Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Sunday, July 31

UPS

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER (UPS)
SEMESTER 1 SESI 2011/2012

NO. K/P : 93011707****
NO. MATRIK : MA112353****
JURUSAN : PERAKAUNAN
TUTORAN : A*P*

KOD  -  MATA PELAJARAN  - TARIKH  -  MASA
WB013 - Bahasa Inggeris (02/08/11) 9.00-10.00 a.m
AE015 - Ekonomi (02/08/11) 2.30-3.30 p.m
QA016 - Matematik (03/08/11) 9.00-10.00 a.m
AA015 - Perakaunan (03/08/11) 2.30-3.30 p.m
AN015 - Pengurusan Perniagaan (04/08/11) 9.00-10.00 a.m

cuak kot . rasa macam nak SPM ja .orang lain sibuk study tapi aku ........ erm entah la . apa pun semoga aku dapat menjawab . 

ignore me?ok fine

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, July 30

sayang maths sangat

ada ke patut classmate aku panggil aku gangster . disebabkan aku pakai speck . jadi gangsterNERD . haha 

malam tadi aku study kat bilik member aku (blok lain) ingat nak mula pukul 9 tapi last last pukul 10 baru mula . tema berkain batik ?! tapi aku tak pakai pun . ahaha . belajar math . ada ke aku yang disuruh mengajar (tak sedar kr markah aku paling rendah antara korang?) tapi tak kesah la , ajar juga . syukur aku dapat faham . suka bila dapat menyelesaikan soalan , hee . sedar tak sedar dah pukul 12 . nasib baik tuan bilik tu memang ajak aku tido bilik dia malam ni . tak bawa bantal tapi bawa turtle kesayangan aku je . berebut dengan faz , huhu . tido ramai ramai . best ! beratur macam ikan sardin , hehe . hujan turun lebat , siap dengan guruh petir lagi . berangin je . sejuk . pukul 2lebih baru stop study . masa untuk tido .

i choose to be HAPPY ツ

1 tahun 3 minggu sudah berlalu . masih mengira hari bila ini semua akan berakhir . mengharap penantian ini berakhir dengan cepat . kak aya kata bulan 9 tapi masa appoiment yang lepas kata bulan 8 ni . tak tahu mana betul . tak sabar la ! hee ~


sila jaga kesihatan awak ye cik syairah :)

i choose to be HAPPY ツ

Friday, July 29

ikan KELI & COKLAT

setelah lebih kurang 2 bulan aku stay KMS , baru hari rabu lepas aku makan IKAN KELI . teruja beb ! sebab sebelum ni aku jarang makan . terliur tengok member classmate aku makan . sampai tingal tulang dengan kepala . tapi memang sedap la . rugi pulak aku tak makan sebelum nie . hehe . apa pun terima kasih kepada JU dan FAZ sebab mengoda aku untuk makan ikan keli .

then aku kagum gila kat sorang member aku ni . dia ada minat sorang budak laki . first ingatkan dia cina tapi rupanya melayu . member aku nie bertekad nak berkenalan dengan boy tu . so dia jumpa boy tu dan bagi coklat . kat coklat tu dia tulis no fon . sekarang mereka sedang berkenalan . sweet kan ? hehe . 
my hubby dulu pun suka bagi aku coklat . nak aku gemok la tu , hee
termengidam coklat pulak , haha

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, July 27

a n n o y i n g

lama juga aku tak update blog aku . sejak dari hari ahad malam hingga petang tadi aku tak berapa stabil . emosi bercampur aduk . memang aku down . aku pun tak tahu kenapa . dah dapat markah test pra UPS aku . seperti selalu . hampa ! asal la aku bengap sangat ni . asal aku tak paham paham . padahal aku dah buat latihan . terok la kau ni syairah . markah perniagaan aku pun turun . akaun dan ekonomi ?? tak tahu lagi .

aku rasa aku semakin terok . tak suka dengan diri aku yang sekarang ni . kenapa la aku jadi macam ni ?! lepas ni aku bertekad nak berubah . nak jadi macam dulu . nak jadi macam NUR SYAIRAH BT ISMAIL yang asal . hari isnin malam aku telefon iqa . sebab aku memang dah down gila . kacau kau study lagi . ahak . lama juga berbual . sampai pening kepala aku . iqa , support me ya . terima kasih untuk segalanya . kau memang sahabat yang terbaik .

disebabkan keadaan aku yang tak menentu tu , aku dah jarang mesej cayang aku . respons macam nak tak nak je . aku rindukan dia . rindu sangat . dan aku tau dia pun sama . tapi entah la . aku nak mecej dia tapi mood aku menghalang . maaf ya sayang . tak bermaksud nak ketepikan awak .

nak mengadu pada parents aku . tapi tak nak la mereka risau . kesian mereka . nak ngadu kat akak aku . dia pun ada masalah dengan study dia . tak mengapa la . apa pun berharap lepas ni aku akan kembali pulih seperti sedia kala . sangat berharap .


