Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, February 16

Story of My Life #3 : Thesis

hai hai hai.. hari ni aku rasa nak sambung cerita lagi hihi. 

tadaa.... Alhamdulilah berjaya menyiapkan thesis meskipun diuji dengan pelbagai dugaan. nak siapkan thesis ni bukan la semudah yang aku sangka. memang aku dah bayang dalam fikiran thesis tu akan jadi macam mana, chapter 1 2 3 macam mana, cara nak buat research, questionaire, dll. tapi benda tu tak menjadi seperti mana yang aku nak or rancang dan tak mengikut seperti mana yang SV mahukan. #hampa


memang sedih bila questionnaire, proposal asyik kena reject, kena marah dengan SV, kena kutip balik data respondent, kena susahkan parents support dana untuk thesis. tambah pulak dengan final exam, nak uruskan hal praktikal, dan beberapa masalah lain. menangis jugak la beberapa kali hahaha. tapi syukur sangat ada parents, kengkawan, cinta hati, yang banyak beri bantuan dan sokongan fizikal/mental. 

dan akhirya. mampu siapkan thesis dan boleh pergi praktikal dengan tenang. semoga akan lebih berhati-hati dalam memilih SV dan research untuk master nanti. Moga dipermudahkan :)
i choose to be HAPPY ツ

No comments:

Post a Comment