Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Monday, January 31

hujan OH hujan

♫♪♫♪ hujan rintik rintik . . air bergelombang  ♫♪♫♪

i'm home !!!

baru balik dari kampung kat banting, selangor
best tu dapat tengok le tour de Langkawi LIVE . . bersih mataku . . haha
petang tu HUJAN start turun tak henti2.. SEJUK bangat!!!
disebabkan aku ni sensitif dengan cuaca sejuk2, batuk & selsema pulak..
so apa lagi, demam pun datang..adoyai




rindu sama dia..
nak jumpa dia tapi keadaan macam tak mengizinkan jer..
tadi dapat jumpa dia 60 SAAT je ..
waktu dating yang paling pendek abad ini .. haha

semoga cuaca kembali cerah
sangat berharap

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, January 27

kek OH kek

wee~
tak sangka betul..aku buat kek coklat!!! haha
sebenarnya tak rancang pun..
pas balik driving , baca resepi kazen bagi kat fb..time kasih kak anis :D
then teringat pula ecok birthday my mom
kayuh basikal g kedai beli bahan2 , dah la cuaca panas , penat2
sampai rumah terus start buat
panas air , adun bahan2 A guna mesin
kemudian ayak bahan2 B ,
gula kastor pula tak cukup , cemas , mesej iqa suruh tolong belikan 
kaulah penyelamat aku :)
air dah tak panas, tepung tak dapat hancur, jadi masak air + rendam dalam air panas
jari melecur kena air panas 100°C , memang 'best'
sedaya upaya kacau bahan2 tu semua biar hancur dan sebati
panaskan oven, isi dalam loyang dan bakar
leganya....
bila dan siap , HAPPY giler .. suruh my mom potong
sedap lak tu even rupa tak berapa menarik , hehe
nak rasa ??? datang uma ye :)


sila jangan bangga sangat :P

i choose to be HAPPY ツ

Monday, January 24

c.i.n.t.a

" Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah "


hari ni nak jiwang2 cikit boleh ek :) 

cinta adalah perasaan yang kita mula-mula rasa sebelum hadirnya kekecewaan.
cinta adalah bila seseorang yang kita sayang melukai kita dan membuat kita berasa marah namun kita tidak membalasnya kerana itu akan melukakan hatinya. 
cinta akan membuatkan kita tersenyum walaupun dalam kepenatan. kita tak akan rasa tertekan bila orang yang kita sayang berada di sisi kita. 
orang kata jika nak belajar cara bercinta , mulakan dengan kawan yang kita benci . boleh bayangkan apa yang terjadi ! tapi kadang-kadang cinta itulah yang kekal abadi :)

tapi cinta ada banyak jenis. yang paling utama cinta kepada Allah , cinta kepada Nabi Muhammad dan cinta kepada agama. cinta ini tak akan pernah hilang dan akan kekal selamanya. bila kita dalam kesedihan ,atau bila kita rasa seluruh dunia seakan membelakangkan kita ,atau bila kita rasa tiada orang yang menyayangi kita , ingatlah bahawa Allah selalu ada untuk kita. Dia tidak pernah melupakan kita tetapi kenapa kita sering melupakanNya ? pernahkah kita terfikir tentang ini ?

bila kita mahukan seseorang mencintai kita, jadilah diri sendiri. sesetengah orang cuba menjadi orang lain. menjadi seseorang yang budak lelaki suka dan mahukan. walau bagaimanapun , jangan sedih jika kita tidak mempunyai teman lelaki. banyak perkara yang kita boleh lakukan tanpa kehadirannya. lagipun kawan-kawan akan selalu berada disamping kita. inilah cinta sahabat sejati. mereka tidak akan menyisihkan kita. friend in need is a friend indeed :) 

cinta tak perlu selalu sempurna. ini bukanlah seperti cerita dongeng atau novel. cinta menyebabkan seseorang itu berusaha mengatasi halangan, berhadapan dengan rintangan, berjuang untuk bersama, mempertahan dan tidak melepaskannya.
 perkataan cinta amat pendek , senang dieja tetapi sukar difahami dan mustahil hidup tanpanya. jadi jangan takut untuk mencinta dan dicintai.


terjemahan oleh saya
buat  diri sendiri dan mereka

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, January 20

waktu ini..

cuaca cerah..angin sepoi2 bahasa..
tapi ira tak tahu nak buat apa hari ini..blur je rasa..
nak tidur tak ngantuk..sbb semalam seharian ira wat taik mata kat rumah..
nak kuar jalan cuaca panas..takut itam pula kulit..huhu
hurm dalam minggu ni macam2 benda berlaku..
ada yg dijangka and ada yg surprise..ada yg best and ada yg tak..
jadi mood pun turut tak menentu juga..kejap ok dan kejap tak..
jadi cara nak ibati kebosanan ialah dengan .........
( rahsia..bia ira je yg tau ira wat apa nak hilangkan bosan..hehe )
walau apapun yg berlaku..hidup mesti diteruskan..
betol tak ???