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, July 24

Harry Potter terBAIK

yippie ~ berjalan di JJ . Harry Potter and The Deathly Hallows part II 3D . terBAIK la . dia hensem . jangan cemburu ya Norhidayah Ismail .
(status fb aku)


jaya jusco bukit tinggi . bersama family dan makcik . mula mula nak tengok harry potter yang biasa . tengah beli tiket abah datang , cakap ambil yang 3D je la . macam tak percaya je . haha . memang terbaik la ceritanya . tak boleh nak digambarkan dengan kata kata . bila time action , memang mendebarkan la . romantik time Harmonie dengan Ron . Harry ensem . anak dia pun ensem . mata warna biru . cuma yang tak bestnya tempat wayang tu sejuk gila . aircon kuat . mengigil gigil . nasib baik tak kena selsema .


berjalan di Lavender . teringat waktu keluar bersama kawan kawan . rindukan mereka . korang , bila kita boleh keluar macam dulu . sangat merindui kalian .

tak shopping ! hebat kan . maklumlah kewangan tak stabil . tu yang tak dapat nak membeli . tergoda jugak tengok diskaun 30% 50% 70% . huhu

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, July 23

skype dengan dia lagi . sangat seronok . biar pun tak berapa jelas tapi okey la daripada tak dapat melihat dia langsung kan . nak tunggu jumpa memang lama lagi . raya nanti baru dapat jumpa . 


sorry . saya snap pic awak dalam diam  
senyuman awak mneggoda

i choose to be HAPPY ツ

Friday, July 22

yess ! plug bilik aku dah boleh guna . setelah menunggu selama 11 hari akhirnya berfungsi juga . hehe
terima kasih kepada sesiapa yang membetulkannya . 
AMARAN : kepada budak blok VEGA , jangan nak ngada ngada nak buat litar pintas lagi ye

lokasi : surau Al-Sufi
program : ceramah agama dan perjumpaan
haiya ! terasa macam nak lempang orang ja tadi . sedap sedap je kau sound sound . sedar la sikit . kau pun sama la . sedap sedap ja kata kami ni HATI BATU sebab tak balik johor minggu ni . helo , kau pun sama la tak balik . jadi tak payah la nak over over sangat . aku kalau nak ikutkan memang nak balik . tapi kalau parents aku sendiri dah nak datang sini , tak akan aku nak balik . karang aku kat johor parents aku kat selangor . kau nak bertanggungjawab ke aku tak dapat jumpa parents aku ??!! nasib baik kat surau tadi , dapat juga aku bersabar . baiknya aku .

i choose to be HAPPY ツ

gila kuasa

ni yang aku nak angin . nama kerja kumpulan tapi kenapa aku sorang yang buat ??!! opss , lupa pulak . aku kan gila kuasa . suka monopoli semua kan . huh . hod0h ? dah aku sorang yang buat tu kau tak payah la nak complain . kalau tak suka kau buat la semula . nak tengok gak kerja kau buruk ke hod0h . kalau aku jahat , aku beritahu lecture yang kerja tu aku sorang yang buat , biar korang tak dapat markah . markah semua bagi kat aku . haha . tapi aku tak kejam la wey . aku masih kesian kat korang . 

baik kan aku , hehe . sekian
salam emosi dari aku. haha

lecture perniagaan aku touching hari ni . sebab tak ada budak kelas aku pergi jumpa dia untuk sesi kaunseling . perli perli pun guna bahasa perniagaan . hebat betul lecture aku ni . nanti kalau saya ada masa saya jumpa puan ya .

