tak dapat berjalan lancar tapi itu tak menghalang untuk mencipta satu kenangan yang indah . 

kepada junior , selamat memulakan sesi pembelajaran di UKM . 
btw aku dah jadi senior ! hahaha



i choose to be HAPPY ツ

Friday, August 30

30 Ogos
alhamdulilah selesai juga sesi semester III / shortsem
terasa ringan otak ini wee
kita dah usaha , jadi sekarang masa untuk bertawakal . semoga result short sem ni tak menghampakan hee

terasa sekejap je masa berlalu . serius aku tak sedar esok dah 31 Ogos . mungkin busy or entah ea
apapun enjoy :)
i choose to be HAPPY ツ

Monday, August 26

Final Sem III

26 Ogos
Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

27 Ogos
Perkembangan Pemikiran Ekonomi

30 Ogos
Ekonomi Malaysia

GoodLuck Syairah . you can do it !


i choose to be HAPPY ツ

Friday, August 16

The Conjuring


15 Ogos
Jusco
The Conjuring
4 Star
memang cerita yang .... korang kena tengok sendiri la ek hahaha
nasib baik ada kain buat tutup mata *dah tau penakut tengok gak*
tak pernah dibuat orang berbuka dalam pawagam makan popcorn hehe



i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, August 13

bertemu kembali


Syawal ke-5 bersama ex-roomate KMS . sapa lagi kalau bukan cik irra kita . ehh nama kami sama la cuma dia double R dan aku single R . setelah hampir setahun lebih tak jumpa akhirnya bertemu kembali . rindu sesangat . tindakan spontan nak jumpa makcik ni tau . nasib baik ada orang nak tunjukkan jalan kalau tak memang tak jumpa la jawabnya . tak sempat nak berborak lelama sebab dah nak malam , lagipun ada sedara dia datang rumah . apa pun semoga kita bertemu lagi . kita buat reunion bilik AP3-T1-05 ea hehe


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, August 11

Syawal

Salam 4 Syawal . alhamdulilah bertemu lagi kita di bulan syawal . selamat hari raya diucapkan kepada semua . my raya was like AWESOME !! raya di kampung dengan saudara mara memang meriah . cuma tahun ni tak dapat beraya dengan kengkawan macam selalu . takpe la, insyallah tahun depan ada lagi :)







i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, August 7

29 Ramadhan

sedar atau tidak , kita dah berpuasa selama sebulan . sekejap saja masa berlalu sampai kita tak perasan kan . apapun semoga ibadah puasa kita mendapat rahmat-Nya . dan semoga kedatangan bulan Syawal ini memberikan lebih banyak kebaikan dan mengeratkan lagi hubungan kita. Di kesempatan ini aku nak minta maaf andai ada tersilap dalam perkataan dan perbuatan . kita ni manusia biasa yang memang tak kan terlepas dari membuat silap . buang yang keruh, ambil yang jernih, barulah hidup tenang . Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia".


29 Ramadhan . dah setahun kan hehe

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, August 1

31 July

salam 1 Ogos . nak gitau yang 31 Julai lepas result semester 2 keluar . terasa dupdap dupdap d0h . alhamdulilah walaupun tak segempak mana tapi ada la peningkatan dari result lepas . maybe disebabkan statistik tu yang gred jatuh . tapi tak boleh salahkan subjek tu jugak, salahkan diri sendiri sebab tak belajar k . apapun syukur :) next exam buat yang lebih baik k syairah .




i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, July 31

July 30


order lain dapat lain
nak tengok wayang cerita pulak takde
last sekali jenjalan dekat bazar dan makan lagi
btw coklat itu sangat membantu
thanks so much bro hahaha


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, July 28

Selesai Juga


alhamdulilah selesai juga program ini . 
pengalaman pergi agih kurma dekat bazar, lawak pun ada juga hehe
apapun okay la , semua berjalan lancar :)

