Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, August 30

INDAH malam RAYA

ESOK RAYA !! alhamdulilah selesai suda sebulan berpuasa . tapi sedih juga sebab ramadhan dah berakhir . entah dapat berjumpa ramadhan akan datang atau tidak ye . mudah mudahan dipanjangkan umur . amin .

berbuka di rumah nenek . seperti biasa kec0h dengan kerenah cucu cucu nenek Lasa . makan nasi impit rendang ayam rendang itik lontong peh melelh air liur la . selepas pengumuman raya , perang mercun bermula . yeah ! tak ku sangka kak za (isteri abg wan) paling excited . dia yang menerajui semua . memang terbaik la . haha . sampai terbakar baju aku kena percikan bunga api . dah berlubang sweater kesayangan aku . huhu .

jumpa dia . RINDU AWAK ! suka dapat lihat awak . awak makin kurus + ensem la . tergoda bila tengok awak senyum . aish boleh angau dibuatnya . hehe . walaupun dapat jumpa awak kejap tapi tak mengapa . lebih baik daripada tak dapat jumpa langsung kan sayang . mmuahh ~

malam raya yang terindah ^_^ terima kasih

thanks untuk hadiah itu . sayang awak ketat ketat
    

i choose to be HAPPY ツ

Monday, August 29

love CAKES

hambik kau . tidur 12 jam . keletihan punya pasal la ni . semalam dari pagi sampai ke petang duduk dapur . memang muka dapur betul la kan . haha . tapi tak apa , demi buat kek aku sanggup . mula mula buat cornflaks . pastu kek cheese oreo (permintaan dari kakak aku) aku memang tak pernah buat so tak tahu la apa rasanya nanti . pastu kek marble span (tempahan dari nenek aku) tak tahu la macam mana bentuknya nanti . harap harap okey la . n0w aku nak sambung buat cupcakes blueberry aku + kek coklat + kek span kismis . bubye ~

homework kau tak siap lagi la Oi ! esok dah nak raya . bila nak buat ???


i choose to be HAPPY ツ

Saturday, August 27

muka nak minta penampar kan ? haha

first time aku pakai tudung macam ni . pengaruh kakak aku . dia yang pakaikan . agak kelakar kan kan kan ? haha . cemburu tengok budak lain pakai . tu yang aku nak try gak . mana tahu kena dengan jiwa . khakhakha . tapi rasanya lepas ni tak ada kot nak pakai lagi , hee
i choose to be HAPPY ツ

gedik sangat ke ?

okey girls . aku tau la kau dah kemaruk sangat kat bf kau tu tapi tak payah la nak tergedik gedik . sedar la sikit kau kat tempat awam , kat shopping complex , pakai baju sekolah pulak tu . tak payah la nak teraba raba sangat . kau ingat aku kesah dengan bf kau ?? tak payah nak menunjuk la sayang oi . sorry la , aku budak DAH HABIS SEKOLAH . dah makan garam dulu dari kau . dah jumpa boys yang ensem bergaya baik . budak kL pEneng meLaka semua ada . so please ar .. korang bercinta cintun sakan zaman sekolah ni sebenarnya tak ada makna sangat pun . belum tentu sampai bawa kawin . kalau nak mencabar couple lepas sekolah ar . baru korang sedar dugaan cabaran lagi hebat and real . baru teruji semua . kesetiaan kesabaran kesayangan kejujuran kebaikan korang . ni setakat 1 sekolah jumpa selalu tak mencabar langsung . nampak bf or gf rapat sikit dengan orang lain cemburu tak tentu pasal . pastu merajok gaduh . entah pape je . aku tak kata tak boleh berkasih sayang time sekolah , cuma berala kadar je la . perjalanan hidup korang masih panjang . ni la realiti . aku beri nasihat ni untuk korang dan diri aku sendiri . renungan bersama =)



i choose to be HAPPY ツ

Friday, August 26

berDEKAH di bulan PUASA

12 jam bersama mereka . syafiqah, shafikah, amir, rasid, saufi . sangat gila kan kan kan . modal nak keluar sebenarnya nak cari baju aku tapi last last orang lain yang membeli aku memerhati , hehe . time berbuka lagi best , cuba teka kami berbuka apa . korang tak kan dapat teka sebab korang sendiri tak akan jangka macam kiteorang . terkejut melihat makanan berbuka , hehe . 6 orang = RM150++ . memang terbaik . selalu aku kenyang minum air , tapi semalam aku kenyang sebab makan . apa pun sayang mereka sangat la .