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, July 21

story hari Rabu

awal pagi menerima mesej dari dia . rindu aku ? kau dah buat aku tersenyum . permulaan pagi yang indah ! terima kasih . don't worry . kita tetap berkawan sampai bila bila ye . 
test perniagaan . alhamdulilah dapat jawab . even still ada yang main hentam kromo . hoho 

dia muncul secara tiba tiba . sekadar bertanya khabar . okey fine . dia dekat kL sekarang . mau jumpa ? sorry . aku agak busy lor ~

my dad telefon . mahu datang sebab aku tak balik johor . yippie ! nak shopping dan tengok wayang boleh ? hee


berwebcam dengan mushuk saya . haha lawak giler la . dah la pakai selekeh selekeh . apa pun happy dapat melihat awak . berterima kasih kepada skype . wee~


telefon budak sarawak . kredit aku memang untuk kau . dan akan selalu habis untuk kau juga . makin lama bual dengan kau makin berkurang pahala aku . hehe . kredit kau pun untuk aku kan iqa ? ke untuk tett . haha . teruskan bersemangat untuk belajar okey . jangan lalai , boros sangat tau . simpan duit untuk shopping dengan aku nanti .

hari yang okey okey ~ esok jumaat - test akaun dan math . jom study !

i choose to be HAPPY ツ

Monday, July 18

indahnya hari ini

hari yang indah . bermula seawal pagi . aku mimpikan dia . wahh ♥♥ pagi pagi dah tersenyum senyum . mimpi apa ? tu rahsia ;)
kelas bermula seperti biasa . lecture math aku pun okey . angin dia baik sikit hari ini . kuliah ekonomi , lecture tutor aku kata umi yang mengajar kuliah pergi mesyuarat so kuliah hari ini lecture lain yang mengajar . ok fine . berjalan berlenggang lenggong dari tingkat 3 menuju ke dewan kuliah . tergerak hati nak melihat ke bawah dari tingkat 3 . melihat umi dah sampai pintu bilik kuliah . what !? cuak . terus berlari . kalau lambat kena berdiri . selamat ! umi perasan aku masuk tapi dia tak cakap apa so aku terus laju menuju tempat duduk . haha . apa korang pandang pandang ? tak puas hati aku duduk ke ? suka hati aku la . umi tak bising pun , wekk >.< 
hari berjalan seperti biasa . indah ! homework banyak dah siap . hee . nasib baik tak kena berdiri masa kelas perniagaan . tetiba makan steamboat . tukar selera konon . haha . sedap la juga . sebab dah lapar . 
mesej abah beritahu minggu ni kolej sediakan bus balik johor . abah terus call . bagi permission untuk balik . yippie ! tapi boleh ke aku nak balik ? banyak kerja la . tapi teringin nak balik . tengok la nanti macam mana ye . 
senyum saja hari ini . terima kasih kerana membuatkan hariku indah =)

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, July 17

unoticed Pictures, Images and Photos

missing you quotes Pictures, Images and Photos



i choose to be HAPPY ツ

1 year 1 weeks 1 day

sekejap sahaja masa berlalu . dah setahun lebih pun kau bersama aku . terima kasih kerana membuatkan aku menyayangi nyawa aku sendiri . menghargai apa yang aku ada . menghargai kehidupan aku . sayang kau . 

bila ek appoiment dengan doktor lagi . lupa pulak . hehe . rindu la kat nurse nurse tu semua . 

i choose to be HAPPY ツ

abg guard (sebab dia muda lagi) : amboi lawa baju 
aku : (biasa la , baju mak aku belikan . jawab dalam hati) . senyum
abg guard : nak keluar outing pakai baju rasmi . pergi patah balik salin baju baru boleh keluar . 
aku : (pelik) kalau pakai macam ni tak boleh keluar ke ? selalu pakai tshirt boleh je . lagipun saya balik bermalam . balik bukan naik teksi . naik kereta sendiri . 
abg guard : tak boleh . peraturan tetap peraturan .
aku : ok 

patah balik hostel . salin baju . lengkap berkasut pakai kad matrik . pergi check out semula . 

abg guard : pakai kasut tak ?
aku : pakai (sambil nak tanggalkan kasut tunjuk lagi

hambik kau . tersenyum senyum pandang aku . sorry sikit . tak de masa nak ngorat kau la wey . sekian . 

