bila aku online . tengok mereka mengupload gambar tercantik mereka . seriously aku cemburu . tengok mereka lawa bergaya . boleh pakai shawl pashminar berfesyen-fesyen . baju lawa-lawa . sumpah memang aku cemburu . sebab aku tak pandai tu semua . nak pakai tudung berfesyen pun kena minta tolong kakak . hehe . aku nak pakai makeup pun tak pandai . apatah lagi nak berdressup . hahaha
latest picture without edit/makeup |
mungkin aku tak secantik kau . aku tak secomel kau . hidung aku tak semancung hidung kau . mata aku tak sebulat mata kau . bibir aku tak seseksi bibir kau . pipi aku tak segebu pipi kau . kulit aku tak secerah kulit kau . rambut aku tak sepanjang rambut kau . aku tak seayu kau . gaya aku tak sehebat gaya kau . tambah pulak aku gadis si kacamata .
tapi aku syukur kerana aku adalah aku dan aku bukan kau .
walaupun aku kadang-kadang cemburu dengan kau tapi aku suka keadaan diri aku sekarang .
jadi sila terima aku apa adanya .
No comments:
Post a Comment