i choose to be HAPPY ツ

Thursday, August 25

nur syairah ismail ! sila matang sikit . sedar sedar la awak tu dah besar . jangan nak merepek sangat boleh tak ~ ngee

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, August 24

berHARAP

mengharapkan esok baik baik sahaja . biarlah pertemuan kali ini yang terakhir . andai tidak seperti yang diharapkan . sila banyakkan bersabar ye cik syairah .
1year 1month 2weeks 1day


i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, August 23


Hai Tawan tawan :D Titew bocan lah. korang buat ape ? titew tat tawu nak bwat apew. facebok pown bocan laaa. update blog p0wn tat tawu nak tulis apew . ce korang teng0k gambar titew. Tantik tak, titew tahu titew tantik . korang cemburu kan. hehe . cakap je laa. takpe titew dah tawu dah . titew windu la kat biey titew. tawun niy nk raye dengan biey titew , pakai baju kaler came . cweet kn ? hehe

haha . gedik tak ayat aku ? rasa nak bagi penampor je kan . so please la , korang tak rimas ke baca ?? aku lagi rimas sampai tak sanggup nak tulis dah . nampak sangat kegedikannya itu . marah mak aku kalau dapat anak murid macam korang ni yang tak reti dah nak tulis betul betul . sedar la sikit . nanti time SPM korang boleh ke tulis macam ni ? memang nak makan kaki la dengan penanda exem tu taw . sekian .

i choose to be HAPPY ツ

Monday, August 22

contoh saja
contoh saja
.SHOPPING ! ingat mahu beli baju kurung warna merah . cari cari cari ada jumpa tapi tak ada saiz . aku kecik sangat ! okey fine . 
ingat nak cari jubah juga . jumpa yang lawa tapi ermm nanti la kot . 


i choose to be HAPPY ツ

tolong la jangan nak plastik sangat la kan . 

  • aku tau aku tak pandai makeup , tapi semalam dengan muka neutral tak bermakeup aku jumpa makcik aku , dia kata aku putih . kau bila makeup baru orang kata kau putih kan ? 
  • aku dressup pun tak reti tapi tak apa la . setakat pakai baju lawa lawa tapi nak pergi kedai runcit nak buat apa kan . 
  • aku tak pandai pakai tudung lilit lilit macam senduk . cemburu gak aku tengok kau pakai . tapi tak kesah la , pakai tudung bawal pun okey janji tutup aurat
  • aku tak reti duduk ayu makan malu malu kucing depan budak lelaki macam kau . tak kenyang la makan macam tu . lain la harry potter yang ensem dan kaya tu duduk depan aku .
  • aku tak ada handphone mahal mahal macam kau . tapi kalau setakat handphone mahal tak ada kredit tak guna juga .
  • aku tak ada aksesori beg tangan cermin mata bagai macam kau . tapi kalau nampak bergaya poket kosong nak shopping pun minta duit parents lebih baik tak payah kan . 

kata kata untuk hari ini =) jangan kecik hati ya

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, August 21

belek belek baju kurung . rupanya tahun nie baju kurung aku banyak kaler purple dan hitam . nampaknya aku dah purple dah tak boleh dipisahkan . tak apa la , purple pun not bad =)

i choose to be HAPPY ツ

selepas 19 hari berbuka bersama kengkawan dan roomate , first time dapat berbuka bersama family . sangat gembira =) tapi still tak cukup orang sebab kakak ku tak balik lagi . tadi balik johor , xcited gila bila dapat jejak kan kaki kat rengit . terus berbuka rumah nenek . sempena birthday faiz . rindu masakan johor . lebih lebih lagi ikan masak asam pedas nenek . memang terbaik ar ! apa pun , gembira dapat balik rumah sendiri .