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, July 16

angrybird + cabaran catur bistari

cabaran catur bistari @ kolej matrikulasi selangor . 
lokasi : pusat sumber
masa : 8.00a.m - 2.00p.m
nam kumpulan : angrybird 
warna : merah

memang best giler ! sebab tak pernah main . kecoh dan bingit . sampai terdiri diri . yang paling kesian banker group aku . kena buli . haha . awal awal main dah kena gantung pusingan 3 kali . haha . memang kena munasabah diri . dapat kumpul RM198,230 (aku je) aset terkumpul kumpulan RM12juta lebih . kesimpulannya dapat tempat ke2 . thanks to wana . sebab kau kami menang . sayang kau . dapat hamper , hadiah dan baucer . untuk aset individu tertinggi , dimenangi oleh wana (dapat set catur bistari


dari kiri : nora , ju , aku , zhafran , wana , shu qi

i choose to be HAPPY ツ


comel kan  ?
 yang putih tu roomate aku punya bear . sangat besa .
 yang pink tu syidah punya (bf dy bagi sempena birthday) yang kucing pun dia punya juga .
 bila malam dyorang mesti tido peluk anak patung masing masing . kalau tak ada tak boleh tidur . cemburu gak aku kadang kadang . hehe

i choose to be HAPPY ツ

kenapa kau tak balik ?

semua tanya aku 

"eh syairah . kau ada kat sini ! aku ingatkan kau balik . asal kau tak balik minggu ni ?"

terima kasih sebab prihatin dengan aku . ye la nak aku balik kan . esok aku balik ye =) sayang korang 

i choose to be HAPPY ツ

Friday, July 15

keCEMBURUan !

sangat sangat sangat cemburu dengan iqa ! dia berjaya menambahkan kejelesan aku . bukan kerana dia hot ye . tapi dia boleh kuar jalan . makan kat luar . tengok wayang . shopping . tapi aku ?? dok kat asrama mengadap buku . hurm . tapi tak mengapa . iqa dah dapat balik johor . happy for her =) lepas ni jangan sedih sedih ye my dear . dah dapat balik jumpa family . lepas ni kena bangkit semula taw . sayang kamu !

i choose to be HAPPY ツ

haha . homework aku bertimbun tapi aku masih ada masa nak online . entah bila la nak siap . huhu
target aku nak menyiapkan homework aku yang tertangguh .
 bak ayat member aku , menyiapkan homework terakru . bila dah siap baru boleh debitkan .
 ayat seorang akauntan . haha
nak shopping ! nak tengok wayang ! nak release tension . markah math amat mendukacitakan =(

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, July 14

best tu percuma ulat sampah


kafe saya KOTOR BERSIH . TAK ADA ADA lalat pun . makannya pun MAHAL MURAH .
hari ni makan nasi + ayam goreng + sayur . dapat extra percuma ulat sampah .
memang terBAIK la !
kepada cafe tett ,
harap maaf , anda sudah kehilangan seorang pelanggan =)


i choose to be HAPPY ツ

luahan RASA

aku tau la kau pandai . result test kau semua tinggi tinggi kot . even aku tak kenal kau tapi kau dah berjaya membuatkan aku anti pada kau la . tak payah la nak over sangat . kau buat aku makin rasa menyampah la . semua dah kenal kau . kau dah popular
parents aku cikgu . suara cikgu mesti la kena kuat + tegas supaya murid tak tertido dalam kelas . jadi sebab tu suara aku pun kuat . aku tak pandai la nak cakap pelahan pelahan suara manja gedik tu semua . jadi jangan terkejut la bila korang tepon aku dengar suara aku kuat . bukan tanda aku marah ok . terutama kalau bual dengan iqa . aku tak pandai la nak buat suara slow ketawa ala ala budak tett . even dengan bf aku pun aku cakap macam biasa . tak ada pilih kasih dalam nada berbual ya . tapi entah kenapa kadang kadang dia leh cakap suara aku manja . pelik gak . perli aku kot =)

sorry tak dapat nak lepak sama dengan korang . aku sekarang kesuntukan masa . banyak benda yang perlu dibuat . & please jangan susah hati sangat kalau nampak aku buat homework . aku buat homework yang tertunggak la . bukan buat homework baru . & aku faham kalau korang tak bagi aku pinjam homework korang yang dah siap . korang susah hati kan kalau aku buat homework melebihi apa yang korang buat . lagipun korang nak aku buat sendiri kan =) sayang korang
yeah ! homework kumpulan tu pun aku yang kena buat sorang sorang kan . okey fine . aku memang gila kuasa . nak buat sorang sorang .

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, July 12

tak Suka la macam ni !

haha . sedikit bengang maybe .

