Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Monday, December 31

2012 Talk

nampaknya 2012 semakin menutup tirai. ni bermakna umur aku akan ada angka 2 di depan yeeyyyy! makin tua la aku jawabnya hahai. sebelum terlupa, happy birthday my kazen, Kak Anis yang sambut birthday hari ini. macam kesian kan :) 

memang aku akui sepanjang tahun ni banyak benda berlaku (ayat macam tahun-tahun sebelum ni tak banyak benda berlaku je kan hehe). kalau nak diimbas semua memang berjela la entry aku ni nanti. cara mudah korang baca sendiri post aku yang lepas-lepas kalau nak tahu k hee. tapi aku rasa 2012 ni agak mencabar juga bagi aku. jatuh tersungkur tergolek-golek tertonggeng-tonggeng terbalik-balik hahaha. tapi ni semua circle of life. maybe saat itu ketika itu aku berada di bawah setelah sekian lama berada di atas. banyak memori yang tercipta. ada yang manis dan ada yang pahit. hebat juga aku kan masih mampu bertahan sampai sekarang (tepuk tangan sikit untuk aku k). terima kasih kepada family aku, sepupu-sepupu, kengkawan yang selalu ada untuk aku, support aku, bagi nasihat bagai. sayang sangat dekat korang. 

kalau ditanya pasal harapan aku untuk tahun 2013 ni, banyak juga sebenarnya. nanti-nanti aku senaraikan ye ^__^ akhir kata, (terasa macam buat esei pulak hehe) aku ucapankan Selamat Menyambut Tahun 2013 untuk Semua yang mengenali diri aku dan aku mengenali mereka. 




i choose to be HAPPY ツ

Wedding Sepupu

alhamdulilah abang fizi kesayangan aku dah selamat di ijab kabul kan dengan pasangannya kak lia. gembira untuk mereka. semoga berkekalan sehingga ke jannah ^__^ seperti biasa bila dah jumpa sepupu sepapat semua kecohnya bukan main lagi hahaha. sangat seronok okay. dah lama tak berwedding macam ni hee. ni gambar korang tengok je la k :)



time dekat rumah pengantin perempuan (23.12.2012) . Sungai Lalang, Kedah



  

time rumah pengantin lelaki (30.12.2012) Banting, Selangor


eh..asyik tersama pulak . hahai


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, December 26

Disember 25

orait memang agak gila . tindakan spontan dan di luar jangkaan 
thanks sangat untuk hari itu dan maaf juga untuk kesusahan yang berlaku 
thanks sebab menjadikan penutup 2012 aku sesuatu yang indah . di tempat yang sama tapi kenangan yang berbeza 
i like the way you treated me, like a sister :)
kadang kala berharap aku ada abang macam kau
setelah sekian lama, once again i feel protected 
kalau kau perlukan pertolangan, you can count on me

i don't wish to turn out to be like her but i hope i can do what she did
free advice, you will not find a girl like that. she is unique
macam roomate aku selalu cakap, hati yang pilih dia
i wish the best for both of you ^__^
sabar itu indah







i choose to be HAPPY ツ

Thursday, December 20

20122012

tarikh hari ini sangat unik kan . 20 Disember 2012 


alhamdulilah hari aku berjalan lancar. walaupun ada sedikit kekacauan namun selebihnya indah . 
bahagianya rasa . mungkin sebab aku dah berjaya menyiapkan kertas kerja lawatan usahawan, kertas kerja program PC Fair, minit mesyuarat dan post mortem Karnival Siswi Bistari. tak sia-sia aku berjaga dari malam tadi dan bangun awal pagi. 

dan mungkin juga aku nampak orang baju putih tu di kafe. kau tak perasan aku kan ? atau kau pura-pura tak nampak aku. tapi tak apa, ada aku kisah. serta mungkin juga faktor dari mesej yang aku baru terima tadi. sila jangan bagi mesej suspens macam tu ye. cuak kot hahaha

smile :)


i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, December 18

Drama Kami

alhamdulilah selesai juga drama Foundation English The Princess And The Pea untuk semester ni . lega bila semua dah berakhir . takde dah nak pening kepala pikir pasal latihan prop skrip baju . 


yang paling tak sangka dapat no.1 ! tapi tu la orang kata rezeki . syukur sangat :)
kepada korang semua , terima kasih sebab menunjukkan komitmen dan semangat waktu drama tadi . memang terBAIK la .



