Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Friday, May 31

Super Wednesday

Rabu . hari yang ditunggu-tunggu telah tiba . mereka Super Wednesday di Dectar, aku Super Wednesday di PICC . 

apa tu Super Wednesday ?? hanya students UKM je yang tahu hehehe . for my team , maaf tak dapat bersama anda berMOGUL . apapun , taniah untuk kejayaan anda semua :)
RNM Sdn Bhd . my team

hari along konvo . rasa teruja sangat . nasib baik nama along dipanggil awal, kalau tak berzaman la nak tunggu . patut la disebut awal, sebab along dapat pangkat Kelas Kedua Atas . wow kagum . berharap 1 hari nanti aku dapat juga . tak dapat kelas kedua atas , dapat kelas pertama pun jadi la . Aminnn .
Proud with you, Sis
my family . my eveything 

i choose to be HAPPY ツ

End of Second Semester

sekarang merupakan minggu ke-14 dan minggu terakhir bagi sesi pembelajaran . ehh dah nak habis ? macam sekejap je kan . sepatutnya minggu terakhir la yang paling semangat tapi aku minggu terakhir la yang paling malas . 3 kuliah tak pergi . bukan sengaja taknak pergi tapi sebab kesihatan tak mengizinkan . time ni la nak batuk demam selsema . baru nak capai record untuk Zero ubat batuk tapi hampehh -_- assignment ada tak hantar lagi . haiyo . apapun sekarang masa untuk struggle . berjuang demi final hoho . all the best syairah :)

dan sekarang menghabiskan masa di rumah . lalalala ~

i choose to be HAPPY ツ

Epic


Blue Sky Epic
sangat best . bagi 4 bintang . kalau tengok 3D bagi 5 bintang hehe . 
sorry wawa sebab memusnahkan record anda untuk tidak tengok movie sem 2 ni hee
 respon selepas tengok cerita ni, "terasa nak bercinta dengan lintah la pulak" . hahaha




i choose to be HAPPY ツ

Holiday


memang terbaik punya cuti . sebab dapat meluangkan masa dengan keluarga dan kawan .


Lokasi : Morib
motif : bawa berjalan dahulu sebelum angkut mereka balik Banting jadi makcik cleaner lepas kenduri . hehe


Lokasi : Kolej Matrikulasi Selangor
motif : kerinduan yang terlampau dekat matrik . 1001 kenangan yang tak terlupa :)


Lokasi : Jusco Bukit Tinggi
motif : jenjalan dengan family kazen dan kawan . Debo *Cartoon*


Lokasi : Karnival Belia Putrajaya
motif : bawa macik 2 orang ni jenjalan . gigih berjalan dari hujung ke hujung hee


i choose to be HAPPY ツ

An Evening To Remember (part 2)

hye hye hye . walaupun setelah seminggu dinner berlangsung tapi kehangatannya masih terasa . bila orang bercerita pasal dinner mesti masih rasa teruja hehe . btw masa dinner tu ada sorang kawan aku dia buat persembahan biola . masa reheasel memang tak dapat nak tangkap lagu apa yang dia mainkan . tapi masa malam dinner tu , bagai nak gugur jantung bila dengar music tu . teruja sampai terjerit haha

A Thousand Years
"i love you for a thousand years ..."

sememangnya aku minat suka gila dekat lagu ini sejak pertama kali aku dengar waktu setahun yg lalu . tiap kali terdengar lagi ini , perasaan jadi lain . susah nak diungkapkan . lagu ni macam ada sentimental value








kalau nak tengok boleh klik link ni Dinner Magiz ataupun gi dekat youtube cari Pendeta Za'ba Residential College Dinner (MAGIZ '13) 



i choose to be HAPPY ツ

Thursday, May 23

An Evening To Remember

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)