1 . plag bilik aku rosak . tak dapat nak cas hp + gosok baju . ok fine
2 . kem akaun . check nama aku . tak ada . ok fine .
3 . kem math . check nama aku . tak ada . NOT fine .

kenapa nama aku asyik tak ada setiap kali ada program ? kalau akaun tu maybe aku boleh pertimbangkan lagi . insyallah aku boleh belajar sendiri . tapi math ?!  then yang aku tak puas hati . asal budak yang pandai . dapat 8A 9A yang addmath dyorang dapat A or B dapat ikut program tu ? kata program untuk budak budak lemah . aku ni dah 3 kali test 3 kali dapat markah rendah . it's unfair ! 

aku : puan , boleh tak saya nak ikut serta program math malam ni walaupun nama saya tak ada ?
.... : tak boleh . cuma yang ada nama sahaja boleh ikut .
aku : tapi kalau saya nak datang juga macam mana , boleh ?
.... : karang kesian la kawan kawan awak yang nama ada , awak dah ambil seat dyorang . tapi kalau awak sanggup duduk kat tangga , datang la .
disebabkan nama aku tak tersenarai . aku diCOP budak pandai . entah kenapa aku alergic dengan perkataan tu . maybe aku tau aku tak la seperti itu .  kawan kawan kelas aku mula dah lain dengan aku . bila aku tak join mereka or aku belajar sendiri , mesti akan dengar ayat macam ni , "ye la budak PANDAI kan" . helo , result aku 5A je ok . masa test markah aku rendah dari korang . homework aku banyak tiru korang . macam ni korang kata pandai ? ikut suka la . mudah mudahan masin mulut korang . aku jadi pandai =)

menulis dengan mood sedih =)



i choose to be HAPPY ツ

perhimpunan BERSIH vs program BERSIH

isnin (11.07.2010)
banyak notis kat papan kenyataan tapi aku tak sempat nak baca . pagi test math . haha sekali lagi aku tak dapat jawab . sangat !@#$%^&* . rehat tengah hari balik bilik tido . release tension .
(tak ada kaitan dengan entry . intro sahaja . hehe)

perhimpunan BERSIH :
disiang hari
secara haram tak ada permit
warna kuning
berkumpul dekat bandar
orang yang tak dengar arahan kena tangkap
aktiviti jerit laung baling
jalan kena sekat dihalang
melibatkan polis

program BERSIH :
di malam hari
ada persetujuan pengarah KMS
warna putih (kain telekung)
berkumpul dekat surau
bukan orang yang ditangkap tapi makhluk halus
aktiviti solaht hajat baca yasin
bangunan dan asrama dipagar
melibatkan ustaz

program pemBERSIHan dari gangguan makhluk halus . seram kan bunyinya . tiba tiba hujan . terasa berangin . pelajar perempuan terutamanya jerit jerit . alhamdulilah aku tak apa apa . balik bilik terus tido .

i choose to be HAPPY ツ

Monday, July 11

cerita hari AHAD pula

mila dan faz
6.10 pagi - tiba di shah alam . dengan tak mandi pergi jumpa akak aku . bergaya sungguh dia . maklumlah nak jumpa PM/ timbalan PM . gempak sey . then ajak akak aku sarapan . dia kata dia jumpa datuk siti + datuk K . what?! aku ingat akak aku main main tapi rupanya betul . siti buat pelancaran SimpySiti (cam ni kot eja) kat uitm shah alam semalam . then pas hantar akak aku kat dewan , terus berangkat balik selangor

pukul 9lebih aku dah sampai matrik . awal gila . parents aku balik uma wan . kemas kemas barang dengan tak mandi gi bilik mila (classmate aku) faz pun ada gak . ingat dyorang dah bangun . tapi rupanya masih tergolek kat katil . aku ingat mula mula nak study dengan dyorang tapi last last aku yang terpengaruh . dyorang ajak aku tido sama . so aku pun join . pukul 1 lebih baru bangun . tu pun sebab parents aku datang anta makanan . pas mandi ingat nak sambung buat keje . tapi tak jadi sebab mila & faz datang makan . sembang borak sampai pukul 3lebih . now aku online dengan faz . mila dah gi jumpa parents dia . haiya . teruk kan aku ni . homework tak siap lagi tapi sibuk nak online . esok ada test . haha . malam nanti kena stay up juga la nampaknya . huhu
i choose to be HAPPY ツ