behind the scene :)





i choose to be HAPPY ツ

Monday, December 17

minggu yang agak susah untuk diexplainkan . banyak membuang masa dengan perkara yang takde kaitan, bukan nak study (err accually bukan taknak study tapi tak jumpa mood rasa blank rasa macam kosong) terlalu banyak benda yang kena diuruskan difikirkan . ketensionan mula terasa . magrain macam ni . alahai

i wish i had a shoulder to cry on . sangat penat . menangis saja yang mampu . 





i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, December 12


Happy Anniversary to my Dad Ismail Mohamad Zain & my MomNoriah Mohd Taib :) 
it means so much to have the love of two wonderful people like you ! I LOVE YOU SO MUCH !! muahx ^__^


bahagianya balik rumah . tapi tension gak bila handphone asyik bunyi orang UKM cari untuk meeting la, perjumpaan la, latihan la ==" aku dah cakap aku kat rumah, jadi tak perlu lah tiap hari dok mesej tanya bila nak balik. korang balik rumah aku takde bising pun kan!

thanks to sobree sebab tolong aku daftar kursus untuk semester 2. bukan aku taknak daftar sendiri tapi takleh buka page tu, ni gara-gara Java la :( btw kau datang tepat pada masanya. sorry ya ganggu kau, bukan selalu kan :)

ni jadual yang sempat didaftar. tapi akan diupdate lagi :)

tetiba terbau perfume tu . dah lama kan ?

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, December 8

yeayyy berkesempatan juga untuk menulis hari ini setelah lama tak terusik. banyak benda nak story taw. so entry kali ni agak panjang .

firstly alhamdulilah syukur berakhir juga Karnival Siswi Bistari setelah sebulan lebih berhempas pulas bagi menjayakan program ni. memang banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat daripada program ni. kesibukan memang tidak dapat dinafikan, di tambah pulak dengan ketensionan dan assigment yang bertimbun serta final exem yang semakin hampir. nak tergila juga aku dibuatnya tapi nasib baik masih terkawal hehee. terima kasih kepada semua yang terlibat (cehh macam diaorang akan baca je) semoga persahabatan yang terjali akan terus berkekalan .

ni ada sedikit gambar, credit to kak ekin :)






tempat yang paling tenang adalah di rumah sendiri :)


to you and them, please don't say you love me miss me or whateverr. terasa murah sangat ayat tu bila korang cakap tapi tak bermaksudkannya. rasa annoying gila bila korang dok mesej call bagai cakap miss you love you then cerita waktu zaman tok kaduk kita yang dulu-dulu. masa menengah rendah mana tahu pape, budak baru nak kenal dunia la katakan. aku dah tak ingat sangat pun . 


i already gave my love to someone who doesn't want it. 

yang lepas biarkan berlalu, setiap hari adalah hari yang baru :) 




i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, November 28

SICK . i wanna to go home
- cry silently -

i choose to be HAPPY ツ

Tuesday, November 27

one step closer


sangat suka lagu ini . rasa macam ......
can you listen to this music ?


i choose to be HAPPY ツ

Sunday

Breaking Dawn Part2 with Amal & Zahid
sangat super best :)
teruja tengok .. sangat berbaloi . hehe
girls with glasses . haha
gambar zahid tak ada pulak . maaf

walaupun sekejap tapi serius memang aku tak sangka kau datang Bangi . 
thanks sangat =)



i choose to be HAPPY ツ

Friday, November 23

Perbarisan


jadi bidan terjun . tak memasal jadi pembawa sepanduk untuk perbarisan majlis penutupan SUKEM . tapi tak sia-sia aku masuk , ter"famous" kejap . mana taknya dah la aku depan sekali, kontigen pertama masuk padang, orang tangkap gambar mestilah muka aku ada (perasannya) haha . even aku tak lawa tapi aku suka bergambar =) apa pun memang tak rugi aku join perbarisan ni . macam kata TNC dapat berkenalan dan merapatkan hubungan . hehe

tak sangka prince tu pun datang juga . kau pandang aku kan ?? *blushing* hihii

i choose to be HAPPY ツ

Friday, November 16

Holiday

vacation at Cameron Highland with my family .
last pergi CH masa aku form5 , 2 tahun yang lepas ..
alhamdulilah cuaca baik . udara nyaman . sangat mendamaikan
perjalanan yang panjang membuatkan aku keletihan . 
rehat dulu . bye =)
12062010 . okay aku teringat lagi peristiwa itu , tempat itu , kenangan itu 
wahai hati , keep strong ya

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, November 14


it looks same but isn't . 
do you know ?


i choose to be HAPPY ツ

Picnic


simple picnic with them . memang seronok gitu =)
mesti pelik kan macam mana member aku si fauzi ni ada . 
dia nak jumpa aku waktu petang , tapi alang-alang tu aku ajak dia join sekali . 
senang sikit tak payah aku nak tergesa-gesa kan .


i choose to be HAPPY ツ

Monday, November 12

skype

alhamdulilah . hati ini masih kuat :)


skype . tertiba aten ajak skype . dah lama juga aku tak berskype . 
bukan apa , sejak teman skype dah takde , jadi macam dah takde function online skype kan .
err , agak-agak dia masih nak skype dengan aku tak ??
- persoalan yang takkan terjawab -
nites :)


i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, November 7

senyum :) 
nampak awak, dah lepas dah rindu ... hehe


i choose to be HAPPY ツ

Sunday, November 4

Kecewa kerana bercinta?