alhamdulilah syukur sebab segala events untuk sesi 2012/2013 dah berakhir . perasaan mestilah sangat lega kan . nak cerita sedikit pasal MAGIZ'13 ni . 2-3 hari sebelum event of course la memang tak cukup tido, kena stay sampai pukul 2, 3 pagi siapkan apa yang patut . reheasel setiap hari . handphone tak henti2 bunyi . banyak kerja tak siap . busy busy busy . then semalam pukul 8 pagi je handphone dah bunyi tanya dekat mana . haruslah tak jalan program tu kalau takde aku kan . ecehh bajet penting jap hahaha . tapi betul la , as orang yang bertanggungjawab menghandle protokol , haruslah menjadi orang penting . kena prepare usher runner mc gimik persembahan dan lain-lain lagi la . semua tugas kot aku terlibat huhu . kerja yang bukan under aku pun aku terjoin sekali . takde protokol majlis tak jalan agaknya .  beginilah nasih seorang SM . penat juga la sebab kena turun naik tangga pergi sana sini untuk memastikan kelancaran program . nak mengamuk pun ada . minta maaf la pada sesiapa yang aku termarah or tertinggikan suara . then berkoberasi dengan teknikal pulak . nasib baik ada master mind tolong . kalau tak haru biru aku nak menjawab semua call yang masuk . tapi yang bestnya dapat main walkie talkie . dapat kawan baru . then duduk area teknikal yang boleh jadi gila kalau aku duk melayan perangai diaorang tu hehe .

overall semua berjalan lancar seperti yang dirancang . senior cakap majlis dinner tahun ni lebih meriah daripada sebelumnya . okay aku bangga . aku rasa MAGIZ'13 ni lebih awesome dan gempak daripada KAPREZA'13 . sememangnya An Evening To Remember :) terima kasih untuk hari yang bermakna . okay till then .

Ming , Yong Wei, Winston .  thanks for panggilan 'kakak' itu >.<
my pemantau . kak ika . Star of the Night . 

i choose to be HAPPY ツ

Monday, May 20

minggu ke-13 . okay banyak kerja nak kena setelkan . alhamdulilah presentation dah lepas . lega walaupun kecewa sedikit sebab tak dapat buat yang terbaik . btw Rabu ni ada dinner collage . baru ingat nak melaram cecantik pakai dress high heels make up semua (ecehh macam pandai je nak lawa-lawa , lawak ada la . tak sedar pergi kuliah pun pakai kasut sukan hahaha . biarlah kan , baru rock ! okay dah keluar daripada topik) . tapi apakan daya tugas telah ditukarkan menjadi SM . orang pakai baju glamor aku lak pakai baju kru . orang duduk dekat meja makan aku lak berlari sana sini . orang lain pegang camera posing tangkap gambar, aku lak pegang walkie talkie . tapi takpe la, mereka lebih percaya untuk aku laksanakan tugas berat tu . mengharapkan yang terbaik untuk majlis itu nanti .


#dINNER #KRU #PROTOKOL #GLAMOR




i choose to be HAPPY ツ

Thursday, May 16

16 Mei



Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua..
cikgu pra sekolah . cikgu sekolah rendah . cikgu sekolah agama . cikgu sekolah menengah . cikgu sekolah lain dan sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka cikgu , terima kasih !
dah semestinya terutama untuk abah kesayangan En Ismail, ibu tercinta Pn Noriah, kakak terhebat Norhidayah & makcik yang awesome Cik Rafiah .  sangat bangga menjadi sebahagian daripada keluarga cikgu hehe..
sayang tahun ni tak dapat nak buka hadiah hari guru yang mak dapat daripada anak murid dia . kalau tak mesti akan berebut dengan adik , hee

i choose to be HAPPY ツ

Majlis Eksekutif Pelajar


hari ni nak bercerita mengenai Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) . of course dekat semua U sibuk nak melantik jawatankuasa baru untuk semester akan datang . tak terkecuali tempat aku . mereka suruh (more to desak sebenarnya) aku isi borang ni . tapi aku malas la . cukup la aku aktif bagai nak gila dekat kolej masa tahun satu ni . jadi tahun dua nak berpindah aktif dekat fakulti or persatuan pulak . mula-mula memang agak berbelah bahagi , aku teringin tapi bila memikirkan tanggungjawab MEP ni berat dan setelah mempertimbangkan banyak perkara , aku tekad tak isi . dah alhamdulilah pilihan aku tak sia-sia . kalau nak beraktif pun , just sebagai PC or senior yang tolong-tolong junior gitu :)



btw TANIAH sesangat diucapkan kepada roomate aku sebab terpilih menjadi MEP sesi 2013/2014 . aku tumpang tuah dapat bilik besar je la nanti hehe . semoga korang dapat memberikan pembaharuan kepada kolej Pendeta Za'ba ^___^


