Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Thursday, February 28

Selasa . hari yang tak berapa nak luck kot . after balik kelas pukul 2lebih , teman roomate aku pergi area Taman Melati sebab ada saudara dia meninggal . yang nak jadi tragiknya boleh sesat di KL . memang tak tahu mana arah nak tuju . dah la first time pergi sana main terjah je jalan . then kena hon bagai . paling cuak nasib baik tak eksiden dekat trafik light . time tu roomate aku yang drive tapi aku yang duk kat tepi pun mesti la cuak juga kan . last-last pukul 5 lebih baru sampai tempat yang nak di tuju .Taman Selasih Gombak . sempat tengok pengkebumian . al-Fatihah untuk beliau . semoga rohnya dicucuri rahmat .

magrib baru tolak balik , agak nak sesat juga la kan cari jalan . singgah The Mines . ingat nak makan & tengok wayang . malangnya dekat sana takde wayang after pukul 10 malam . nak makan KFC, tengok-tengok dah siap kemas kerusi dah . padahal baru pukul 9 suku gitu . nak pergi tempat lain ramai orang . perut dah lapar gila . nak tak nak terus la balik ke UKM . tiba-tiba roomate aku ajak makan steamboot dekat Bangi , aku yang memang kelaparan on je . sorang RM25 boleh makan sebanyak mana kita nak . berbaloi kot . kol 12 baru balik kolej . penat ~




derma darah lagi . don't know why , rasa suka bila dapat dermakan darah . itu je yang dapat aku sumbangkan kepada mereka yang memerlukan . btw kena bebel juga hehe 
tangan agak lebam . okay pelik . cepat baik ye tangan :)


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, February 24

18 hours Non-Stop

Street Marketing

BERLANGA BERLAGA (program pertandingan memasak) 
Lokasi : Banting

pengalaman yang memang tak boleh dilupakan . seawal 9 pagi gerak ke Banting dengan 3 orang kawan aku . bukan senang rupanya nak buat street marketing ni . pergi kedai ke kedai minta sumbangan . kena marah , halau , owner buat tak tahu , bagi alasan , kena dengar leteran , dengan cuaca panas terik . memang dugaan sangat . tapi ada juga yang baik , bagi sumbang . syukur :) apa pun ini semua pengalaman baru . kalau tak bila lagi nak merasa ini semua kan hehe 

then lepas pergi banting , pergi shah alam pulak . ingat nak buat street marketing dekat sana . aleh-aleh tak jadi . jenjalan pulak dekat PKNS Shah Alam . okay rambang mata tengok pakaian semua . sangat menggoda hehe . dah dekat pukul 5lebih balik rumah makcik kawan aku . bermalam dekat rumah dia . nasib baik memang dah rancang bawa baju lebih hehe . mak uda dia sporting , baik sangat

magrib pergi pasar malam dengan mak uda , pastu makan malam & rehat . pukul 10 lebih pergi i-City pulak . kedatangan kami di sambut dengan percikan bunga api yang sangat cantik . kagum sangat . try permainan dekat sana , tangkap gambar , ketawa-ketawa . pukul 12 suku baru balik . boleh race pulak dekat highway dengan kereta mamat mana ntah . kengkawan aku siap main isyarat tingkap lagi dengan mamat-mamat tu . lawak gila hahaha

sampai je rumah dalam pukul 1 pagi , mak uda dia terus ajak kuar pergi Uptown Shah Alam . okay jenjalan lagi . memang aku tak pernah pergi uptown pepagi macam tu . pengalamannya memang rasa lain . shopping sampai tak sedar pukul 3 pagi . kaki aku dah lengguh . balik je terus dapat bantal tido hehe

posing gedik ! haha

bye


i choose to be HAPPY ツ

Saturday, February 23

1st Week 2nd Semester

alhamdulilah selesai juga minggu pertama semester dua . ehh baru minggu pertama, ada lagi 14 minggu nak tempuh ni . so far pelajaran aku okay kot , yela baru minggu pertama kan . 


ni jadual exem aku . alhamdulilah semua subjek yang aku nak ambil dapat daftar . thanks untuk mereka yang membantu aku daftar subjek . tak faham betul aku dengan Java tu . time genting la nak gurau-gurau dengan aku tak boleh update bagai . 