melihat dia . merenung mukanya . RINDU . tak banyak berubah kot dia . ingin menatap lama tapi sayang masa mencemburui . dia anta balik . ingat nak snap pic dengan dia tapi tak sempat . tak apa la . bulan 8 kita jumpa lagi okey . sayang awak mushuk ! 
eh lupa pulak , dia kata aku makin putih . hehe suka . tapi sebenarnya tak pun . biasa je (ayat merendah diri . haha)


i choose to be HAPPY ツ

sabtu yang INDAH

sabtu - aku tetap bangun awal even stay uma . bagus kan . ingat nak buat homework tapi last last online , hehe . teringin lak nak bawa kete . ajak ayah aku teman . cuak gak ayah aku bila aku bawa kete . terutama bila aku potong lori . haha . maaf ye en ismail . pastu buat kek coklat . seperti biasa tersimbah air panas yang baru mendidih tu kat jari aku . peh memang best ! petua family aku , letak ubat gigi kalau terkena macam tu . mujarab kot .

petang kuar . ingat nak jumpa farahin , nuryn , pyka dan member member aku yang lain kat tanjung kapal . tapi dyorang tak dapat join . so jumpa la my sweetheart , sir razeen dan ustaz saufi sambil ditemani adik aku . baik kan . kuar pun ajak adik =) dah lain pun mereka . hehe . sempat bergosip cikit cikit je . kalau la iqa ada tentu lagi best . terasa lain pulak bila dia tak ada bersama . 

malam tengok tb . kemas kemas barang . 10.30pm berangkat ke uitm shah alam . akak aku ada program kat sana . dia nak jumpa . okey la .

tu je kot cerita hari sabtu aku . hee



i choose to be HAPPY ツ

Saturday, July 9

kerinduan KU


rindu korang sangat sangat !
jom jumpa nak
:(

& nak jumpa awak juga

please dont ignore me T.T


i choose to be HAPPY ツ

Friday, July 8

SAATitu

masa aku lalu kat lebuhraya baru . tetibe aku teringat waktu aku & phyka ikut iqa bermalam rumah kak sarah . jalan jalan di jusco . lepak di lavender . ketawa bergurau senda . kecoh 1 kereta . buat kek sampai hangus . layan kerenah wafi . cerita hantu kak limah . tidur sama sama . seronok kan =)

teringin nak macam dulu . keluar sama sama . tengok wayang . berehat di lavender . membaca di Harris . jalan jalan pusing pusing . ketawa ketawa bergosip . bila la agaknya berkesempatan ye =(
Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi 

i choose to be HAPPY ツ

khamis - aku kena berdir 40minit dalam dewan kuliah . sebab aku orang terpilih . lecture tu jeles aku pakai baju warna sama dengan dia tu pasal dia soal aku . then aku tak dapat jawab tu pasal kena berdiri . padan muka aku . haha . tapi tak apa la , janji aku paham apa yang lecture tu ajar .
fikiranku sudah melekat di rumah ! tak sabar nak balik . hehe

jumaat - hari ini tiba juga . tutor ! tutor ! tutor ! kuliah ! balik ! yeah . tepat pukul 12 ayah aku sampai . packing barang then berangkat . sepanjang perjalanan tido . kesian ayah aku memandu sorang sorang . excited bila lalu lebuhraya baru . ada jambatan 'pulau pinang' . haha . selamat sampai rumah . alhamdulilah .

sekarang tengok tb . rindu kartun =)

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, July 6

CERIAnya saYA

after 2 hari bersedih duka cita nagis nagis . malam ni aku happy sangat . 1 panggilan sudah cukup membuatkan aku tersenyum lebar ^____^ 
malam ni aku ada test ekonomi . disebabkan aku ceria happy je , alhamdulilah aku boleh jawab soalan soalan tu . terima kasih !! 
kejap lagi nak layan cerita korea . pengaruh roomate aku la ni . ada ke tadi waktu aku sibuk study dia ajak aku tengok cerita korea . waktu magrib pulak tu . aku pun terpengaruh . hensemnye dia ! suka dan romantik gitu . ketawa guling guling lagi , hehe .