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, May 15

minggu yang agak busy . time ni la kena buat powerpoint presentiation bagai . alhamdulilah dah selesai 1 pembentangan, tinggal lagi 3 huhu .

btw thanks to kakak sebab kenalkan game ni . dia yang suruh main supaya nanti bila dia tersangkut aku boleh tolong . haiyaa jangan sampai jadi addicted dekat game ni sudah macam game lepas sampai terpaksa remove hahaha .
 yang ni pulak akak aku tak ajak tapi aku sesaja nak main hehe 

i choose to be HAPPY ツ

Monday, May 13

kehidupan

bila difikirkan, patut la aku terasa macam ada something hari ini . haha macam mana aku boleh terlupa tarikh yang penting . dah genap 3 tahun . cepat je masa berlalu . 
emak, abah .. pengorbananmu sangat besar dan takkan dilupakan sampai bila-bila . terima kasih untuk semuanya . 

reupload :)
kehidupan ini penuh dengan perkara diluar jangkaan . setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya . jadi hargailah kehidupan yang ada sekarang . setiap hari yang berlalu tidak mungkin akan dapat diulang :)

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, May 12

2nd May


always love you 


i choose to be HAPPY ツ

Monday, May 6

PRU'13

alhamdulilah, masih lagi diperintah oleh BN . mungkin korang tak akan suka dengan entry aku kali ni tapi biarlah, belog aku so suka hati aku nak tulis apa . tak suka tak payah sibuk baca, boleh pergi main jauh-jauh dari blog aku k .

firstly aku nak menyatakan ketidakpuasan hati apabila BN dikutuk bagai . of course la parti lain pun akan merasa benda yang sama bila parti mereka dikutuk kan . cuma aku nak nak cakap apa yang aku rasa . sebenarnya aku lega kerana Malaysia masih di bawah pemerintahan BN . bukan apa, sekurangnya BN dah mempunya pengalaman dalam mentadbir negara . if korang nak cakap orang kerajaan ni banyak makan rasuah or apa, tu urusan mereka yang terlibat dengan Tuhan . biar mereka jawab di akhirat nanti . korang benci BN tapi duit percuma tu semua aku tengok muka korang yang paling awal minta or tuntut . korang yang paling sibuk . pelik kan ? tak suka BN tapi suka duit

mungkin orang cakap sebagai student aku bodoh tak sokong parti yang menawarkan pendidikan percuma . hello, sekarang memang aku tak guna JPA or PTPTN . tak payah nak tampal kereta aku dengan risalah tu . bagi pandangan aku, tak ada apa yang percuma di dunia ni . korang nak masuk toilet pun kena bayar 20 sen . contoh senang, bila korang dah dapat pendidikan percuma, korang ingat kerajaan tu akan dapat duit dari mana? nak harapkan petronas yang tak seberapa tu? sampai bila boleh bertahan? korang mungkin tak terfikir, tahun pertama dapat pendidikan percuma, lepas tu susahkan mak ayah korang bayar cukai tinggi, harga barang naik sebab nak guna bagi korang pendidikan percuma . sekarang ni hutang negara pun dah banyak, ni lagi nak bagi pendidikan percuma . mana nak korek duit . nak gadaikan negara biar dijajah semula ke? mungkin korang tak terpikir apa yang akan terjadi di masa depan sebab korang hanya pandang apa yang korang akan dapat sekarang .

orang tak akan hargai apa yang dapat secara percuma . orang juga tak akan mudah berpuas hati dengan apa yang mereka dah ada . aku malas nak komen apa-apa, sebab masih bawah umur tak mengundi pun, if kerajaan sekarang memang tak mendatangkan apa-apa faedah pada korang, ada masa 4/5 tahun lagi untuk mengubah . gunakan cara demokrasi bukan mencaci menghina bermusuh . terimalah dengan hati terbuka . keputusan dah keluar , kita bergaduh pun tak ada guna sebab nothing can changed . PRU'13 dah tamat . jangan jadikan politik sebagai penyebab putusnya persahabatan .
i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, May 1

1st May

May 1


Nasib baik jatuh hari Rabu & hampir dengan pilihan raya , boleh la aku balik kampung hehe 

i choose to be HAPPY ツ