semua okay kot cuma agak kesibukan . hampir setiap hari meeting . pukul 1 or 2 pagi baru balik bilik . esoknya ada kelas . kesihatan mula la terganggu . alahai

apapun diharapkan semuanya okay . 


i choose to be HAPPY ツ

Monday, February 18

Ajari Aku


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu


Ajari Aku by Anuar Zain . sekarang aku addicted dengan lagu ni . dah berpuluh kali rasanya aku dengar hehe . 
"ajari aku tuk bisa mencintaimu"


i choose to be HAPPY ツ

Cafeland


CAFELAND 

ni lah satunya game yang aku main dekat fb sepanjang aku cuti akhir sem 1 . best tu boleh la kot . ala setakat isi masa lapang je hehehe . sampai masa perkampungan hari tu pun aku curi-curi online main benda alah ni juga sampai kena tegur dengan hanid & madi . ehh biar la, jeles la tu hehe . tapi lepas ni memang takde la aku nak main benda alah ni selalu sangat . kelas dah start . 

cakap pasal kelas , hari ni first day of 2nd semester . not bad la . at least masih boleh dipertimbangkan lagi . cuma agak kekok bila join kelas yang memang tak ada orang yang aku kenal . nak drop subjek tu ambil hari lain boleh je, tapi malas la . apapun berharap hari aku akan terus berlajan lancar :)



i choose to be HAPPY ツ

Sunday, February 17

Perkampungan KAPREZA

rabu lepas aku dah bertolah balik ke U untuk Perkampungan Kapreza . mula-mula rasa macam "aishh asal kena balik awal, tak sempat nak jumpa orang lagi ni" . but then rasa "hurm okay juga kot balik awal" . nasib baik makanan dia sedap hehe .

cerita pasal perkampungan, memang serius banyak gila kerja nak kena buat . nak kena cari sponsor telefon orang bagai, buat surat minta sponsor, buat RE belanjawan carta tentatif semua . jenuh ai ==" tak pernah-pernah aku telefon syarikat besar minta sponsor, cuak juga . nasib baik ada roomate aku, Anis . dialah yang banyak tolong aku . then masa malam pembentangan dah macam di parlimen . dengan felo-felo pun join sama . siap bertekak bagai . pukul 1 pagi baru meeting habis . tapi alhamdulilah separuh dari tentatif program dapat disiapkan . walaupun tak perfect mana . memang lepas ni kena work hard la sampai program sebenar berlangsung hujung bulan 3 nanti :)

btw sempat juga melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan perkampungan ni .

hahaha midnight movie . konon nak sukasuka dulu sebelum result kuar hari jumaat . cerita yang best, tak rugi tonton . nasib baik tak kena tahan dengan abang guard sebab balik pepagi muehehe .

ni lagi satu hal . bila nak check result kuar pulak atas kat atas tu . entah dari mana muncul pula hutang RM70 pun aku tak tahu . nasib baik hari jumaat, sempat juga aku pergi censolary untuk bayar hutang . bukan pasal result yang aku risaukan, tapi pasal pendaftaran subjek sem 2 nanti . taknak la pasal RM70 aku tak boleh daftar subjek kan .

disebabkan meeting yang tamat pukul 1, perut tetiba meronta minta di isi . kebetulan senior Anis ajak kuar gi mamak . pucuk di cita ulam mendatang ! hehehe .

tapi mungkin disebabkan balik pepagi, tido pun sehari 4 jam lebih je, then kerja tak henti waktu siang, duduk pulak dalam aircon, kesihatan pun mula la tergugat . kalau setakat demam dan selsema aku tak kisah sangat . tapi kali ni batuk sekali . dah la aku dah lama tak batuk . okay aku cuak! 

harap-harap semuanya akan baik-baik saja =)

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, February 12


itu yang akan aku lakukan 
thanks mom 
muahx



i choose to be HAPPY ツ

sedar tak sedar dah sebulan aku ada di johor . sebulan? kalau ikut cuti sem memang sebulan . tapi bila dah tolak program U yang aku join , then ulang alik balik kampung banting , memang tak sampai sebulan sebenarnya aku dekat rumah . ni aku kena balik U awal sebab ada perkampungan . tak pe la , dah aku baik sangat .