sila ingat kerja awak bertimbun ya cik syairah
sila sila rajin buat =)

i choose to be HAPPY ツ

saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu

meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana
dengarkan aku ku merindukanmu

saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

awak mesti dah biasa tanpa saya kan ? nampaknya saya pun kena biasakan diri tanpa awak . imaaf sebab tak faham awak . sepatutnya saya kena faham awak pun ada kerja yang lebih penting untuk dilakukan . tak semestinya kena meluangkan masa untuk saya setiap hari . jaga diri awak elok elok , jangan tension tension sangat k . jangan bimbang tentang saya . i'll be fine =)

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, August 20


dulu aku suka purple . sampai barang barang kat matrik aku semua purple . tapi entah kenapa sekarang aku nak tukar warna . purple bukan warna pilihan utama aku sekarang ni .

i choose to be HAPPY ツ

tangisan


syok kan bila dapat menitiskan air mata . lega dapat menangis . haha .
accually tadi aku tengok cerita hindustan , sampai part sedih aku jadi sensitif terus menitiskan air mata . tapi masalahnya air mata tu tak nak berhenti . menangis teresak esak . mungkin aku menangis bukan kerana cerita tu tapi pasal benda lain . part gembira pun aku menangis . haha pelik kan . lepas menangis hati berasa sedikit lega . terima kasih air mata .

i choose to be HAPPY ツ




i choose to be HAPPY ツ

Friday, August 19

cerita cerita

dah cuti semester ! yeah ~ sekarang boleh la aku tulis semua yang terbuku dihati , dah bertan tan cerita nak kongsi ni . hehe . setiap 1 cerita yang berbeza ye

  • adoyai ~ bangun lambat pagi tadi . tak sempat sahur . kelaparan dan keletihan . huhu 
  • malam tadi tengok movie korea . best ! menjerit jerit sebab heronya yang auumm . sweet romantik gitu .
  • kau suka aku ? haha tak payah buat lawak la wey . =)
  • aku tau kau ada kamera canggih . gaya ala photographer . tapi tak perlu la nak menunjuk sangat . iye aku jealous tak ada kamera macam kau . tapi apa aku pedulik . aku bukan nak jadi photographer . aku snap pic untuk suka suka , mengabadikan kenangan melalui gambar . cukup la kamera murah je . aku dah syukur =)
  • tolong la , jangan nak payung sangat eh . cuaca panas sikit sibuk nak berpayung . eh lupa pulak , korang kan tuan puteri , puteri lilin . kena panas sikit cair . karang susah pulak kn kalau korang dah cair tengah tengah jalan tu . ye tak =)
  • sekarang mood nak dengar lagu raya saja . excited kot . maklumlah dah nak masuk puasa ke20 . alhamdulilah masih berkesempatan untuk menyambut puasa .
  • don't judge a book by its cover . tu yang aku belajar kat sini . kan malu sendiri bila kita silap menilai orang =)
ada lagi ... tapi tak berapa penting kot .

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, August 18

Majlis Tadarus Al-Quran dan Jamuan Berbuka Puasa KMS . berbuka di dataran Kosmit . menu nasi tomato . sebab dah lapar tu yang rasa sedap sehingga menjilat jari . haha . masa dengar tazkirah member aku belek belek tapak tangan aku . then she say "kau akan kawin dengan orang jauh, pastu kawin lambat, bakal DIMADUKAN tapi anak ramai .. " haha what ?! merepek saja . jangan percaya pada ramalan ye . sekian =)
mood : nak balik beraya . lagu raya memenuhi jiwa . haha excited emoticon Pictures, Images and Photos

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, August 17

lawatan KMS

Lawatan Pengisahan Jugra . anjuran Kolej Matrikulasi Selangor seramai 263 students . 6 bus persiaran . seawal 7.00a.m

- berkumpul di HEP . aku naik bus no3 . warna pink gitu . haha . adoyai bus tu boleh berbunyi seperti keldai . bising betol . dreba bollywood tu asyik nak cepat je . entah apa yang dikejar pun tak tau la . huhu

- tiba di kaki bukit jugra . sesi taklimat dan penyerahan bendera . sorang pelajar dapat 1 . aku dapat bendera selangor . saya bukan nak curang pada johor ya . sesi mendaki bermula . adoyai penat rupanya . dah la curam 45 darjah . ditambah dengan puasa lagi . lepas tu kat lereng bukit kubur cina . memang terBAIK la . lebih kurang 20minit baru sampai puncak . permandangan yang indah ! udara pun nyaman . suka
KMS nak buat rekod bendera terpanjang dan terbanyak di bukit Jugra . siap buat video lagi . so kena beratur panjang . sesi snap snap picture pun bermula . disebabkan aku tak ada kamera , guna hp saja ~ kemudian bergerak turun .

