Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Tuesday, March 8

pengakap best !

yeah ! saya pengakap kelana ~ baru balik bercamping ~ 4 - 7 Mac 2011 , Gunung Berlumut Kluang Johor..berpengakap sambil mencintai alam sekitar..sangat best even ada juga yang tak berapa sangat..


best dapat tambah pengalaman baru jadi pengakap (sebelum ni aku join puteri islam masa sekolah menengah, ayu dan sopan gitu..haha) lama tak berkhemah dan aktif macam dulu..dapat mandi air terjun gunung berlumut,sejuk dan jernih air dia..dah lama tak mandi air terjun..sampai selsema dibuatnya..malam kelana memang gempak..meriah betul! sakit tekak menjerit bertepuk tangan..masing-masing jadi tak betul,hehe.. hari last majlis penutup, main air lagi, dah tu snap-snap picture..sangat suka..tambah-tambah ada DIA..huhu

tak bestnya,amik tender memasak untuk 287 orang peserta dan berbelas orang cikgu dan ahli krew yang lain..banyak lak tu keje nak buat, tido lambat bangun cepat, potong bawang dan sayur, basuh ayam, basuh periuk kuali, masak nasi..paling payah time nak basuk ikan, memang sejam lebih nak siap tau..nasib baik abang sukarelawan tu ringan tulang tolong siang ikan,kalau tak jenuh la kami nak buat..huhu..hari ahad hujan lebat pulak..khemah masuk air,barang-barang basah dan lembap..aku basah lencun gara-gara tolong cikgu tutup khemah dia,tapi tak apa la,buat baik dapat pahala..dah tu tak dapat join aktiviti panjat gunung dan mengembara sebab kena duduk dapur masak untuk mereka..kesian kami!

walau macam mana pun, enjoy la..pengakap memang best !
to my bestie,harap kamu gembira..jangan sedih sedih lagi ok~
to shafikah abd ghani,harap kamu dapat ikut kami lain kali~

nak tengok gambar pengakap yang lain ( klik sini )

i choose to be HAPPY ツ

1 comment:

  1. hye.., terjumpa... nmpak nyer kita dlu2 sama2 g kem ni.. time ni skola mner?

    ReplyDelete