apa pun , 80% daripada yang aku rancang alhamdulilah dapat dilaksanakan . lagi 20% tu anggap lah takde rezeki nak buat . terkilan juga sebab 20% yang tak dapat dilaksanakan tu lah benda yang paling aku nak buat . tapi tak mengapa lah . btw sempat juga aku jumpa kengkawan aku , yang tak sempat jumpa tu maaf ye . 

bila lagi nak balik joho ? tak tahu la , macam lepas ni dah susah nak balik je . banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan . mampukah aku ? InsyaAllah . semoga aku dapat perbaiki kesemuanya . 

i'm just a girl who has so many story .





today i wish for a miracle , to meet you but the miracle doesn't happen . 
a part of me just can't let you go . weird right? hahaha . 
me like you and you like her . that's why people says Love is Blind . sorry 

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, February 6

jarang tengok cerita melayu dekat pawagam
kalau tak salah cerita first yang aku tengok, cerita hantu kak limah
tengok reramai dengan besties aku hahaha
tapi tadi aku tengok cerita Juvana . not bad la , ada yang kelakar hehe
tak membazir kot


 thanks ye sebab belanja aku ni semua . makan tengah hari pun kau belanja . thanks so much!
memang saja nak aku gemuk kan haha
next time aku belanja kau ea
kalau ada masa kita jumpa lagi :)
:: WSN ::

p/s : memang kekok kuar dengan kau sebenarnya tapi nasib baik aku peramah kan :p



i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, February 5

mengupdate profile / file / document dan lain-lain
bila buka galeri , start la belek-belek gambar
mendelete satu persatu dari lappy
479 gambar . bererti 479 kenangan yang di cipta
tak termasuk lagi gambar yang aku terlepas pandang or sengaja buat-buat tak perasan
biarlah gambar-gambar itu semua tersimpan di situ

hilang pendrive ni, maka akan hilanglah semua kenangan


i choose to be HAPPY ツ

Monday, February 4

memori dalam hujan

ex-students 5Jay2 2010
berpicnic dalam hujan
ala-ala cerita hindustan gitu hahaha
boleh hujan pulak hari ahad, padahal sebelum ni cuaca panas je
hujan lalu la katakan
dan macam biasa kata pukul 930 tapi kol 1130 baru datang
otw otw je dari tadi
sabar je la dengan budak-budak ni
makan dalam tempias dan angin kuat dan ditambah dengan laut bergelora
boleh buat filem ombak rindu tue hahaha
apa pun memang fun 
rindu dah lama tak jumpa mereka 
gelak ketawa tangkap gambar
seronok!
thanks korang yang dapat datang, bila agaknya boleh jumpa korang lagi

sedang menunggu icha mengupload gambar-gambar :)

(:: 11122010 ::) 03022013 aku kembali lagi ke pantai ini 



i choose to be HAPPY ツ

Saturday, February 2

just remember

kenapa kenapa kenapa kenapa aku masih teringatkan kau
kenapa kau muncul kembali dalam mimpi aku
kenapa mesti ada yang mengingatkan aku kepada kau
pertanyaan yang tak ada jawapan
hahahaha dugaan betul kan?
mungkin sebab itu kot aku pun jadi sensitif sejak kebelakangan ni
boleh pulak hati dan otak aku ni bermain dengan perasaan 
suka suki je datang menjelma hahaha




" sometimes you have to stand alone to prove that you can still stand "



i remember when i was someone...



sorry

i choose to be HAPPY ツ

taniah kepada adik kesayangan aku
berjaya memecahkan rekod aku dan kakak aku haha
mana taknya dapat tawaran sambung form4 dekat Sekolah Sri Putri Kuala Lumpur. sekolah elit kalau tak salah
tapi adik aku pilih sambung form4 dekat Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
UKM?? of course la dekat tempat aku belajar hehe
syukur sangat
lepas ni aku tak keseorangan lagi
mungkin ada hikmah disebalik semua ini
taniah again ;)


i choose to be HAPPY ツ