- pergi rumah Raja Kasim . orang tertua yang berada di Banting . keturunan raja . disebabkan dia dah meninggal baru baru ni , cucu dia Raja Norazam yang bercerita . siap masuk cerita merong mahawangsa lagi , hehe . siapa siapa ada cerita merong , bagi kat aku ye , nak tengok


- pergi melawat Makam Diraja . tak mahu nak cerita banyak

- melawat Masjid Diraja . berwarna kuning . sangat cantik . dalam dihiasi kayu jati . tempat mimbar sangat indah , seperti disaluti gold .

- Singgah Fazz Kerepek . tapi aku tak turun beli . dah selalu sangat makan .

- bergerak ke Jaya Jusco Bukit Tinggi . haha . tapi sepanjang perjalanan aku tido , kepenatan yang amat . teringatkan dia . andai dia ada , boleh aku lentokkan kepala kat bahu dia .huhu . rindu awak ! dekat jusco lebih kurang 2jam lebih . SALES ! 20% 50% 70% . rambang mata . tapi aku tahan je . mahu shopping bersama kawan kawanku . just pergi Lavender . beli roti =)

- otw balik singgah bazar . beli makanan . dahargakan air , hehe .




i choose to be HAPPY ツ

semangat Merdeka & Raya

gotong royong blok VEGA . memasang bendera dan pelita sambil diiringi lagu raya . wahh bestnya . meriah blok aku . pukul 1.00a.m baru selesai , hehe . 
sila cari sign aku ye ^_^


i choose to be HAPPY ツ

berjalan kaki ke Banting Baru . 20minit dari KMS . bersama classmate . dapat bubur lambuk percuma di tengah jalan . tak sia sia aku pergi , jumpa juga popia basah . haha . then beli nasi ambang . balik naik teksi sebab dah penat . peramah pulak dreba teksi tu , ajak aku berbual , hehe . 
berbuka sama sama . meja penuh makanan . banyak betul nasi ambang sampai leh makan 2 orang , tapi cuma RM4.00 je . sangat berbaloi . apa pun , happy ^__^



i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, August 16

kamera ~


waa ! aku nak kamera aku . terasa sangat bila ketiadaan kamera . aku suka bergambar even muka aku tak la lawa sangat macam mereka . esok ada program . baru ingat nak snap pic . sedih la . kenapa la kamera aku rosak? tu la kau syairah , tak nak jaga betul-betul . hadiah dari ayah kau tu . kau tau tak mahal??  
yang penting aku nak kamera aku kembali . nampaknya kena simpan duit betulkan kamera . kalau tak dapat betulkan nampaknya kena beli baru . yang pasti raya nanti ada kamera

i choose to be HAPPY ツ

Monday, August 15

15 Ogos 2011

info sejarah : korang tahu tak ?? 

15 Ogos 1511 - kejatuhan kota Melaka di tangan Portugis
15 Ogos 2011 - genap 500 tahun kota Melaka tumbang
tak sangkakan :)

jadi hargailah kemerdekaan negara kita Malaysia
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan :)



entry yang bersemangat patriotik gitu . haha


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, August 14


i choose to be HAPPY ツ

cerita hari AHAD

hahaha . aku rasa nak ketawa terbahak bahak terguling guling bila baca entry kau . rasa nak korek hidung pun ada tapi nasib baik bulan puasa . geli siot ! aku bukan apa , aku konfius kejap , kau mengata orang tapi rasa macam kau mengata diri sendiri pulak . kau tak sedar ke ?? tak sedar ? tak pe tak pe , meh sini aku gitau kau . entry kau sama sepesen je dengan entry dia . malu la kalau tak perasan juga . haha . ooppss ye la , kau tak taksub macam dia . kau tak pandai bergaya macam dia . dia dress up cool , kau ada ? kau baik . tak gedik gedik kan ? kau sweet gila . ala macam maya karim gitu . kalah aku . cuma kau tak famous la sampai nak masuk tV . haha . kau kawan aku tu pasal aku care sangat kat kau  nak kata aku jealous dengan kau .. errmm memang ! haha
terima kasih kerana membuatkan aku ketawa sakan harinasib baik ketawa tak batal puasa . kalau tak memang puasa aku batal la gara gara kau . sekarang nak sambung buat kerja aku . bubye *budak cumil*