5 ways to be Happy Pictures, Images and Photos
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa 
tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara



(^_^) bersemangat syairah !!!! yeah . . .

i choose to be HAPPY ツ

Monday, January 17

hello 8teen

yeah!! already 8teen..
happy birthday to me .. 
semua orang kata ira dah besar, tapi besar ke ira ni??
umur je yang bertambah tapi kenapa ketinggian tak tambah juga ek??pelik2

thanks pada yang wish kat ira..ira happy sangat taw..
even tak dapat banyak hadiah..tapi tak kisah la..
mula la start bergayut..maklumlah dapat free call..tu yang best..hehe
pergi picnik dengan kawan2..semua ni iqa yang rancang..terima kasih sahabat ;)

lokasi picnik : depan rumah kamal
dihadiri oleh : syairah, syafiqah, shafikah , kamal, rasid, razeen, arif, safik
menu : sandwish, puding, nugget & kentang goreng
ditambah pula dengan cuaca mendung..hari hujan..laut bergelora..
makin bersemangat untuk berpicnik..hehe

semoga sempena umur ira 18tahun ni..
ira akan lebih baik daripada sebelumnya..


saya nak sambut birthday bersama awak :(

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, January 16

bye2 7teen

hari ini umur ira 17tahun 11bulan 29hari..ecok genap la 18tahun..
umur dah meningkat tapi perangai macam budak2 lagi..
pe la nak jadi ek..huhu
my mom say : hari ini buat la aktiviti terakhir sebagai budak umur 17tahun ye
ira pun cakap ok
so aktiviti ira hari ini ialah..jeng3
pagi : bangun lambat, online
tengah hari : buat kek oren
petang : taip sinopsis novel Sutera Dalam Lukisan, exersice
malam : makan di marrybrown
apa2 pun umur 17tahun tetap menjadi memori terindah bagi ira
coz time ni la banyak peristiwa suka duka terjadi dan memang mustahil untuk dilupakan..

semoga umur 18tahun akan turut indah dan bermakna..

good bye sweet 17..
i'll miss you.. 

i choose to be HAPPY ツ

Friday, January 14

profileku

nampak simple kan profile ini.
.tapi tak apa la..
ira tetap suka ♥
thanks to hannafauzann . 
tutorial anda amat membantu. 
thanks juga untuk yaya kerana sudi membantu
 
even tak pandai sangat nak edit2 tapi tak apa la..
nanti lama2 pandai la kan kan kan . . 

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, January 12

barang

( 11/01/11 )
3.30 ptg , kemas buku2 collection aku Gempak Star,
suka giler kat komik Jepun nie,
tak tahu la dari mana aku dapat pengaruh ini..
sapa sangka, aku dah kumpul 87 buah semuanya. hahaha~
ni antara koleksi yang aku ada =)



then aku kemas almari & rak buku aku pula
tak sangka aku jumpa barang2 yang aku dapat dulu..
time sekolah rendah & menengah
mula la nak mengelamun sorang2..hehe


kipas yang aku kumpul
ada 8 semuanya =)


aku jumpa surat2 ini dalam almari..
surat dari peminat (perasannya) hehe.
dulu bukan main lagi rajin utus2 surat, tapi sekarang guna SMS jer =)
pengirimnya biar la rahsia ok (^.^)


benda ini pula dapat masa rombongan sekolah f3
si dia bagi kat aku..
wei ko..aku simpan lagi tau..ko bangga tak?


buku ni aku dapat masa darjah 4
masa tu cikgu aku nak pindah
sebelum pindah dia bagi anak2 murid dia buku ni..
cikgu, saya simpan lagi buku ni..
saya rindu cikgu la..
harap cikgu sihat di sana




sebenarnya banyak lagi barang2 yang aku jumpa
tapi malas la aku nak tunjuk
biarlah barang2 tu menjadi memori aku dan mereka
thanks kawan2 semua
memori cerita kita tak akan aku lupakan sampai bila2
friends forever =)

iqa, aku jumpa banyak barang yang ko bagi kat aku
thanks so much syg :)


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, January 5

 tiba2 aku dilanda rasa cemburu . . cemburu dengan dia . . petanda baik or tak baik ek ??
aku cemburu sebab aku sayang kau la !



i choose to be HAPPY ツ

Monday, January 3

3jan2011


suka suki bersama ayum sebelum dia pergi PLKN
lokasi : di rumah ayum
yang hadir : syairah ( aku ) , syafiqah , shafikah , auni , norin
hanim dah pergi dulu jumpa ayum
alia dah kerja sekarang kat pasir gudang 
pagi cuaca agak baik , tapi hujan di waktu petang
berborak , mengumpat , tangkap gambar , makan2 
memgimbas kembali kenangan bersama
sungguh indah !
jejak kasih dengan AIMAN . . suka la
agaknya bila boleh bersama macam dulu
akan merindui semua ini 

saya akan rindu awak !

malam keluar dengan dia ditemani oleh kawan baikku , syafiqah =)excited nak jumpa dia tapi .... kadang kala apa yang dirancang tak menjadi seperti yang sepatutnyaapapun , terima kasih sudi meluangkan masa dengan sayaamat menghargainya


wee . . mencari mood yang telah hilang ~

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, January 2

azam

akhirnya..tahun 2010 dah berakhir
diganti dengan tahun 2011

azam tahun baru 2011 :

  • nak jadi anak yang solehah ( senangkan hati ibu bapa / keluarga )
  • nak jadi diri sendiri ( cintai saya kerana diri saya ok )
  • nak jaga kesihatan ( bersenam 3 hari seminggu )
  • nak kurangkan minum air sejuk / air berkabonat ( tak nak batuk2 lagi )
  • nak kuruskan badan ( berat dah naik berkilo2 )
  • nak jadi lebih rajin ( sebab sebelum ni rajin sikit je )
  • nak belajar masak ( sebab malu dengan dia )
  • nak kumpul duit ( sebab kewangan budak tak sekolah selalu tak stabil )
  • nak jadi orang berfikiran positif ( baik untuk diri dan masa depan )
apa lagi ek?? stakat ni dulu kot . .
semoga azam tahun ni akan terlaksana . . amin

p/s untuk diri sendiri :
jangan pandai azam je, buat tak juga :)
4jan2010
nak tambah azam lagi 
  • nak kurangkan bergosip ( sebab dia suruh )
hehe

i choose to be HAPPY ツ