aku ada story! ce citer :) pada suatu hari burung burung pun berkicauan hari tu, ada yang bekerja ada yang bergembira... haha ayat tak boleh blah betul la.

cam ni, tadi aku duk bual
bual dengan mak aku. cakap pasal
my future. disebabkan aku tak dapat temuduga maktab, parents aku bagi beberapa cadangan untuk aku.
AKAUNTAN. sambung belajar kat
uitm.
PENSYARAH. ambil
matrik then sambung dekat
utm or ukm.
GURU SEKOLAH MENENGAH. ambil
matrik dan sambung kat mana mana
U yang ada pendidikan.

konfius pula aku rasa. conclusion, membiarkan persoalan itu tergantung. aku pikir pikir balik, betul apa yang mak aku kata.
kadang kadang kita tak perasan tindakan dan kata kata kita akan memberi kesan dalam hidup. dan kadang kadang kita tak perasan yang lain sebab terlalu memandang pada apa yang kita inginkan (
muhasabah diri kejap)

jadi lepas ini sila
jaga kata kata anda ye cik syairah. udah udah la bergosip tu. karang kena kat diri sendiri kan susah. bawa bawa lah
bertaubat ye
(pesanan untuk diri sendiri. hee)

sempat juga berbual pasal
sobree (
dia pun termasuk dalam future aku. perasan je aku ni. haha)
apa pun, hidup mesti diteruskan. bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa berusaha mencari keredhaan-Nya. (pandai betul aku menyusun ayat, hehe)
i choose to be HAPPY ツ
somtym somthg yg kita xnak sgt la yg akan kita dpt..^^ slm pknln~
ReplyDeletetahu tak pe, jadi kena terima je la apa yang dapat :) salam perkenalan juga
ReplyDelete