p/s : tak payah nak gedik sangat boleh tak . nak main hujan sambil berlari lari
sweet la kononnya tu. macam filem tamil la katakan . haha
blog sekadar luahan ^__^


i choose to be HAPPY ツ

Qiamullai

Qiamullai di subuh hari
Masa : 3.40a.m - 6.50a.m
Lokasi : Surau Al-Sufi 
Aktiviti :
  1. solat sunat taubat
  2. solat sunat hajat
  3. solat sunat witir
  4. sahur beramai ramai . sahur nasi goreng . nugget . sosej . air teh O 
  5. solat subuh
  6. tazkirah . sempat dengar 10 minit saja kemudian tertidur di surau . hehe
  7. balik bilik sendiri
  8. sambung tidur . haha
tapi alhamdulilah . dapat juga aku join ^__^

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, August 13

haha 
aku dah siap kemas beg nak balik johor 
baju baju semua dah sumbat masuk beg
excited gila kan ??


i choose to be HAPPY ツ

tiba-tiba teringat

jari terkena iron waktu mengosok . padan muka aku . tu lah berangan lagi . haha

duduk sorang sorang dalam bilik, teringat peristiwa dulu . ketawa tersenyum sorang sorang . 
teringat waktu keluar dengan iqa & member member aku yang lain . jalan jalan dekah dekah makan makan . saat yang indah . sempat juga aku menukarkan kereta menjadi hovercraf . haha 

kalau tahun lepas , sambut puasa & raya di rumah  & sambut juga kat klinik . lepas berbuka mesti siap siap nak pergi klinik . waktu raya pun sama . orang pagi pagi siap pakai lawa lawa pergi raya rumah orang . aku lak pagi pagi pakai tshirt + seluar pergi ketuk pintu klinik . haha . rindu pulak dekat kak aya & kak adilla . tak sabar nak jumpa mereka cuti nanti . wee~ 

keluar dengan dia lagi best . banyak hal berlaku . even kaki sakit bengkak sebab terpelecok pun tetap ngada ngada keluar . sweet waktu dia balutkan bandage . boleh balut sendiri tapi gedik nak dia juga yang balutkan . haha . ajak dia main buai . macam kanak kanak ribena . nasib baik awak sporting kan . hehe . waktu duduk dalam bus dengan dia . tu tak termasuk lagi waktu kereta tiba tiba habis minyak . haha

teringat waktu aku kecik kecik . waktu aku sekolah rendah . nasihat 'ikan masak asam pedas + rojak' cikgu misnah . banyak lagi la .

kenangan terindah . andai masa dapat diputar . aku nak melalui saat seperti itu lagi . tapi kat malaysia ni mana ada doraemon kan . so cuma dapat menyimpan kenangan itu semua dalam minda & hati & foto .


i choose to be HAPPY ツ

Friday, August 12

menghitung hari

aku rasa macam banyak benda nak update tapi dah lupa la . haha tu la makan banyak lagi . wee ~ (tak ada kaitan pun) dah 12 hari berpuasa , sekejap je masa berlalu kan . tak sabar nak balik JOHOR ! rindu rumah katil tv dapur oven almari bilik air bantal sofa ampaian semua semua la . hehe . tapi lagi rindu kat family aku taw ! adik aku lagi lagi rindu kat aku . hee . fikiran dah tak tenang . asyik pikir apa nak buat bila dah balik nanti . siap dah buat list . nak tengok ?