 



i choose to be HAPPY ツ

Friday, July 26

4th

dapat juga aku tengok cerita ni hee . memang best la . abang dia yg b0ncit tu comel kot . 4 bintang k
berbuka seefood di tepi laut . laut okay, laut . tak sangka aku jumpa laut kat selangor haha . nasib baik aku tak buat lawak macam sebelum ni . 
aku nampak kau okay !
terima kasih sebab belanja . nanti jangan lupa claim ea kalau taknak duit burn :)

kebetulan pulak stay uma mak uda anis, pergi shah alam . tapi kali ni tak kuar pergi i-city dan uptown la
bulan puasa, lagipun mak uda pregnant . takkan nak ajak si faidi lak kan . malu itew haha

yg paling penting, aku dah habis 2 paper for midterm . tinggal 1 je lagi isnin nie hee


i choose to be HAPPY ツ

Thursday, July 25

the Hacker


pelik bila ada friend request bakal doktor ni . buat twitter barukah dia? *pikir pikir pikir* takkan suka suki nak buang masa buat twitter baru minah ni . ada problem negarakah ngee


so korang paham kan . kepada sesiapa yg buat account palsu ni, kau nak hack bestie aku ni ke or kau nak stalk aku sebenarnya? ke kau nak dua-dua sekali . haiiii pelik la manusia zaman sekarang ni . 
Selamat berpuasa uolls =)



i choose to be HAPPY ツ

Friday, July 19

10 Ramadhan

alhamdulilah selesai juga 10 ramadhan . ada lagi 20 ramadhan menanti . semoga kita mendapat rahmat daripada-Nya . just nak share . abg long yg baik hati ajak kuar berbuka . girlpen taknak layan la tue haha . terima kasih bro . lain kali belanja lagi k


Lokasi : Alamanda | Masjid Putra . ni baru betul , lepas kuar ajak pergi masjid terawih . dia kata untuk memuliakan bulan puasa . wahh untung sapa yg dapat kau weyh :) dan dapat nangka madu kebun kat kampung . berjasa betul pokok tu . mana tau dapat rambutan manggis durian lak ke lepas ni hehe #demand .


i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, July 16

PERMAJ lagi

Salam 7 Ramadhan . kiranya dah seminggu kita berpuasa kan . 

nak berkongsi cerita . selasa lepas aku berpeluang pergi Parlimen . drive ke sana dalam keadaan hujan lebat, cuak okay . serius masuk sana memang berprotokol habis . appoinment pukul 12 tapi last-last pukul 4.30 baru dapat jumpa . maklum la mereka sedang bersidang . sepanjang nak tunggu tu dari lepak dekat dewan makan, then ruang berehat, then surau last sekali library . nasib baik ada ramai student yang jadi prantis kepada yb . boleh la aku look around hahaha . kira lewat petang juga sampai UKM semula . apapun memang pengalaman baru :)


then jumaat lepas aku pergi Parit Sulong, Batu Pahat . gigih drive dari UKM dalam puasa . first time drive di highway . hebat gak aku ni 2 jam 40 minit dah sampai sana . ni gegara untuk handle program di sana . nak pergi jumpa ahli parlimen tengok dewan tempah catering , cari iman semua . aisshhh banyak la kerja . tido rumah abang acit, senior tahun dua . serius rumah dia best sebab rumah dia ala-ala rumah sob . memang terasa kampung habis la . toilet kat luar . pepagi or memalam kalau nak pergi mesti pergi bertiga . dah malam cerita DO RE MI tau dok beratur luar toilet haha . mak dia buat sambal goreng pedas perkh best . laju je makan . yang lawaknya adik si acit yg bongsu lelaki dan sebaya aku rupanya hee . behave elok-elok syairah hahaha . balik tak larat nak drive so minta kak nisa yang drive hee . apapun semoga dipermudahkan program itu berlangsung .



i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, July 10

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan .
bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk kita berpuasa pada tahun ini . semoga ramadhan yang datang ini akan lebih manis dan bermakna untuk kita semua . Aminn


biasa la bila setahun sebulan je yang berpuasa , mesti lupa juga kan niat ni . so terima kasih kepada cik Google :)



1 Ramadhan yang diluar jangkaan . first time berpuasa di Bangi dan awal pagi dah kuar cari kedai mamak untuk bersahur hahaha 

i choose to be HAPPY ツ