Syairah Ismail | JOHORians | UKMians | Finally i found my Imam :)

Friday, April 29

korang perlu tahu

Program Matrikulasi terbahagi kepada TIGA bidang pengkhususan iaitu BIDANG SAINS, BIDANG PERAKAUAN dan BIDANG TEKNIKAL. Namun di Kolej Matrikulasi Selangor hanya menawarkan pengkhususan dalam Bidang Sains dan Bidang Perakaunan sahaja.

JURUSAN SAINS
Mulai sesi 2011/2012, Jurusan Sains terbahagi kepada tiga (3) modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III. Ketiga-tiga modul ini hanya diperkenalkan sehingga ambilan sesi 2014/2015. Mulai sesi 2014/2015 hanya Modul I sahaja yang ditawarkan bagi Jurusan Sains, Program Matrikulasi.

Subjek-Subjek Modul I
MATHEMATICS
CHEMISTRY
PHYSICS
BIOLOGY
ENGLISH
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
KOKURIKULUM

Subjek-Subjek Modul II
MATHEMATICS
CHEMISTRY
PHYSICS
COMPUTER SCIENCE
ENGLISH
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
KOKURIKULUM

Subjek-Subjek Modul III
MATHEMATICS
CHEMISTRY
BIOLOGY
COMPUTER SCIENCE
ENGLISH
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
KOKURIKULUM

JURUSAN PERAKAUNAN
MATHEMATICS
PERAKAUNAN
EKONOMI
PENGURUSAN PERNIAGAAN
ENGLISH
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
KOKURIKULUM

Soalan:
Adakah saya akan dikenakan denda jika keluar dari program matrikulasi untuk mengikuti kursus yang lain?
Jawapan:
Pelajar dikehendaki untuk membayar balik wang saku yang telah diterimanya jika meninggalkan program matrikulasi. Pengecualian hanya akan diberikan kepada pelajar yang keluar kerana mendapat tawaran yang setara atau lebih tinggi berbanding program matrikulasi

Soalan:
Saya mendapat tahu bahawa terdapat pengecualian daripada di denda apabila meninggalkan program matrikulasi. Apakah kursus-kursus tersebut?
Jawapan:
Pengecualian hanya diberikan kepada pelajar yang keluar dari program matrikulasi dan mematuhi salah satu syarat berikut:
a. Mendapat tajaan untuk ke luar negara daripada penaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
b. Mendapat tajaan dari JPA atau MARA untuk kursus dalam atau luar negara
c. Mendapat tawaran mengikuti Ijazah pendidikan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
d. Mendapat tampat untuk kursus persediaan (Asasi) di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA
(adoy~ kalau aku kuar gi UITM minta perakaunan bukan asasi , macam mana tu ek ?)

Soalan:
Anak saya mendapat tawaran ke Jurusan Perakaunan. Mengapa dia dihantar ke kolej Matrikulasi Perlis sedangkan saya tinggal di Kuala Lumpur?
Jawapan:
Kolej Matrikulasi Perlis adalah kolej yang mempunyai bilangan pelajar jurusan perakaunan yang ramai berbanding dengan kolej-kolej yang lain. Majoriti pelajarnya adalah pelajar perakaunan
(ni kalau aku minta jurusan perakaunan , memang lagi jauh la kan aku kena pergi kan . perlis . huhu)

ni la serba sedikit yang dapat aku kongsi bersama . harap harap dapat membantu bagi sesiapa yang ambil matrik macam aku 

i choose to be HAPPY ツ

2 comments: