cerita pasal perkampungan, memang serius banyak gila kerja nak kena buat . nak kena cari sponsor telefon orang bagai, buat surat minta sponsor, buat RE belanjawan carta tentatif semua . jenuh ai ==" tak pernah-pernah aku telefon syarikat besar minta sponsor, cuak juga . nasib baik ada roomate aku, Anis . dialah yang banyak tolong aku . then masa malam pembentangan dah macam di parlimen . dengan felo-felo pun join sama . siap bertekak bagai . pukul 1 pagi baru meeting habis . tapi alhamdulilah separuh dari tentatif program dapat disiapkan . walaupun tak perfect mana . memang lepas ni kena work hard la sampai program sebenar berlangsung hujung bulan 3 nanti :)
btw sempat juga melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan perkampungan ni .
hahaha midnight movie . konon nak sukasuka dulu sebelum result kuar hari jumaat . cerita yang best, tak rugi tonton . nasib baik tak kena tahan dengan abang guard sebab balik pepagi muehehe .
ni lagi satu hal . bila nak check result kuar pulak atas kat atas tu . entah dari mana muncul pula hutang RM70 pun aku tak tahu . nasib baik hari jumaat, sempat juga aku pergi censolary untuk bayar hutang . bukan pasal result yang aku risaukan, tapi pasal pendaftaran subjek sem 2 nanti . taknak la pasal RM70 aku tak boleh daftar subjek kan .
disebabkan meeting yang tamat pukul 1, perut tetiba meronta minta di isi . kebetulan senior Anis ajak kuar gi mamak . pucuk di cita ulam mendatang ! hehehe .
tapi mungkin disebabkan balik pepagi, tido pun sehari 4 jam lebih je, then kerja tak henti waktu siang, duduk pulak dalam aircon, kesihatan pun mula la tergugat . kalau setakat demam dan selsema aku tak kisah sangat . tapi kali ni batuk sekali . dah la aku dah lama tak batuk . okay aku cuak!
harap-harap semuanya akan baik-baik saja =)
No comments:
Post a Comment