Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Monday, January 24

c.i.n.t.a

" Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah "


hari ni nak jiwang2 cikit boleh ek :) 

cinta adalah perasaan yang kita mula-mula rasa sebelum hadirnya kekecewaan.
cinta adalah bila seseorang yang kita sayang melukai kita dan membuat kita berasa marah namun kita tidak membalasnya kerana itu akan melukakan hatinya. 
cinta akan membuatkan kita tersenyum walaupun dalam kepenatan. kita tak akan rasa tertekan bila orang yang kita sayang berada di sisi kita. 
orang kata jika nak belajar cara bercinta , mulakan dengan kawan yang kita benci . boleh bayangkan apa yang terjadi ! tapi kadang-kadang cinta itulah yang kekal abadi :)

tapi cinta ada banyak jenis. yang paling utama cinta kepada Allah , cinta kepada Nabi Muhammad dan cinta kepada agama. cinta ini tak akan pernah hilang dan akan kekal selamanya. bila kita dalam kesedihan ,atau bila kita rasa seluruh dunia seakan membelakangkan kita ,atau bila kita rasa tiada orang yang menyayangi kita , ingatlah bahawa Allah selalu ada untuk kita. Dia tidak pernah melupakan kita tetapi kenapa kita sering melupakanNya ? pernahkah kita terfikir tentang ini ?

bila kita mahukan seseorang mencintai kita, jadilah diri sendiri. sesetengah orang cuba menjadi orang lain. menjadi seseorang yang budak lelaki suka dan mahukan. walau bagaimanapun , jangan sedih jika kita tidak mempunyai teman lelaki. banyak perkara yang kita boleh lakukan tanpa kehadirannya. lagipun kawan-kawan akan selalu berada disamping kita. inilah cinta sahabat sejati. mereka tidak akan menyisihkan kita. friend in need is a friend indeed :) 

cinta tak perlu selalu sempurna. ini bukanlah seperti cerita dongeng atau novel. cinta menyebabkan seseorang itu berusaha mengatasi halangan, berhadapan dengan rintangan, berjuang untuk bersama, mempertahan dan tidak melepaskannya.
 perkataan cinta amat pendek , senang dieja tetapi sukar difahami dan mustahil hidup tanpanya. jadi jangan takut untuk mencinta dan dicintai.


terjemahan oleh saya
buat  diri sendiri dan mereka

i choose to be HAPPY ツ

No comments:

Post a Comment