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, July 5

in everyday life, man and money are inseparable. however, is money the key to happiness?

candidate C : you believe that a meaningful relationship is the key to happiness .

esok aku ada test speaking muet . best tak tajuk aku . haha


i choose to be HAPPY ツ

dah dapat result test 1 aku . markah semua 60lebih je . what ?! salah aku juga tak study . padan muka .
lepas ni aku berazam nak start study semula . nak kurangkan online . blog . nak study je . boleh ker ? boleh kot . semangat syairah !

markah test 2 PP aku dapat 79
:)   @   :(   ???

i choose to be HAPPY ツ

aish . kau buat kami malu la . setakat dah tunjuk rambut kau kat orang ramai dah la . ni tak payah la sampai nak tunjuk yang dalam tu sekali . sedar la baju tshirt kau tu leher lebar . kau lak pakai baju putih . menyerlah tau ! pandai pandai la cover sikit kalau nak pakai . suka la kau ea bila budak laki sorak kat kau . entah pape jer .

i choose to be HAPPY ツ

duduk di penjuru bilik . makan sepotong kek coklat .
harap dia sihat sihat sahaja

i choose to be HAPPY ツ

unLUCKYday

hahaha . aku ni kalau mula ayat mesti dengan ketawa kan . entah pape jer . boleh tak aku nak cakap aku benci hari ni ?? kalau boleh aku nak hari ni berakhir dengan cepat . first , aku kecewa + sedih laptop aku tak leh guna lagi . memang kena antar kedai . macam mana aku nak buat assigment ?? hurm .. then aku blurr gile hari ni . aku tak tau aku paham or tak apa yang aku belajar hari ni . macam kosong je rasa . even aku ada test 7 aku nak study tapi tak boleh . so dari pagi aku layan lagu . even dalam kelas tutor pun . tapi dapat juga aku study sikit . handphone aku terjatuh dan berkecai . nasib baik boleh guna lagi . cuai betol kau ye syairah . then aku tiba tiba batuk . if batuk yang normal aku tak kesah sangat . tapi ni aku batuk macam aku sakit dulu . cuak giler . terus makan ubat batuk , huhu . alhamdulilah dah kurang .

petang test pengurusan perniagaan . dapat 79/100 . not bad la kan . balik kelas keluar outing nak hantar laptop pergi baiki . makcik datang ambil . pergi shopping di econsave . dibelanja oleh makcik . suka =) beli kek sebab nak celebrate birthday classmate aku . macik aku baik sangat . dia bagi aku pinjam laptop dia . terima kasih banyak banyak mak pi . malam ada kelas math . ngatok so tak paham apa yag di ajar . pastu celebrate birthday . snap pic . kek rasa lain , maybe sebab ceri . camera aku terjatuh . what ?! conclusionnya camera aku rosak . peh rasa macam nak ....... tapi aku paham mukin mereka tak sengaja nak jatuhkan kamera aku . sedih kot . kamera tu hadiah sempena pmr aku kot .

tepon my bestie . meluahkan apa yang dirasai . menangis di tangga . terima kasih sebab menenangkan aku . kaulah sahabat terbaik yang aku pernah ada . tak ada siapa boleh menggantikan tempat kau . kau dah kembalikan mood aku . terima kasih banyak banyak sahabat . sayang anda selalu . jaga diri baik baik okey .

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, July 3

haha . masa hari jumaat bukan main jual mahal . tak nak balik uma nenek . tapi hari ni balik juga . pantang diajak makan terus kau setuju kan syairah . hehe . sampai uma wan terus cari penimbang . yes ! turun 0.2kg . berkat aku berlari kot semalam . hehe . then makan , tengok tb , tidur . lena betul kau tido kan . macam gaya budak budak . perasannya . try timbang semula . TIDAK!!! naik 0.5kg . what ?! haha ada aku kesah ?? dan macam biasa aku tak study . esok ada test . huhu . pape pun . happy happy saja =)

balik hostel . makcik aku bekalkan makanan . best ! makan ramai ramai dengan roomate aku . then syaz beli kFc . banyak betul makan . dah la tak mandi lagi . pukul 8.15 baru aku solat magrib . teruk kan .

buka laptop . nak buat assigment . laptop tak boleh guna !!! tibe tibe je jem . tak boleh nak click apa apa . sedihnya . ni sekarang aku pinjam laptop irra . hope laptop aku betul semula =( esok ada test tapi aku tak study lagi . mood hilang .aarrgghhh !

