Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, May 31

GEMBIRA kah aku ??

guys ! permohonan aku nak tukar jurusan diluluskan . suka !!! alhamdulilah syukur . maybe esok or hari khamis dapat aku mula belajar kat kelas baru . dah tak perlu nak mengadap buku biologi fizik kimia . mengadap buku akaun ekonomi pengurusan perniagaan pulak . yup , seperti sangkaan korang . aku tukar dari jurusan sains ke akaun . asal tukar ? kan sains best ? kau amik sains , boleh pergi macam macam perkerjaan kau tahu tak . kalau tak nak sains module I pun , kau tukar la sains module II or module III . kau ni tolak tuah la . tu la ayat yang aku selalu dengar kalau orang tau aku nak tukar jurusan . iye betul kata korang , sains peluang pekerjaan luas , macam macam boleh belajar , dapat pengalaman baru . orang pun respect . tapi nak buat macam mana , minat aku lebih kuat ke arah akaun . lagipun aku tau kemampuan diri aku setakat mana .

tapi sedih jugak kot aku rasa . mana tak nya , aku dah rapat dengan budak kelas aku . then aku dah belajar sikit . masuk lab . pakai lab kot . lecture pun best . memang seronok la . aku pun ada 'kembar' dalam kelas . bukan muka sama tapi nama kami yang sama . seronok tengok pensyarah konfius bila panggil nama kami . hehe

petang tadi aku ada koko . pilih permainan hoki , haha . then lecture yang ajar aku cakap , duduk matrix gaya kena macam budak matrix , tinggalkan perangai tak matang kebudak budakkan tu . berlagak macam orang dewasa sikit . serius dan berdedikasi . nampaknya lepas ni perangai kanak kanak aku menghilang la , huhu .

apapun , semoga aku akan lebih tabah & bersemangat menjalani kehidupan di sini . sayang semua , rindu kalian .
i choose to be HAPPY ツ

No comments:

Post a Comment