Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Thursday, April 19

RESPON : salah ke bercinta dengan orang berumur ?

apakejadahnya tetiba aku keluarkan cerita ni? haha . sebenarnya ada sorang hamba Allah kat tempat aku bercinta dengan lecturer . sampai dengar kata mereka nak kahwin tahun ni . tu yang tetiba datang ilham nak buat entry pasal ni . hee


pendapat aku ?
bagi aku tidak salah untuk bercinta dengan orang yang lebih berusia. then masa tengah buat blokwalking , aku terjumpa juga entry pasal ni . mereka kata bercinta dengan orang yang lebih berusia ni ada keistimewaannya yang tersendiri . antara keistimewaannya :
1. Orang berusia lebih matang.
Semestinya orang yang lebih berusia daripada kita ni lebih matang, kerana dia terlebih dulu makan garam. Perkara yang kita baru nak lalui, dia dah lalui terlebih dahulu. So sedikit sebanyak dia tahu how things in life going on. Dan secara tak langsung, dia boleh bimbing kita, boleh ajar kita tentang apa yang patut atau tidak patut kita tahu. Yelah, kadang-kadang kita remaja ni terlalu mengikut emosi. So bila dapat pasangan yang lebih matang, ada masa dia boleh control kita supaya tak terlalu emosi. ada yang kata, orang yang matang ni selalunye straight forward. Maknanya, bila dia nak tegur kita, selamba badak je la dia tegur mana silap kita. So, untuk berpasangan dengan orang lebih tua, kita kena banyak bersabar dan belajar menerima teguran / pendapat si dia .

2. Orang berusia banyak pengalaman
Lebih kurang macam point kat atas jugak lah. Kerana dia dah banyak pengalaman, dia jadi lebih matang. Kita ni orang muda, maklumlah darah tengah panas kan. Kalau boleh semua benda kita nak cuba. Tapi awas!!! Jangan sampai terlajak perbuatan, kang menyesal di kemudian hari. Bila dapat pasangan berusia, dia tahu macam mana nak control kita. Tapi sebenarnya, depends pada orang jugak. Kalau dapat yang betul-betul baik, boleh bimbing kita, boleh ajar kita pasal hidup. kan best. Hohohooo~

3. Orang berusia lebih romantik (???)
Haaa saje je aku letak tanda soal kat situ. Whaaa romantik kahh??? Romantik kah?? Pergi laa tanya pada sesiapa yang punya pengalaman bercinta dengan orang berusia. Tanya dorang betul ke orang berusia ni lebih romantik. Huuu aku nak tahu jugak! Hohohooo gatal ! Tapi aku rasa betullah.. Sebab dorang dah banyak pengalaman kan. So dorang tahu lah kot macam mana nak treat perempuan. Dan dorang yang berusia ni mempunyai instinct yang kuat. So dorang tahu lah kot bila korang nak manja-manja, bila korang serius, bila korang merajuk. Errkkk.. Betul ke? Haha.. (tak tau)

4. Orang berusia mempunyai instinct yang lebih kuat dan sensitif.
Biasalah, dah banyak pengalaman, dah matang, so dorang tahu macam mana nak baca fikiran orang lain. So pada sesiapa yang rasa nak kapel dengan orang yang lebih berusia, ketahuilah bahawa jangan sesekali cuba untuk berbohong. Si dia akan tahu, trust me. Dia akan dapat detect kalau korang sembunyikan something daripada dorang. Tu lah kadang-kadang nak buat surprise pon boleh tak jadi. Hahahaa!!

5. Orang berusia lebih setia
Berbanding dengan orang muda, orang muda ni perjalanan masih jauh, so dorang akan jumpa ramai lagi orang dalam hidup dia, dan itu akan menambah kebarangkalian untuk curang (cari orang lain yang lebih baik). Tapi kalau korang dapat pasangan yang lebih berusia, dia dah tak fikir orang lain. Maklumlah, dia dah melepasi zaman kegilaan nye (zaman muda mudi). So, kalau dia bercinta, dia akan menjadi lebih setia dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga pasangannya.

yeah ! itu saja daripada aku . terima kasih kepada nisakay untuk isi kandungan entry ni . kepada mereka dan sesiapa sahaja yang mengalami situasi percintaan seperti ini . semoga berbahagia dan berkekalan ya :)
orang sibuk study , aku sibuk online . apapuntakboleh . haha

i choose to be HAPPY ツ

No comments:

Post a Comment