Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Saturday, December 31

end of 2011 (part 3)

btw aku pun dah maafkan kesalahkan korang . aku malas nak simpan dendam or marah lama lama . bukan kaya pun nanti . so aku harap korang pun maafkan kesilapan dan kesalahan aku k . kalau tak puas hati dengan aku kita face to face la . jangan simpan dalam hati nanti jadi duri . sekian :)

i choose to be HAPPY ツ

end of 2011 (part 2)

okey . banyak cerita suka duka aku lalui sepanjang 2011 . bagi aku tahun 2011 tak begitu menyeronokkan dan membanggakan . banyak perkara yang tak disangka berlaku pada aku . aku pun dah banyak berubah sampai kadang kala aku pun tak kenal dah diri aku yang sebenar . tahun 2011 banyak mengajar aku erti kehidupan yang realiti . tak semua yang kita impikan dan bayangkan berjalan seperti yang sepatutnya . tak semua orang dapat menerima kekurangan diri kita dan tak semua orang sukakan kita . aku rasa tahun 2011 lah aku paling banyak menangis , hehe . tapi itu yang membuatkan aku menjadi lebih kuat dan tabah .

jadi aku berharap 2012 akan lebih bermakna . dan aku berharap aku akan menjadi lebih baik dari sebelum ini . aku akan cuba , insyallah . semoga segala urusanku dipermudahkan oleh-Nya . amin .

Selamat menyambut tahun baru :)

i choose to be HAPPY ツ

end of 2011 (part 1)

ok . last day in 2011 . aku nak story mory sikit .
hang out dgn classmate aku . mila , faz , huda , mira
lokasi : Alamanda . 
aktiviti : makan nando's . tengok wayang (Jack & Jill) . main bowling . shopping makanan . lepak di tasik putrajaya . 
perasaan : teruja . seronok . excited . letih :)

memang gila la hari ni . dahsyat tu . kuar dari pukul 9a.m until 7p.m . aku dah pandai naik bus sendiri . haha . dah balik sambung shopping pulak dengan macik . best ! sampai uma nenek terus makan . macik pacik aku kumpul . sekarang aku kepenatan & kengantukan . 

i choose to be HAPPY ツ

today 31.12.2011 . 
means hari terakhir bagi tahu 2011 . 
mengharapkan hariku indah :-)

i choose to be HAPPY ツ

dapat mecej pukul 1.40 a.m. 
aku ke yang bersalah ?? herm..memang salah aku . i'm really sorry :(


i choose to be HAPPY ツ

Thursday, December 29

give BLOOD

tetiba terbuka hati nak menderma darah . mula kena timbang . okey pass . berat aku **kg (angka dirahsiakan) hehe . then test darah aku jenis apa . B . lepas 18 tahun hidup baru aku tau jenis darah aku , haha . check tekanan darah . pass jgak . tunggu turn . 350ml darah aku derma hari ni .  masa derma aku rasa macam ..... susah nak diungkap dengan kata-kata la . nurse tu baik . alhamdulilah aku tak apa-apa . cuma muka aku pucat sikit , tangan aku sejuk . balik bilik terus tidur .

nak cerita , aku ecxited dan teruja taw . maklumlah first time derma . tapi dalam masa yang masa aku takot juga . masa nurse tu cucuk nak masukan jarum kat tangan aku , aku teringat kenangan masa aku kat hospital dulu . hehe . sayang aku tak de amik pic masa kat hospital . kalau ada dah boleh bagi korang tengok :)

mom , dad .. sorry tak bagi tahu . if bagitahu mesti mom dad tak bagi kan . jangan bimbang , dah okey sikit sekarang :)

i choose to be HAPPY ツ

LATIHAN KEBAKARAN !

okey semalam aku tak berapa nak sihat jadi tido awal (around 10p.m) tengah sedap mimpi tido terganggu dengan bunyi alarm pukul 11.30p.m . cehh waktu ni la nak buat latihan kebakaran . hampehh~ dengan mamai mamai pergi berkumpul kat dataran . nasib baik kejap je . kalau tak mau tertido semula aku kat situ . apa pun nasib baik tak "hangus" :)

i choose to be HAPPY ツ

diperhati

hahaha . ni yang aku nak tergelak ni . rupanya tingkah laku aku diperhatikan oleh mereka selama ini . tak sangka . ni yang nak terharu ni . terima kasih kawan .
btw suka hati aku la nak makan macam mana . soal cara aku makan pun nak kecoh kat kelas . aku beli makanan guna duit korang ke? ke korang jealous sebab aku makan roti canai tapi korang tak .. nak? meh sini aku belanja . aku tau cara aku makan tak la ayu sangat macam korang . tapi apa aku pedulik . makan control ayu bukan menjanjikan kekenyangan pun :) 