  1. nak tidur atas katil yang empuk sambil peluk bantal peluk aku
  2. tengok tv . dah lama tak tengok cartoon
  3. makan masakan emak aku . minum air sejuk . sedapnya
  4. mandi puas puas . air kat rumah bersih sikit
  5. online guna strymix . terBaik
  6. nak keluar dengan member terBEST aku . shopping ! 
  7. nak buat kek coklat & blueberry cupcake . 
  8. nak cari baju raya . awak , baju raya sama colour nak tak ? hee , ngada ngada betul
  9. kemas rumah . nak raya dah la
  10. siapkan homework + study . err macam tak sanggup ja nak masukan dalam list aku .
  11. akan difikirkan nanti =)
best kan aktiviti aku . haha . suka menghitung hari . 7 6 5 4 3 2 1 johor



i choose to be HAPPY ツ

derma darah

sekadar pedoman
belajar belajar belajar belajar lagi . tu lah tugas seorang pelajar macam aku .
semalam ada Kempen Derma Darah . aku nak ! call my dad & he said NO . then mesej kakak ku & she said NO . mesej my bestfriend & she also said NO =.= nak juga . nak juga . tekad nak pergi derma lepas magrib tapi last last pergi terawih saja . tak baik tak dengar cakap . ada sebab mengapa mereka tak bagi . mungkin sebab ni kot mereka tak bagi aku derma darah . cukup la 'derma darah' dulu . haha


i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, August 9

gadis merah jambu

belajar macam biasa . sudah berazam mahu berubah . bertukar menjadi power rangers . yeah ! haha merepek suda . aku dah tekad nak belajar betul betul . mahu dapat 4flat . amin . tapi tengok result UPS aku yang lepas , macam harapan tu tak ada je . tapi kalau tak dapat 4flat , dapat 3.50 above pun jadi la . tu target aku sekarang ni . semoga kau boleh syairah !
(sampingan sahaja)

today snap pic . untuk majalah KMS kot . tema PINK . haha warna yang menarik bukan . gadis merah jambu . mana taknya dari baju ke tudung ke beg warna pink . wee~ mula mula aku tak tahu , dah jadi ganjil pulak kat kelas tu . nasib baik snap pic petang , dapat la aku tukar baju tengah hari tu . posing gedik . hehe . abg cameraman tu memang best la , sporting habis . terpegun seketika . snap pic gaya bebas + gedik dan gambar skema + pakai kodd . gambarnya akan diupload lepas raya kot . sekian


i choose to be HAPPY ツ

saya rindukan awak
saya perlukan awak
saya sayang awak
maafkan saya



i choose to be HAPPY ツ

best duduk rumah sabtu ahad (uma nenek) kerja asyik online tengok tb tido . nak makan tak boleh , bulan puasa . ditambah pulak dengan kepulangan sepupu sepupu aku . memang meriah . lebih lebih lagi bab makan , hehe . penuh wey meja .
mood diceriakan oleh mereka . lebih lebih lagi budak montel baju coklat tu , hehe

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, August 6

noor syafiqah ali

dia cumil kan ^__^ my bestfriend in the world 

 like my roomate say, the difference between good friend and best friend is a good friend can be anyone, but only one of the good friends become best friends.

 budak cumil ni selalu ada waktu aku perlukan dia . ada pada waktu senang , susah , sedih , gembira . senang cerita dia macam kembar aku la . selalu berkepit dengan dia . sebab tu setiap kali aku ada masalah aku akan cerita pada dia . sampai tak ada satu perkara pun yang aku sembunyikan daripada dia . walaupun kami dah berjauhan , dia di bumi kenyalang , aku di rantau orang . tapi aku still akan contact dia . memang kredit aku untuk dia la . aku memang suka habiskan kredit untuk dia . bergayut ketawa mengumpat meluahkan rasa . terima kasih banyak banyak ye sahabat . sayang kau sangat ! tak sabar nak jumpa kau =)


tak payah nak touching sangat boleh tak syairah ! haha

i choose to be HAPPY ツ

orang kata jangan terlalu berharap tinggi tinggi sangat nanti bila jatuh sendiri yang sakit

makcik : angah jadi keluar dengan dia tak hari ni ?
aku : tak jadi la mak pi . 

dapat mecej dari my mom
my mom : angah jadi berbuka dengan dia ?
aku : tak jadi la mak . selamat berbuka . kirim salam semua

tak apa la , mungkin tak ada rezeki aku nak jumpa dia hari ini .   

i really wish
i could see u
always waiting 4 this day
but its okey

i choose to be HAPPY ツ