i choose to be HAPPY ツ

Err .. nampaknya keadaan dah tak sama macam dulu . agak terasa kelainannya . awak dan saya . kebusyan menyebabkan kita terpaksa berubah . saya faham . saya pun tak nak menganggu waktu awak belajar , main game or buat aktiviti lain . dan saya tau , mesti bosan kan mecej setiap hari . tak mengapa , lepas ni kita kurangkan mecej lagi ea . karang awak tak ada idea nak mecej apa dengan saya . saya pun tak de la tertunggu tunggu lagi mecej dari awak =) take care .
i choose to be HAPPY ツ

Saturday, July 2

hari sukan KMS

budak bersemangat . hehe

1Murid 1Sukan 1Malaysia 
pagi tadi pukul 5.20 aku dah bangun bersiap . nak berebut bilik air sebenarnya . pukul 6.20 dah kena kumpul kat padang . hampeh betul . pukul 7 baru mula . kalau tau tak de la bangun awal . senam aerobik + snap pic . berlari sejauh 3km (2 pusingan kolej je tapi aku kena 1 pusingan je, hehe) + snap pic . berehat + snap pic . 

majlis penutupan Mini Kakom . 
persembahan sorak aka pompom girl . sorak modul 3 memang terbaik la . best ! modul akaun + PDT biasa je . modul 1 + 2 ok la . tak berapa best cuma hott je . persembahan dikir barat . modul 1 memang terbaik . best giler ! comey betul chinese boy tu :) modul 2 boleh la . tapi modul 3 membuatkan aku teringat kumpulan dikir barat sekolah . gaya dyorang memang hampir sama dengan sek aku . tiba tiba rindu kat acid and the geng . harap korang baik baik saja . cabutan bertuah . aku tak dapat pun :( ucapan pengarah + majlis penyampaian hadiah . tamat

balik bilik terus tidur . hehe . kepenatan + tak makan lagi . ni baru nak gi makan =)

i choose to be HAPPY ツ

cakap saja

1. aku tau korang tu hot . cantik . lawa . kaya (maybe) tapi ples la jangan nak menunjukkan sangat keHOTan dan keGEDIKkan korang tu . jangan risau . ada punya budak laki yang kat matrix ni akan beri perhatian kat korang .
aku jeles ?? tolong la . tak langsung . aku bukan terdesakk =)

2. ayat kau memang tak boleh blah . dulu kau cakap kau tak sama macam member member kau yang lain . kau tak kesah sangat especially kalau bab tett ni . hahaha . kau keling la . cakap belit belit . aku tengok kau pun dah sama je dengan member member kau tu . sama je semua . 

3. kecik hati kot dengan dia .

setiap satu untuk orang berbeza :)

i choose to be HAPPY ツ

Friday, July 1

saya mau ...

haha . tau pun kau cuak ea . padan muka
tu la tak study , sibuk menyiapkan kerja akaun sampai kau tak study math . bila test tadi tak dapat jawab . kesian kau syairah !
nak tengok cerita ni . kungfu panda 2 tapi tak dapat dapat .

syafiqah ali ! jom kita tengok wayang . mau release tension ~.~
hampa dengan markah test .
minggu depan ada test lagi . haha =.='

i choose to be HAPPY ツ







RINDU GILER KAT CARTOON NI SEMUA !
& banyak lagi 

i choose to be HAPPY ツ

ulasan hari ni ialah ...

hahai . sayang beb kat lecture aku . bagi kerja tutor + assigment banyak banyak . terima kasih kerana memBUSYkan aku =) ucapan ikhlas bukan menyindir ye , hehe
 
minggu ni ada mini kakom tapi aku tak pernah pun pergi tengok member member aku yang masuk acara . apatah lagi nak menjejakkan kaki di padang . blok bukan main dekat dengan padang tapi tak pergi , apa da aku ni , huhu . bukan malas tapi kepenatan . esok majlis penutup Mini KaKom . tak sabar nak tengok roomate aku buat persembahan sorak . siap dengan pompom gitu , hehe . 

esok gak ada larian santai 1Murid 1Sukan 1Malaysia . korang ada kena juga tak ?? pukul 6.15pagi dah kena kumpul kat padang . what ?! time tu aku selalu baru bangun tidur la =.=' then andai esok hujan pun program larian + mini kakom tetap diadakan . best ! harap harap esok tak terlajak tidur , hee . 
 
aku lapar ! last makan time sarapan lagi pukul 7.35pagi tadi . diet ?? tidak ok . cuma save bajet . ayat tak boleh blah betul . haha

i choose to be HAPPY ツ