Baca ni =) 

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Teman, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..~ALLAH knows BESt!~♥..

- copy paste from Nadia Fowzi -

i choose to be HAPPY ツ

Saturday, November 3

Syukur alhamdulilah kesihatan emak semakin pulih . lega sangat bila dengar suara mak . apa yang berlaku memang sesuatu yang di luar jangkaan . nilah ujian dari Dia untuk keluarga aku . 
So many things are happening right now. friends, studies, environment, the past, all of these sometimes make me fall. it hurts me deeply and many times i've given up. But then i realize that i need to be strong. things happened for a reason. i can't let the hate and the past bring me down. i must show them that i'm not a girl that gives up easily. So i've to stay strong, do what i have to do and move on.

i choose to be HAPPY ツ

Wednesday, October 31

it hurts me deeply

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, October 18

1 hari BANYAK cerita

UKM --> BUS --> KTM --> LRT --> MONOREL --> KL
tu tak termasuk jalan kali, naik turun tangga, lif dan eskelator lagi . memang best dan memenatkan . tapi semata-mata nak memborong barang sempena Pesta Konvokesyen terpaksa memberanikan diri untuk pergi ke sana . hehe . apapun lega bila semua barang dibeli :) btw aku dah beli tiket bus ! haha . tak sabar nak balik rumah . ada orang menanti kepulangan ku = my family ^___^

to my little sister,
TANIAH!
1. taniah sebab dah berjaya menduduki PMR
2. taniah sebab dah berjaya melayakkan diri ke Program Perkhemahan Cuti Sekolah Permata Pintar UKM
angah bangga sangat taw =) nanti angah belanja guna duit mak dan abah ye , hehe

dan kepada cik kak tu ,
sila jangan bermuka sangat . geram la ! aku hormat kau sebab kau kakak . and PLEASE act like a MASTER STUDENT , think before your act or speak okay

i choose to be HAPPY ツ

Sunday, October 14

Quotes

An Arrow Can Be Shot. ★
Only By Pulling It Backward. ★
So Whenever Life Pulls U Back.★
Dont Worry. ★
It's Going 2 Lead U Forward To Victory. ★

Jangan lepaskan seseorang itu yang bila anda memandangnya makin anda dekat pada Tuhannya.
Andai takdir Allah tertulis jodohmu itu dia, datanglah seribu orang sekalipun merebutnya, dia akan tetap menjadi milikmu.

“When I woke up this morning I asked myself : “What are some of the secrets of success in life?”
I found the answer right there in my room:

The fan said : Be cool.
The roof said : Aim high.
The window said : See the world.
The clock said : Every minute is precious.
The mirror said : Reflect before you act.
The door said : Push hard for your goals.
And finally, the carpet said : Kneel down and pray.”

Terkadang ada sesuatu yang kita tak dapat nak ungkap dengan kata-kata tapi cukup dengan memendamnya..
Berubah itu biarlah kerana Allah. Bukan berubah disebabkan orang lain.

”The world is three days:
As for yesterday, it has vanished, along with all that came with it.
As for tomorrow, you may never see it.
As for today, it is yours, so work in it.”

copypaste from AIM :) 
* orang lain TAKBOLEH copypaste ek . baca je ! 
btw kenapa aku bermimpikan kau malam tadi ?? hee

i choose to be HAPPY ツ

Thursday, October 11

newLIFE

hye world :) 
lama gila aku tak update kan . rindu aku tak ? haha . sebenarnya aku dah delete blog ni , tapi disebabkan sayang pada blog aku yang bertahun menemani aku , aku aktifkan semula . life aku sekarang , AWSOME ! sometimes memang ada yang memeritkan hati tapi aku tahu aku akan baik-baik je . so apa yang berlaku sejak sebulan dua yang lepas , malas aku nak ungkit dah . pekara lepas kita simpan saja okay :)

semakin busy . assigment & meeting . popularnya aku sebagai S/U . hahai
new pic of me :)


i choose to be HAPPY ツ