Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Monday, May 6

PRU'13

alhamdulilah, masih lagi diperintah oleh BN . mungkin korang tak akan suka dengan entry aku kali ni tapi biarlah, belog aku so suka hati aku nak tulis apa . tak suka tak payah sibuk baca, boleh pergi main jauh-jauh dari blog aku k .

firstly aku nak menyatakan ketidakpuasan hati apabila BN dikutuk bagai . of course la parti lain pun akan merasa benda yang sama bila parti mereka dikutuk kan . cuma aku nak nak cakap apa yang aku rasa . sebenarnya aku lega kerana Malaysia masih di bawah pemerintahan BN . bukan apa, sekurangnya BN dah mempunya pengalaman dalam mentadbir negara . if korang nak cakap orang kerajaan ni banyak makan rasuah or apa, tu urusan mereka yang terlibat dengan Tuhan . biar mereka jawab di akhirat nanti . korang benci BN tapi duit percuma tu semua aku tengok muka korang yang paling awal minta or tuntut . korang yang paling sibuk . pelik kan ? tak suka BN tapi suka duit

mungkin orang cakap sebagai student aku bodoh tak sokong parti yang menawarkan pendidikan percuma . hello, sekarang memang aku tak guna JPA or PTPTN . tak payah nak tampal kereta aku dengan risalah tu . bagi pandangan aku, tak ada apa yang percuma di dunia ni . korang nak masuk toilet pun kena bayar 20 sen . contoh senang, bila korang dah dapat pendidikan percuma, korang ingat kerajaan tu akan dapat duit dari mana? nak harapkan petronas yang tak seberapa tu? sampai bila boleh bertahan? korang mungkin tak terfikir, tahun pertama dapat pendidikan percuma, lepas tu susahkan mak ayah korang bayar cukai tinggi, harga barang naik sebab nak guna bagi korang pendidikan percuma . sekarang ni hutang negara pun dah banyak, ni lagi nak bagi pendidikan percuma . mana nak korek duit . nak gadaikan negara biar dijajah semula ke? mungkin korang tak terpikir apa yang akan terjadi di masa depan sebab korang hanya pandang apa yang korang akan dapat sekarang .

orang tak akan hargai apa yang dapat secara percuma . orang juga tak akan mudah berpuas hati dengan apa yang mereka dah ada . aku malas nak komen apa-apa, sebab masih bawah umur tak mengundi pun, if kerajaan sekarang memang tak mendatangkan apa-apa faedah pada korang, ada masa 4/5 tahun lagi untuk mengubah . gunakan cara demokrasi bukan mencaci menghina bermusuh . terimalah dengan hati terbuka . keputusan dah keluar , kita bergaduh pun tak ada guna sebab nothing can changed . PRU'13 dah tamat . jangan jadikan politik sebagai penyebab putusnya persahabatan .
i choose to be HAPPY ツ

No comments:

Post a Comment