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, December 27

entah kenapa sejak dua menjak ni aku macam makin sensitif . i mean senang sangat nak merajok menangis . eee apa ni ?? tak suka la . memang sometimes aku cakap aku okey dengan semua ni . hati dah keras (kononnya) tapi sebenarnya tak macam tu . 

kadang kadang bila orang ignore aku , aku sedih . then bila aku dapat markah rendah , aku nangis . bila aku tension aku nangis lagi . kadang kadang hal kecik pun dah boleh buat aku terasa hati . tak paham la seyh kenapa macam ni =.=

berharap ini semua akan berakhir . memang hidup ini penuh rintangan . like he always said, "you choose this path, so you must face it". hidup biar berakal , mati jangan jadi hantu :)

i choose to be HAPPY ツ

yok jalan

pulau pinang --> BUKIT BENDERA . memang terbaik . awal awal pagi pukul 7.30 dah naik tren . teruja ! 
melihat permandangan pulau pinang dari puncak bukit . dengan suasana pagi yang sejuk kabus masih tebal , subahannallah . sungguh cantik ciptaan-Nya . 
pusing pusing snap picca berlari bergurau senda , memang best la .  
naik feri . melihat air laut . terkenangkan arwah . betapa aku sangat merindui mereka . memori lama kembali menerjah ke otak fikiran aku . menangis di atas feri . semoga roh mereka dicucuri rahmat . al-Fatihah .
makan mee udang di Sg. Dua , bapak sedap giler . udang besar besar . ditambah dengan air kelapa . yummy . sedap hingga menjilat jari betul . tapi ofcoz la harga pun besar juga ~.~
kedah --> Pendang + Sg . Lalang . (sila abaikan pica aku yang serabai tu , haha) . gi rumah roomate kakak di Pendang . tengok sawah padi . teruja :) selalu nampak pokok kelapa sawit je , hehe . 
hantar rombongan ke Sg.Lalang , abang sedara mau tunang . kami sepupu sepupu pulak yang terlebih ecxited . seperti biasa kami yang buat kec0h . memang terbaik la . selamat bertunang ya kak Lia & abg Fizi . semoga hubungan kalian semanis buah strawberry tu . hee

itu saja . sekian ;)

i choose to be HAPPY ツ

ombak rindu 
aku memang tak tengok . so what ? suka hati aku la nak tengok ke tak nak . bagi aku kalau nak tengok wayang better pilih cerita inggeris dari malay . sebab cerita malay sekejap je dah tayang kat tv . TAK BERBALOI la  tengok kat wayang . btw aku tengok or tak , tak de kaitan pun kan dengan korang .

i choose to be HAPPY ツ

Monday, December 26


i choose to be HAPPY ツ

Friday, December 23


dear heart , please be strong :)

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, December 22

Terasa Bodoh


haha PADAN MUKA aku !! pe perasaan jadi orang bod0h ? sangat teruja kan kan kan . sampai menangis sedu-sedan . kau menangis pun dah tak ada guna . bukan kau boleh repeat paper tu pun nanti . tu la syairah , suka sangat mengata mengutuk orang , buang masa amik ringan semua perkara , malas belajar suka study last minit copy paste jawapan orang . ni kot balasan untuk kau ! terasa macam bodoh kan ?
BERUBAH la wey .. dah jadi macam ni baru kau nak tersedar kan . walaupun dah terlambat sikit tapi insyallah peluang untuk aku berubah masih ada lagi . so BERSEMANGAT ye SYAIRAH !

thanks along & my roomate (irra) untuk kata-kata semangat

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, December 20

sweet proposal

ROMANTIK SANGAT !
itu yang dapat aku ungkapkan bila tengok video tu . so sweet .
cinta tak perlu di cari , bila tiba masa cinta itu akan datang sendiri .
walaupun saya tak kenal awak , tapi saya doakan kebahagiaan awak dengan si dia :) congrats
thanks to my darling sebab tunjukkan saya video tu . semua roomate saya tengok . excited :P



jatuh hati dengan lagu ni . siapa2 yang baik hati tolong download kan lagu ni ye .. tq :)
i choose to be HAPPY ツ

Sunday, December 18

falling in love with toblerone chocolate !
ada siapa-siapa tak yang rajin nak belikan? hee

i choose to be HAPPY ツ

Friday, December 16


tiba-tiba dapat mesej yang tak disangka penghantarnya . adoyai :) menggigil tangan pegang hp . dia masih save number aku . RINDU SAYA KE ? haha pengat labu . aduih syairah , jangan macam-macam . bahaya woo . dia just nak kau join aktiviti dia je , bukan apa . tak payah nak cuak sangat .
i choose to be HAPPY ツ