Lawatan Pengisahan Jugra . anjuran Kolej Matrikulasi Selangor seramai 263 students . 6 bus persiaran . seawal 7.00a.m
- berkumpul di HEP . aku naik bus no3 . warna pink gitu . haha . adoyai bus tu boleh berbunyi seperti keldai . bising betol . dreba bollywood tu asyik nak cepat je . entah apa yang dikejar pun tak tau la . huhu
- tiba di kaki bukit jugra . sesi taklimat dan penyerahan bendera . sorang pelajar dapat 1 . aku dapat bendera selangor . saya bukan nak curang pada johor ya . sesi mendaki bermula . adoyai penat rupanya . dah la curam 45 darjah . ditambah dengan puasa lagi . lepas tu kat lereng bukit kubur cina . memang terBAIK la . lebih kurang 20minit baru sampai puncak . permandangan yang indah ! udara pun nyaman . suka

KMS nak buat rekod bendera terpanjang dan terbanyak di bukit Jugra . siap buat video lagi . so kena beratur panjang . sesi snap snap picture pun bermula . disebabkan aku tak ada kamera , guna hp saja ~ kemudian bergerak turun .
- pergi rumah Raja Kasim . orang tertua yang berada di Banting . keturunan raja . disebabkan dia dah meninggal baru baru ni , cucu dia Raja Norazam yang bercerita . siap masuk cerita merong mahawangsa lagi , hehe . siapa siapa ada cerita merong , bagi kat aku ye , nak tengok
- pergi melawat Makam Diraja . tak mahu nak cerita banyak
- melawat Masjid Diraja . berwarna kuning . sangat cantik . dalam dihiasi kayu jati . tempat mimbar sangat indah , seperti disaluti gold .
- Singgah Fazz Kerepek . tapi aku tak turun beli . dah selalu sangat makan .
- bergerak ke Jaya Jusco Bukit Tinggi . haha . tapi sepanjang perjalanan aku tido , kepenatan yang amat . teringatkan dia . andai dia ada , boleh aku lentokkan kepala kat bahu dia .huhu . rindu awak ! dekat jusco lebih kurang 2jam lebih . SALES ! 20% 50% 70% . rambang mata . tapi aku tahan je . mahu shopping bersama kawan kawanku . just pergi Lavender . beli roti =)
- otw balik singgah bazar . beli makanan . dahargakan air , hehe .
No comments:
Post a Comment